Friday, July 1, 2011

Perbezaan Hantu di dalam Filem

Hantu Amerika.*
Amerika paling banyak cerita hantu.Hantu di dalam filem keluaran Amerika adalah Hantu yang berasal daripada mangsa bunuh,penjahat,roh sesat yang ingin menuntut bela.Hantu mat saleh boleh membunuh manusia dan siap bermandikan darah lagi.Mangsa kebanyakannya adalah sekumpulan pelajar sekolah yang camping didalam hutan,pemburu yang sesat didalam hutan dan macam-macam lagi.Hantu mat saleh hanya membunuh golongan kelas bawahan dan pertengahan saja.Golongan atasan diorang tak bunuh sebab golongan atasan lebih hantu daripada diorang.Sudah tentu rupa mereka buruk,ada taring,ada KUASA special effect.



Hantu Korea.*
Hantu Jepun ni berambut panjang dan setakat ini , hanya Hantu Betina sahaja yang popular.Tak tahu kenapa , itu korang kena tanya pengarah dan penerbit.Yang bestnya , hantu jepun ni boleh keluar daripada TV.Hantu Korea tak boleh terbang , sebab itu hantu Korea hanya pandai merangkak saja.Apa la Hantu Jepun nih!! Hantu 
Korea tugasnya adalah membunuh orang yang tak bersalah diatas dendamnya. Cthnya : dia dibunuh oleh momo-san , tapi dia bunuh nobita-san.Mungkin sebab encik momo-san dah mati , jadi hantu tu terdesak sangat , so dia bunuh orang lain pula.Jahat!!!!


Hantu Cina.*
Hantu dalam filem cina selalunya boleh melompat, jenis hantu x pandai jalan. Hantu cina paling senang nak stopkan dia, cuma guna kertas kuning jer. Kalau dalam cerita hantu cina yang lama-lama, hantu dia boleh terbang selain melompat. 


Hantu Indonesia.*
Hantu dari negara seberang nih lagilah buruk perangainya.Suka rasuk manusia,bunuh dan ada banyak puak hantu.Ada hantu api,hantu budak,hantu bunting,dewa dan yang paling popular Mak Lampir.Jahatnya menuntut dendam juga.Nak tengok hantu paling seksi pun memang buleh lor .. kata cter hantu tapi laki2 sume gegeh nak tengok tayangan free ketet n montot..



Hantu Malaysia.*
Hah!!! kalau nak tengok hantu yang paling cantik dalam filem , hantu melayulah jawapannya.Kalau hantu dari negara lain comot pakaiannya.Tapi hantu melayu nih bajunya bersih dan bermekap.Gincunya mungkin ditaja oleh maybelinne. Kalau cerita hantu melayu, mesti watak tok bomoh akan wujud. Memang sinonim lah 2 kerja nie.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...