Thursday, March 24, 2011

Aurat Wanita

Berbanding lelaki, aurat wanita lebih sukar dijaga. Ini kerana lelaki
boleh menunaikan solat dengan hanya berkain pelikat kerana auratnya
setakat antara lutut hingga ke pusat. Tetapi, aurat wanita meliputi
pelbagai anggota badan daripada kaki hingga rambut.

Berikut dinyatakan aurat wanita berdasarkan kitab suci al-Quran dan
hadis yang diriwayatkan oleh perawi hadis terkemuka.

Pakaian

"Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." – Riwayat Ahmad,
Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak akan mencium baunya." – Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis dan jarang, ketat hingga membentuk dan
berbelah/membuka bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab
(baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah
dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun
lagi maha penyayang." – Surah al-Ahzab : 59.


Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.


Bulu kening:

Berdasarkan Bukhari Muslim diriwayatkan: "Rasullullah melaknat
perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta
supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


Kaki ( tumit kaki )

Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau
mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." –
Surah An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan
menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


Wangi-wangian

"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.


Dada

"Hendaklah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi dada-dada mereka". Surah An-Nur: 31


Gigi

"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya. Riwayat At-Thabrani. "Dilaknat perempuan yang
menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.


Muka dan leher

"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dulu."

Keterangan: Bersolek ( make-up ) dan menurut Maqatil sengaja
membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.


Muka dan Tangan

"Asma Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja." – Riwayat Muslim dan Bukhari.


Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."– Riwayat
At Tabrani dan Baihaqi.


Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan Mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya." – An Nur : 31.

Sabda Nabi saw: "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan
seterusnya tidak dibenarkan." – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


Mulut ( suara )

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." – Al Ahzab: 32.

Sabda saw: "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-
bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi." – Riwayat Ibn Majah.


Kemaluan

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan Mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " – An
Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah
ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." –
Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah." – Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...