Monday, March 7, 2011

3 hari lagi untuk jelaskan saman

Walaupun tempoh diskaun bayaran kompaun dilanjutkan sehingga 10 Mac 2010 (Khamis) ini, hanya 700, 000 saman dijelaskan oleh pesalah lalulintas. Jumlah berkenaan hanya 4 peratus dari keseluruhan saman yang dikeluarkan iaitu 17.3 juta saman.

Anda yang masih belum menjelaskan saman berkenaan dinasihatkan untuk membayar saman berkenaan secara online melalui www.myeg.com.my atau www.rilek.com.my. Anda juga boleh menyemak saman JPJ melalui www.jpj.gov.my dan saman PDRM melalui www.rmp.gov.my. Selain itu, saman juga boleh disemak melalui perkhidmatan gerbang sms kerajaan dengan menaip POLIS SAMAN  NoIC dan hantar ke 15888.

Bagi mengelakkan kesesakan talian, sila guna perkhidmatan berkenaan diluar waktu puncak.

Harga minyak dunia terus meningkat

Harga minyak mentah dunia terus meningkat dimana harga yang dicatatkan pada jam 8.20 pm waktu malaysia adalah $106.52 (RM323.37)setong. Kenaikan ini adalah berikutan krisis politik negara pengeluar ditimur tengah.

Ketegangan yang kian meruncing di Libya juga kian meningkatkan harga minyak dunia kerana Libya merupakan pengeluar minyak terbesar di kalangan negara Afrika.

Kenaikan ini dijangka akan memberi kesan yang besar kepada negara pengimport minyak utama dari negara timur tengah seperti Itali dan Ireland.

Jangan tunggu saat akhir untuk hantar E-Filing

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan kepada pembayar cukai supaya jangan menunggu sehingga saat akhir untuk mengisi dan menghantar borang e-filing bagi mengelakkan kesesakan talian.

LHDN memaklumkan bahawa perkhidmatan tersebut boleh dicapai melalui https://e.hasil.gov.my atau www.hasil.gov.my yang dibuka sejak 1 Mac lepas sehingga 30 April ini. Pembayar yang lewat mengemukakan borang penyata akan dikenakan penalti.

Untuk maklumat lanjut, pembayar cukai boleh hubungi 1-300-88-3010 atau callcentre@hasil.cov.my

Boleh..

Ketika sedang belajar dalam sebuah kelas darjah satu, Janet cuba bertanyakan soalan pada gurunya,
Janet : "Cikgu, bolehkah ibu saya hamil?"
Cikgu : "Berapa umur ibu Janet?"
Janet : "40 tahun, cikgu.."
Cikgu : "Ya, dia masih boleh hamil, Janet"
Janet : "Bolehkah kakak perempuan saya hamil?"
Cikgu : "Berapa umur kakak Janet?"
Janet : "19 tahun, cikgu.."
Cikgu : "Ya, sudah tentu. Kakak Janet juga boleh hamil"
Janet : "Mmm... bolehkah saya hamil, cikgu?"
Cikgu : "Berapa umurmu, Janet?"
Janet : "7 tahun, cikgu"
Cikgu : "Oh, Kamu belum cukup umur. Kamu masih belum boleh hamil lagi"
Tiba-tiba, Roy yang duduk dibelakang Janet, mencelah sambil berbisik sesuatu pada Janet, "betulkan, apa saya cakap.. tidak ada yang perlu kita bimbangkan!"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...