Friday, March 25, 2011

orang sakit kat ICU hospital

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: "United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. "Birmingham..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"


Moral: kalo dah masuk ICU tu, tak yah ingat benda lain... Ingat Allah dan bawak mengucap

Tindakan yang menyusahkan orang

hari nie masa ke cheras aku tengok ada sebuah kereta bomba kerajaan dan 2 bomba sukarela dok pusing2 kat satu taman tu. Aku pasti bomba nie datang sebab menerima panggilan kecemasan. Tapi tiada tanda2 kecemasan wujud disekitar taman tersebut.

kadang kala tindakan segelintir mereka yang kurang akal amat menyusahkan semua orang. Bayangkan apa jadi jika semasa bomba tersebut berkejar ke tempat tadi, berlaku pula kecemasan yang betul di tempat lain. Pasti jentera bomba tersebut akan mengambil masa untuk ke lokasi tersebut.

Setiap individu sepatutnya amanah dalam setiap tindakan. Ibu bapa juga perlu terapkan nilai yang baik pada anak-anak. Jangan pula bila anak kita yang ditangkap kerana melakukan panggilan kecemasan palsu. masa ini kita pasti akan menyalahkan sesiapa sahaja yang kita terpikir. Tapi anda tidak sedar ketika itu orang akan mengatakan anda tidak tahu mengajar anak. Ketika itu anda telah menjadi ibu bapa yang gagal.

kesimpulannya gunakan talian 999 dengan betul.

9 Jenis Syaitan

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. Nie ler kawan orang-orang yang suka shopping.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...