Thursday, March 3, 2011

Balik Awal!!

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah.

Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : Salam Boss, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: Salam Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!! Yer boss, boss baik!! he…heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu fardzu kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja..

Pekerja 4: Salam Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Tima Acih Boss!!! Heee..hee

Menantu Yang Luarbiasa

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nieboleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollahbukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamatini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi,berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar jejawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikitkeluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepaskenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuktidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyaktidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumahuntuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minahpun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dekkerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan PakHaji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka,Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahlikeluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlahsolat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak HajiDollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solatsubuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah..mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengangelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh!Kantoi..kantoi...

pelajar mati kena H1N1

http://www.bharian.com.my


Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2011/03/03

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Sungai Long, Kajang diarah tutup sekurang-kurangnya seminggu mulai hari ini selepas seorang pelajarnya yang berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti virus Influenza A (H1N1) pada 24 Februari lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di sekolah berkenaan sejak tiga hari lalu menunjukkan wujud simpton virus berkenaan. Katanya, dalam pemeriksaan di sekolah itu semalam, pegawai kesihatan yang membuat pemantauan mendapati 15 pelajar mempunyai simpton dijangkiti selesema.

Selanjutnya di laman sesawang Berita Harian


Influenza A(H1N1) :
Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
http://h1n1.moh.gov.my/

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

•Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
•Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
•Berehat secukupnya.
•Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
•Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
•Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).


B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

1.Amalkan adab batuk yang baik
Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
2.Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
◦Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
◦Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
◦Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
3.Jangan kongsi peralatan peribadi
Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4.Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
◦Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
◦Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
◦Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
◦Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.


C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :


1.Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2.Batuk berdarah atau kahak berdarah
3.Sakit dada berterusan
4.Cirit-birit atau muntah yang kerap
5.Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6.Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7.Rasa pening apabila berdiri
8.Kurang kencing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...