Tuesday, September 27, 2011

Penterjemah

Seorang jeneral askar US pergi ke Korea untuk membuat lawatan ke kem askar negara itu. Di sana dia menggunakan khidmat seorang penterjemah kerana dia mahu berinteraksi dengan askar Korea yang tidak mahir berbahasa inggeris. Di akhir lawatan dia
membuat ucapan dimana diterjemah perenggan demi perenggan oleh penterjemah itu. Akhir sekali dia membuat lawak yang panjang lebar untuk menghiburkan mereka. Tetapi penterjemah hanya mengeluarkan beberapa ayat terus askar - askar tu ketawa.

Sebelum menaiki pesawat untuk pulang ke US dia tanya kepada penterjemah bagaimana dia meringkaskan lawaknya itu. 
Penterjemah itu pun menjawab " Sebenarnya lawak tuan  susah untuk diterjemah dan mungkin tak lawak untuk rakyat Korea. Jadi saya minta mereka ketawa sebab tuan buat lawak".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...