Saturday, August 20, 2011

VirtualBox

Pernahkan anda mendengar nama perisian VirtualBox ini? Jika tidak, pasti anda pernah mendengar perisian virtual machine. Namun bagi mereka yang pakar dalam bab-bab komputer, pasti mereka akan mahir dengan VMware, walau bagaimana pun perisian tersebut berlesen.


VirtualBox adalah perisian virtual machine yang termasuk dalam golongan system virtual machine software. Ada banyak perisian virtual machine di pasaran, sama ada perisian tersebut percuma, berlesen atau hanya untuk hardware tertentu sahaja yang dibekalkan semasa perolehan hardware. Antara perisian virtual machine yang ada adalah :

  • SheepShaver
  • Simics
  • Sun xVM
  • SVISTA
  • twoOStwo
  • User-mode Linux
  • VirtualBox
  • Virtual Iron (
  • VM from IBM
  • VMLite
  • VMware 


Perisian VirtualBox ini dapat diinstall pada mana-mana komputer yang tergolong dalam keluarga x86 (kalau tak tau sila ke sini), AMD64 atau Intel64. Perisian ini dikeluarkan di bawah General Public License (GPL) dan boleh didownload secara percuma. Ia juga boleh diinstall pada komputer yang menggunakan windows, linux, solaris dan OS X. 


Perisian ini amat mudah untuk diinstall dan digunakan. Selain itu, ia juga tidak mengambil ruang memori yang besar. 


Jika anda ingin menguji suatu sistem atau perisian pada pelbagai platform OS, virtualBox dapat membantu anda dalam melaksanakannya. Selain itu mereka yang baru berjinak dengan network boleh gunakan perisian ini bagi tujuan amali. 






CentOS di dalam win 7




Dapatkan virtual machine untuk PC anda dari http://www.virtualbox.org/



Pesananan Rasulullah s.a.w Kepada Abu Dzar Al-Ghifariy


Pada suatu ketika yang senggang, Rasulullah s.a.w. mengajak Abu Dzar Al-Ghifariy berjalan-jalan keluar kota dengan mengenderai unta dan Abu Dzar Al-Ghifariy membonceng di belakang baginda. Pada waktu senggang itu, Rasulullah s.a.w. menyampaikan amanah dan pesan-pesan wasiat baginda sambil membina Abu Dzar Al-Ghifariy secara khusus. Rasulullah s.a.w. membinanya supaya hidup secara sederhana , yakni di kala kedua-duanya berada dekat Jabal Uhud. Rasulullah s.a.w. bersabda: 
 
Andaikata Jabal Uhud itu menjadi emas dan meminta supaya aku memilikinya, pasti aku menolaknya.” 
 
Dan dengarlah selanjutnya keterangan Abu Dzar Al-Ghifariy sendiri tentang pesan Rasulullah s.a.w. kepadanya seperti di bawah ini:-
1. Baginda memerintahkan aku untuk mencintai dan mendekati orang miskin.
2. Baginda memerintahkan aku untuk memandang kepada orang yang di bawah aku (dalam urusan dunia) dan tidak memandang kepada orang yang di atasku.
3. Baginda memerintahkan aku menghubungkan tali kasih sayang sekalipun aku telah membelakang.
4. Baginda memerintahkan aku untuk tidak meminta sesuatu apa pun kepada seseorang.
5. Baginda memerintahkan aku untuk tidak menaruh takut dalam berjuang pada jalan Allah, terhadap celaan kaum reaksioner (bersifat menentang kemajuan atau pembaruan ke arah kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariat islam).
6. Baginda memerintahkan aku untuk menyatakan kebenaran walaupun pahit.
7. Baginda memerintahkan aku supaya memerintahkan aku supaya banyak mengucapkan 'LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH ' kerana semua ini adalah simpanan yang terletak di bawah Arasy-Nya.

Demikianlah antara lain pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Dzar Al-Ghifariy sebelum baginda meninggal dunia, untuk membina sahabat-sahabatnya agar berjiwa besar, memiliki iman yang murni, sebersih-bersih tauhid dan keberanian spiritual yang tinggi dalam melanjutkan dakwah dan jihad Baginda. Jadi, tak mahukah kita mengikut kalaupun tak banyak sedikit drp pesanan Rasulullah kpd sahabatnya, dan amalkannya? Jalan sudah terbentang, tinggal kita tak mahu menyusuri jalan itu. cara sudah ada...cuma perlaksanaannya saja yang masih tinggal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...