Saturday, March 26, 2011

Pengambilan Kadet Akademik Laut Malaysia (ALAM) 2011

Lepasan SPM 2011 dipelawa memohon pengajian dalam bidang :

Navigating Officer Cadet (Diploma in Nautical Studies) [KPT/JPS (A11142) 12/14]
dan
Marine Engineer Officer Cadet (Diploma in Marine Engineering) [KPT/JPS (A11143) 12/14]

Tarikh tutup permohonan pada 4 April 2011

maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi di laman sesawang

http://www.alam.edu.my/programmes_csprogramme.php

Anugerah Biasiswa 2011 Kumpulan Felda Global


Lepasan SPM 2010 dipelawa memohon biasiswa Kumpulan Felda Global bagi pengajian di IPT luar negara.
Syarat dan borang permohonan boleh didapati di laman sesawang http://www.feldaholding.com/

Permohonan hendaklah dihantar sebelum 8 April 2011

Permohonan tajaan JPA dan MARA bagi Ijazah Luar Negara



Lepasan SPM 2010 dipelawa untuk memohon tajaan JPA dan MARA bagi program ijazah luar negara 2011.

Maklumat tawaran dan syarat boleh didapati di laman sesawang
http://esilav2.jpa.gov.my/
http://www.mara.gov.my/

Tarikh tutup permohonan: 7 hari selepas permohonan dibuka

Biasiswa TNB

TNB mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bantuan pendidikan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dalam bentuk biasiswa dan pinjaman boleh ubah bagi sesi pengambilan bulan Mei 2011.

Bidang pengajian dan syarat boleh dicapai di laman sesawang http://www.tnb.com.my/announcement/2011/03/bantuan-pendidikan-biasiswa-dan-pinjaman-boleh-ubah-ytn.html

Permohonan boleh dibuat secara online mulai 23 Mac 2011 melalui http://yayasan.tnb.com.my/sam

Tarikh Tutup
•Biasiswa : 28 Mac 2011
•Pinjaman Boleh Ubah : 3 April 2011


katak kecil yang berjaya

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,... yang berlumba lari. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...

Perlumbaan dimulai...

Secara jujur:

Tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.

Terdengar suara:

"Oh, jalannya terlalu sukar !!Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada kesempatan untuk sampai...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak-katak kecil mulai jatuh. Satu persatu...Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya!" Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah... Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi...

Dia tak akan menyerah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata...Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

Nota: Moral dari cerita ini adalah:

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalu fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:

Tetaplah selalu....POSITIVE!

Dan yang terpenting:

Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...