Sunday, October 2, 2011

Sapa kata tunjuk perasaan diluar negara boleh?

Polis bandaraya New York telah menahan 700 orang setelah mereka berdemo di Brooklyn Bridge. Demo yang dibuat telah menyebabkan gangguan terhadap trafik di jambatan tersebut.

Maknanya kalau polis malaysia menahan org yang berdemo pun salah ler kan. sebab nak bendung kejadian tidak dihinginkan.
 


Denmark mengikut langkah Hungary kenakan cukai lemak

Denmark telah mengambil langkah yang sama dengan Hungary dalam membendung pengambilan makanan berlemak secara berlebihan dikalangan rakyat mereka. Makanan berlemak yang dijual akan mengalami peningkatan harga selepas dikenakan cukai baru ini. Sekilo harga makanan berlemak akan bertambah RM9.87 ($2.87 atau 2.15 euros). Antara makanan berlemak yang dikatakan mengalamai peningkatan harga ini adalah seperti makanan segera, produk berasaskan mentega, minyak dan daging. Pengusaha makanan juga mungkin akan menaikkan harga produk mereka dalam menyerap cukai ini kepada pengguna.

Namun adakah langkah ini mampu membendung pengambilan makanan berlemak berlebihan? Jika dilihat pada senario yang berlaku dinegara kita, kenaikan harga makanan tidak memberi kesan yang besar. Ini kerana, jika seseorang inginkan sesuatu makanan, faktor harga bukan lagi menjadi penghalang. Namun ianya mungkin memberi kesan yang besar kepada rakyat berpendapatan rendah.

Orang gila

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?"

Orang gila 1 : "Aku ni matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... "Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Doktor : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkattangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yangbuat."

Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Doktor : "???"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...