Friday, March 18, 2011

Cara mengurangkan risiko barah payudara

Artikel nie asalnya aku baca kat email, so selidik punya selidik memang ada artikel nie kat sumber asalnya. Artikel nie dikeluarkan pada Julai 2010 yang lepas. So lu pikir la sendiri.

AMARAN: APA YANG DISARANKAN OLEH ARTIKEL DIBAWAH SESUAI UNTUK ORANG YANG TELAH BERKAHWIN SAHAJA. MEREKA YANG BUANG DILARANG UNTUK MENGAMALKANYA SAMA SEKALI

Men Sucking Breast…Panacea To Breast Cancer

The National Cancer Institute, a component of the National Institute of Health, estimates that based on current rates, 12.7% of women born today will be diagnosed with breast cancer at some time in their lives.

According to BBC, whenever men suck women’s breast, they (women) stand a lower risk of getting breast cancer.

A lot of men interview by PeaceFM say if sucking their wives breast will prevent them from getting breast cancer the “we will continuously suck and never get tired."

Speaking in an interview with PEACEFM News, Dr. Robert Mensah, a Reproductive Health Specialist, said there is an iota of truth in the finding even though emotional stress, alcohol, toxic brazier, using a brazier for a long time and other factors can also lead to breast cancer.

“…when men stimulates the nipples of women, the hormones which prevents breast cancer is produced more and by so doing prevent breast cancer,” he said.


Dr. Mensah also revealed that women are not the only victims of breast cancer, since men can also be afflicted with breast cancer.

“…the rate of death in men (due to breast cancer) is more than that in women because the breast of the man is flat on the chest so it spreads quickly to the heart, leading to their death,” he added.

So, if by sucking a woman’s breast it can prevent breast cancer then women can also do the same to the men. What do you think about that?

Source: Rebecca Quaye/Peacefmonline.com/Ghana
http://news.peacefmonline.com/health/201007/60393.php

Syarat baru permohonan kad kredit

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syarat baru bagi permohonan kad kredit. Syarat yang berkuat kuasa serta merta ini menyatakan kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baharu ditetapkan pada RM24,000 setahun dimana ianya adalah terpakai bagi pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang. Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.

Pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing. Pemegang kad juga akan diberikan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan bagi memenuhi keperluan ini.
Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar. Pemegang kad sedia ada yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh tangguh selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu ini.

Semoga langkah ini dapat membendung masalah kewangan yang banyak dihadapi oleh generasi muda sekarang yang kebanyakannya berpunca dari penggunaan kad kredit yang tidak terkawal. Agensi kewangan yang menyediakan kemudahan kad kredit juga diharap lebih amanah dan mengikut peraturan baru ini tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.

Kenderaan kuasa elektrik boleh didaftarkan dengan JPJ

Pemilik kenderaan berkuasa elektrik dijangka boleh mendaftar kenderaan mereka dengan JPJ pada pertengahan tahun ini setelah kenderaan elektrik berkenaan memenuhi syarat pendaftaran dibawah Seksyen 10 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Walau bagamana pun, ia terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan Jawatankuasa Standard Piawaian yang dianggotai oleh MIROS, JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sebelum dapat digunakan sepenuhnya

Langkah ini di harap dapat membantu dalam meningkatkan kualiti udara di negara kita. Selain itu perniagaan alternatif bagi mengecas kenderaan juga diangka wujud hasil dari kebenaran ini.

Juara Raja Lawak

Setelah berminggu berhempas pulas dalam gelanggang Raja Lawak, Man telah di nobatkan sebagai juara raja lawak musim ke 5 ini. Juara membawa pulang hadiah RM100 ribu manakala naib juara membawa pulang RM50 ribu dimenangi oleh kumpulan R2. Kumpulan Balas yang menduduki tempat ke 3 telah membawa pulang hadian wang tunai RM30 ribu. Disamping hadiah wang, juara raja lawak juga membawa pulang trofi raja lawak dan hadiah lain yang disediakan oleh penaja.

Man yang merupakan seorang kakitangan Pos Malaysia sememangnya layak dinobatkan sebagai raja lawak pada malam ini kerana lawak yang dibuat cukup menjadi dan Man juga nampak seolah-olah pelawak profesional. Oleh itu, raja lawak tidak kira musin ke 5 ini atau musim sebelumnya perlu membuktikan mereka sememangnya raja lawak yang sebenar.

Selamat maju jaya kepada semua pemenang raja lawak.

Huzaifah

SEMASA Perang Khandak, tentera-tentera Islam terpaksa menghadapi serangan musuh yang ramai. Sementara tentera Islam menghadapi serangan kaum Musyrikin Mekah. Mereka juga terpaksa menghadapi ancaman daripada kaum Yahudi daripada Bani Quraizah di Madinah.

Tentera-tentera Islam sudah keluar dari bandar Madinah bagi mempertahankan kota itu. Ahli keluarga mereka terpaksa ditinggalkan bersendirian tanpa ketua keluarga.

Ini menyebabkan sebilangan daripada tentera-tentera Islam takut dan bimbang ahli keluarga mereka di apa-apakan oleh Bani Quraizah.

"Wahai Nabi Muhammad, saya rasa tidak sedap hati. Isteri dan anak-anak saya tinggal seorang diri di rumah. Saya takut Bani Quraizah membunuh ahli keluarga saya. Saya mahu pulang ke rumah," kata salah seorang tentera Islam yang menyertai perang Khandak itu.

Nabi Muhammad tidak menghalang dan berkata: "Pergilah kamu pulang ke rumah."

Seorang demi seorang meminta izin daripada Nabi Muhammad pulang ke rumah. Mereka khuatir keluarga mereka diancam oleh Bani Quraizah yang berada di Kota Madinah.

Pada malam itu, tentera yang lemah semangat pulang ke rumah. Keadaan malam gelap gelita. Angin bertiup kencang. Kini hanya tinggal cuma tiga ratus orang tentera Islam di tempat perkubuan mereka.

Pada malam itu, Nabi Muhammad pergi menziarahi setiap khemah tentera Islam bertanyakan khabar masing-masing.

Nabi Muhammad sampai di khemah Huzaifah. Huzaifah pada ketika itu tidak mempunyai pakaian dan senjata dan hanya mempunyai sehelai cadar milik isterinya yang dibawa bersama dalam perang Khandak itu. Cadar itulah yang digunakannya menutupi sebahagian badannya.

Semasa Nabi Muhammad berada di hadapannya, beliau masih berada dalam keadaan berlutut di lantai khemah. Lalu Nabi Muhammad bertanya: "Siapakah kamu?"

Huzaifah menjawab: "Saya ialah Huzaifah. Maafkan saya kerana tidak dapat berdiri melihat Nabi Muhammad kerana badan saya menggigil kesejukan dan saya malu kerana badan saya tidak berpakaian lengkap."

Nabi Muhammad berkata: "Bangun Huzaifah. Kamu perlu pergi ke khemah musuh. Kemudian kamu pulang dan beritahu saya berita mengenai pihak musuh."

Sebelum Huzaifah berangkat ke khemah musuh, Nabi Muhammad sempat berpesan: "Selepas kamu melihat apa yang dilakukan oleh pihak musuh, cepat-cepat kamu pulang ke khemah kita. Jangan kamu buat tindakan sendiri."

"Baiklah," jawab Huzaifah.

Selepas mendapat arahan itu, Huzaifah bangun dan terus menuju ke khemah musuh. Pada ketika itu Huzaifah tidak mempunyai kelengkapan senjata dan tidak berpakaian lengkap.

Semasa Huzaifah mahu pergi ke khemah musuh, Huzaifah terdengar Nabi Muhammad mendoakan keselamatannya. Selepas Nabi Muhammad berdoa, Huzaifah menjadi berani dan kesejukan badannya hilang serta merta.

Huzaifah mempercepatkan langkahnya menuju ke khemah musuh. Sampai sahaja di tempat musuh, beliau melihat tentera musuh sibuk memanaskan badan masing-masing kerana kesejukan malam. Tentera musuh mengelilingi unggun api.

Pada malam itu, angin bertiup kencang. Terdengar tentera musuh menjerit memberitahu "Lari..., lari..." Masing-masing di antara musuh itu berkemas dan mahu pulang.

Angin kencang menyebabkan batu-batu berterbangan dan binatang yang mereka bawa juga mati akibat terkena batu-batu itu. Khemah mereka juga turut musnah.

Pada masa itu juga, Huzaifah ternampak ketua panglima perang pihak musuh, iaitu Abu Sufian. Beliau asyik memanaskan dirinya bersebelahan unggun api.

"Ini peluang saya menghapuskan Abu Sufian," kata Huzaifah sambil tangannya memegang anak panah bagi memanah Abu Sufian.

Sedang Huzaifah menarik anak panah itu, Huzaifah teringat pesanan Nabi Muhammad tadi. Beliau tidak harus bertindak sesuka hati. Tiba-tiba, pihak musuh mengetahui bahawa ada penceroboh masuk ke kawasan khemah mereka. Pihak musuh berjaga-jaga selepas mendapat tahu ada pengintip datang ke tempat mereka.

Mereka diarahkan supaya memegang tangan orang di sebelah mereka bagi mengetahui siapakah sebenarnya pengintip itu. Pada ketika itu Huzaifah mendapat satu idea. Beliau segera memegang tangan musuh itu. Kemudian Huzaifah berkata kepada orang di sebelahnya: "Siapakah kamu?"

Musuh di sebelahnya menjawab: "Kamu tidak kenal kami berduakah? Kami berdua ini satu kumpulan dengan kamu juga." Huzaifah terselamat daripada diketahui oleh musuh bahawa beliau sebenarnya adalah pengintip.

Selepas itu, Huzaifah segera pulang ke khemah tentera Islam. Semasa dalam perjalanan pulang, Huzaifah terserempak dengan 20 orang. Semua memakai serban.

Mereka berkata kepada Huzaifah: "Sampaikan berita kepada Nabi Muhammad bahawa Allah membantu kamu semua mengatasi musuh. Kamu semua tidak perlu risau lagi dengan serangan musuh itu."

Huzaifah segera mendapatkan Nabi Muhammad di khemahnya. Sampai sahaja di khemah, Huzaifah melihat Nabi Muhammad bersembahyang. Ada selempang kecil menutupi sebahagian badannya.

Selesai Nabi Muhammad sembahyang, Huzaifah segera membuat laporan yang dilihatnya dari pihak musuh. Huzaifah juga menceritakan detik-detik cemas apabila pihak musuh mengetahui bahawa ada penceroboh mengintip kegiatan mereka.

Nabi Muhammad tersenyum lebar mendengar cerita Huzaifah. Selepas habis bercerita, Nabi Muhammad menyuruh Huzaifah baring bersebelahannya.

Inilah ketaatan Huzaifah kepada Nabi Muhammad. Segala arahan yang disuruh oleh Nabi Muhammad diikutinya tanpa bantahan. Oleh yang demikian kita juga seharusnya taat kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad.

Kejayaan bermula dengan langkah kecil

Kita takut untuk memulakan sesuatu sebab kita anggap apa yang kita nak mulakan tu sesuatu yang besar, susah dilakukan atau mungkin akan gagal.

Kita takut mendepani apa yang akan terjadi nanti andai kata kita silap, atau apa yang kita buat tak berhasil. Mungkin juga kita akan malu berdepan sanak saudara jika apa yang kita usahakan lari dari perancangan.

Untuk melawan rasa takut, mulakan tindakan dengan langkah yang kecil. Kejayaan besar bermula dengan langkah-langkah kecil, one little step at a time.

Dari setiap langkah, Anda belajar sedikit demi sedikit. Selepas itu, pelajari pekara baru kemudian perbaiki apa yang dah dipelajari sebelum ni.

Lama kelamaan Anda akan semakin mahir lalu menjadi semakin konpiden. Anda akan semakin optimis yang usaha Anda boleh berhasil.

Secara saikologinya, kita cukup bagus melakukan sesuatu apabila kita melakukannya dalam jumlah yang kecil, difokuskan satu-persatu. Sejarah Islam sendiri pun ada cakap, Nabi Muhammad s.a.w. dulu berdakwah secara kecil-kecilan (diam-diam) sebelum Baginda berdakwah secara besar-besaran (terbuka).

Kejayaan Islam menjadi salah satu agama yang paling ramai penganut di dunia hari ni bermula dengan langkah-langkah kecil dimulai oleh seorang Rasul bernama Muhammad s.a.w.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...