Tuesday, September 20, 2011

Lembu

Pada suatu hari, Mikail telah kehilangan 4 ekor lembu miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah seminggu melakukan operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Adam(bukan nama sebenar). 

Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik En.Mikail. Adakah kamu mengaku salah? 

Adam : betul tuan 

Polis : Berapa ekor yang kau curi? 

Adam :: Seekor saja, tuan 

Polis :
 kamu tak tipu? 

Adam : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja 

Polis : Tapi, Mikail kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya 

Adam : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor 

Polis : kamu jangan cuba berbohong. Mikail kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor 
Adam : Betul tuan, cuma seekor. Saya cuma mencuri ibu lembu… tapi, Bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan… bukankah tak baik memisahkan sebuah keluarga..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...