Thursday, September 8, 2011

lelaki pilihan wanita

Dalam mencari pasangan, pelbagai kriteria menjadi ukuran. Ada yang memilih pasangan kerana harta, ada yang pilih kerana takhta, ada juga yang pilih sebab mata (hensome la tu). Namun dapatkan kriteria pilihan itu menjamin pasangan yang baik tanpa adanya kriteria lain? 


Maka dikongsi serba sedikit kriteria umum yang boleh anda gunakan dalam membuat pemilihan pasangan.

1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
5. Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
7. Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
9. Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
10 Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.

Sebaik-sebaik seorang lelaki yang menjadi suami adalah suami yang berlaku baik pada isterinya.



Anda juga perlulah berdoa semoga pilihan anda itu dapat membimbing anda di dunia dan akhirat. Jika yang telah memilih berdoalah juga untuk kebahagiaan dunia akhirat. 



Allah telah berfirman “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ” (Al-Baqarah, ayat 186)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...