Friday, March 4, 2011

Tips memikat

Sesekali melihat pasangan bergandingan seiringan, terdetik rasa iri juga keinginan untuk disayangi seperti mana pasangan lain.

Apatah lagi ketika dilanda kesunyian yang panjang, alangkah indah jika saat itu terisi dengan kehadiran si dia buat pengubat hati lara.

Berjalan di tepian pantai atau melakukan riadah bersama tentunya begitu indah.

Namun mungkin bagi segelintir lelaki, tidak semudah itu mendapatkan teman wanita sehati sejiwa apatah lagi jika lebih dikuasai rasa malu untuk memulakan perhubungan.

Jika terasa janggal untuk mendekati si gadis pujaan hati apatah lagi membuka mulut untuk mengajaknya keluar, petua berikut mungkin boleh membantu anda mencari teman hidup dan seterusnya melayari mahligai bahagia:

# Sebagai lelaki, anda perlu mulakan langkah pertama biarpun ada yang mengatakan si gadis juga boleh membuka mulut untuk menyatakan segalanya.

Beranikan diri bergaul dan berkenalan dengan ramai gadis sebelum membuat pilihan.

# Anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan mengawasi gerak-gerinya, tetapi jangan sampai mengekorinya sehingga ke hadapan rumah!

# Apabila bertemu gadis yang diminati, lakukan sedikit ‘penyiasatan.’ Selidik latar belakangnya sama ada dia sesuai atau tidak, keluarganya dan paling penting, sama ada dia berpunya.

Caranya, anda boleh bertanya kepada rakan gadis berkenaan untuk mencari fakta yang betul mengenainya.

Jika sudah bertemu dengan bakal teman wanita, perlu diingat anda tidak akan dapat mendekati gadis impian melainkan anda menegurnya.

# Sebagai langkah awal untuk mendekatinya, mulakan dengan senyuman. Bagaimanapun, anda tidak digalakkan merenung gadis itu terlalu lama kerana dia mungkin berprasangka negatif.

# Anda hanya perlu berlagak biasa, jangan cuba berlagak macho atau seksi kerana ia boleh membuatkan gadis itu meluat. Berlagak biasa, tetapi berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk agar tidak menyinggung perasaannya.

# Atur temu janji seperti makan malam atau beriadah. Namun, lebih baik bertanya si gadis ke mana dia ingin pergi agar lebih selesa.

# Apabila anda berdua sudah semakin selesa dan serasi, inilah masanya untuk berterus terang.

Ahli KWSP dinasihat berhati-hati dengan aplikasi telefon Apple atau Android yang tidak iktiraf

KWSP telah memaklumkan terdapat aplikasi perisian haram untuk telefon mudah alih Apple atau Android yang menyediakan akses kepada i-Akaun KWSP yang dibangunkan oleh pihak ketiga. Aplikasi perisian yang tidak diiktiraf oleh KWSP itu tidak dijamin keselamatan dan kewibawaannya. KWSP juga menasihatkan ahlinya supaya mengakses i-Akaun secara terus melalui laman web myEPF.

Mereka yang telah menggunakan applikasi tersebut dan kemudian tidak boleh mengakses i-Akaun mereka melalui laman web myEPF dinasihati melaporkannya kepada Pusat Panggilan KWSP dengan segera di talian 03-8922 6000.

Untuk maklumat lanjut cara untuk mendaftar di i-Akaun, sila klik di sini. Sebagai pilihan ahli boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP, menghantar pertanyaan secara online di Enquiry atau melalui Facebook (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Twitter (KWSPBuzz).

Sumber dipetik dari http://www.kwsp.gov.my

KHASIAT PELUK ISTERI

Seorang suami yang memeluk isterinya (isteri sendiri sahaja, bukan isteri iran atau isteri kawan atau isteri sesiapa. Apa isteri bapak, tu mak engkau la bodoh) untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.


`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...