Sunday, March 6, 2011

Kereta Termahal

Bugatti Veyron

Dinobatkan sebagai kereta termahal dengan nilai $1,700,000. Kereta ini mampu membuat pecutan dari 0km/h ke 60km/h hanya dalam masa 2.6 saat sahaja. Kereta ini mampu mencapai kelajuan sehingga 431.07 km/h (267.85 mph) atau kereta kedua terlaju setakat ini.




Kereta yang tersangatnya mahal ini telah direkabentuk dan dibangunkan oleh Volkswagen Group dan pengeluarannya dilakukan oleh Bugatti Automobiles SAS. Nama kereta ini diambil semperna nama lagenda pelumba kereta Perancis iaitu Pierre Veyron yang telah berlumba untuk syarikat Bugatti pada 1939.


Kereta Api Buluh



Dengan hanya purata satu perjalanan kereta api seminggu ke Battambang di utara Komboja telah memberi inisiatif, penduduk setempat telah menggunakan apa yang mereka ada, iaitu buluh untuk merekabentuk kenderaan sendiri.

Kenderaan ini dikenali sebagai "noris" atau "lori" oleh penduduk tempatan, namun pelancong yang berkunjung kesana memanggilnya sebagai "Kereta Api Buluh". Dengan digerakkan menggunakan kuasa enjin genarator, penumpang akan duduk diatas platform buluh yang dialas dengan rumput kering yang hanya setinggi beberapa inci sahaa dari landasan kereta api. Walaupun dibuat menggunakan buluh dan menggunakan enjin generator, kereta api ini mampu bergerak di atas landasan kereta api sehingga mencapai kelajuan 40km/h (25mph.

Pengusaha kereta api ini memaklumkan bahawa kereta api buluh berkenaan selamat untuk dinaiki dan mereka akan memperlahankan kelajuan kereta api buluh berkenaan jika berselisih dengan kereta api lain. Namun Kerajaan kemboja dalam perancanggan untuk membaik pulih perkhidmatan kereta api sebenar yang banyak musnah akibat peperangan sebelum ini.

Anugerah

Maha suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada sekalian hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui yang mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.

Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan cinta.

Cinta nikmat bagi hati setiap insan. Tanpa cinta, manusia akan terus hidup dalam kesakitan dan kesukaran. Tanpa cinta, manusia akan saling benci membenci. Manusia akan hilang perikemanusiaan. Manusia akan sanggup menyakiti insan lain demi mencapai kepentingan diri.

Justeru, sucikanlah cinta dan suburkanlah perasaan itu dengan takwa kepada Yang Maha Esa.

Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Ketika Nabi Adam di dalam syurga yang penuh kenikmatan, masih terasa ‘kekosongan’ di hatinya. Lantas, Allah Yang Maha Mengetahui, segera menciptakan seorang perempuan, Hawa bagi mengisi kekosongan tersebut. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam.

Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia.

Syurga adalah matlamat setiap manusia yang beriman. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan apa dilarang. Orang yang layak menghuni syurga adalah mereka dalam kalangan yang baik-baik iaitu para rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Justeru, cinta juga boleh dijadikan alat untuk mencapai hasrat itu. Jadilah kita insan yang baik-baik agar tergolong dalam kalangan penghuni syurga.

Cinta dilahirkan di tempat baik (syurga), dianugerahkan Yang Maha Baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (Nabi Adam AS) dan diwariskan kepada orang-orang yang baik (para solihin). Cinta lahirnya di syurga dan akan berakhir di syurga.

Bercinta kerana Allah

Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia.

Cinta adalah ‘hadiah’ daripada Tuhan. Maka, kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan ‘pemberi’. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taasub dengan cinta hingga merana jiwa dan lupa daratan.

Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah. Bagaimanapun, jangan biarkan cinta pada manusia mendahului cinta pada Allah.

Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Manusia yang sanggup lupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta. Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.

Jangan biarkan jiwa terus hanyut kerana kekecewaan dalam cinta. Bacalah al-Quran kerana anugerah ketenangan jiwa dengan mengamalkannya adalah cinta daripada Allah. Seperti mana firman Allah:

Kami turunkan daripada al-Quran penawar-penawar dan rahmat bagi orang mukmin (al-Isra’: 82)

Begitu juga dengan amal ibadat lain. Jangan diabaikan kerana kita perlu cintai Allah melebihi segala-galanya. Ini termasuk mendirikan solat kerana menerusinya, kita mampu menghindarkan diri kita daripada ingkar terhadap ketentuan Allah dan dikurniakan ketenangan dalam hati.

Sentiasa menjaga peraturan cinta

Sebagaimana kurniaan lain, cinta dicetuskan dengan beberapa peraturan. Peraturan inilah yang mendorong manusia agar berada di landasan yang benar. Tanpa landasan ini, manusia akan tersasar kerana mengejar cinta.

Ia adalah syariat. Hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus.

Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Jauhilah yang haram kerana yang kemanisan dengan menempuh yang haram, maka akan berakhir dengan kepahitan. Bagi yang makruh dan harus, gunakanlah pertimbangan yang waras untuk melakukan atau meninggalkannya.

Pelihara cinta dalam rumah tangga

Cinta adalah ‘warisan’ Nabi Adam AS pada orang baik pada kemudian hari. Justeru, jadikanlah cinta sebagai alat untuk melakukan perkara yang baik-baik dalam rumah tangga.

Sabar, reda dan mujahadah semasa menjalankan tanggungjawab dan peranan dalam melayari bahtera rumah tangga.

Tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai. Maka, tempuhilah ujian itu dengan penuh sabar dan ketenangan. Ingatlah, ujian datang tanda kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya. Semakin sayang Tuhan kepada kita, maka semakin hebat ujian diberi. Semuanya menuntut kesabaran dan ketakwaan.

Malah kecewa dalam bercinta di alam rumah tangga ujian kepada umat Islam selepas mengakui beriman kepada Allah.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta (al-Angkabut: 2-3).

Contohilah Ummu Sulaim yang mengingatkan suaminya bahawa anaknya adalah ‘pinjaman’ daripada Allah dan apabila anak itu kembali ke rahmatullah, ertinya ia dikembalikan kepada pemiliknya (Allah).

Mungkin contoh itu terlalu sukar untuk diteladani, namun contohilah ketabahan mereka dengan memaniskan wajah, menahan kata-kata yang buruk dan bertindak sebaiknya ketika ujian melanda rumah tangga.

Justeru, hadapilah setiap ujian dalam percintaan itu dengan tenang kerana yang terbaik sudah tentulah datangnya daripada Allah.

Gagah Perkasa

Di dalam sebuah hutan, raja rimba (singa) yang merasakan dirinya hebat. Dan untuk membuktikan kehebatannya, singa bertanya pada beberapa haiwan lain. Singa bertanya kepada seekor gorila.

Singa : “Hai gorila, siapakah yang paling gagah di hutan ini?”
Gorila : “Anda tuan ku.”
Kembanglah hidung singa itu mendengarnya . Kemudian ia bertemu dengan seekor ular sawa.

Singa : “Hai sawa,, siapakah yang paling gagah dan hebat di hutan ini?”
Ular sawa: “Sudah tentu Anda.”
Bertambang kembanglah lubang hidungnya mendengar jawapan itu..

Kemudian ia berjalan lagii, dan di tengah jalan ia bertemu dengan seekor gajah.
Singa : “Hi gajah, siapakah yang paling gagah dan perkasa di hutan ini?”
Tetapi gajah tidak menjawab, dan diluar dugaan si singa, gajah terus membelasah dan smackdown singa sampai lembek. Kemudian gajah berlalu meninggalkan si singa. Dalam keadaan lembek dan tidak bermaya itu, singa sempat berkata pada sang gajah..,
Singa : “Kalau tidak tahu jawapan, tak payahlah marah-marah. Sakit tau.."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...