Thursday, June 2, 2011

Kesan dari sikap bersangka baik

Siapa jua yang Anda fikirkan, fikirlah yang baik-baik saja tentang dirinya walaupun dia tu musuh ketat Anda atau dia pernah sakitkan hati Anda. Setiap hari kita akan berjumpa ratusan orang.

Ada yang membuat kita menyampah, ada yang membuat kita suka. Kekadang kita teringat orang-orang dari masa lalu, mungkin orang-orang yang kita lihat pada minggu, orang-orang yang kita berbual dengan mereka pada minggu lalu.

Biasanya, kita akan lebih mengingat perangai mereka yang menyakitkan hati kita.

Haaa..hati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun kepada fikiran positif Anda.

Sikap tu membuat minda terlatih ke arah fikiran negatif. Untuk mengubahnya, fikirlah hanya yang baik-baik tentang sesiapa saja yang kita walaupun dia tak berapa ngam ‘tune’ dengan Anda.

Lebih banyak kita berfikiran baik-baik pada seseorang, lebih banyak kita ditemukan dengan situasi yang baik-baik, bahkan kita sendiri akan rasa seolah-olah kita ni bertuah sebab asyik jumpa situasi yang baik-baik.

Misalnya, mungkin tiba-tiba ada orang nak tumpangkan Anda naik keretanya, mungkin tiba-tiba ada seorang kawan belanja Anda makan tengahari, mungkin tiba-tiba ada seorang kawan muncul di depan mata Anda, menghulurkan sebuah hadiah yang Anda sendiri tak sangka-sangka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...