Saturday, April 2, 2011

FAQ (Soalan Yang Kerap di Tanya)

Bertegur sapa adalah cara kira beramah mesra dengan orang disekeliling kita. Sapaan yang kejap itu kadang kala boleh mengeratkan perhubungan atau perkenalan dengan orang tersebut. Namun kita tidak perasan bahawa pertanyaan kita atau orang yang menegur kita itu FAQ. FAQ yang biasa adalah

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...