Friday, February 25, 2011

Tempoh pembayaran PTPTN 30 bulan

PTPTN mengumumkan tempoh pembayaran balik dilanjutkan sehingga 30 bulan kepada mereka yang masih belum mendapat pekerjaan. Sebelum ini tempoh asal pembayaran balik adalah 6 bulan namun ia dilanjutkan sehingga 24 bulan.

Walaubagaimanapun, peminjam perlu membuat menulis surat atau berhubung terus dengan PTPTN bagi memaklumkan masalah yang mereka hadapi.

http://www.bharian.com.my

RON95 Tidak akan dinaikkan

Kerajaan mengumumkan bahawa minyak RON95 tidak akan dinaikkan pada masa ini walaupun harga minyak dunia meningkat ekoran pergolakan di Timur Tengah.

Harga RON95 dijual pada harga RM1.90 seliter manakala RON97 diapungkan pada harga pasaran.

Pengumuman ini melegakan hati rakyat terutama yang berpendapatan rendah kerana kenaikan harga minyak akan mempengaruhi harga barangan dan perkhidmatan yang lain.

Untuk maklumat harga pasaran dunia minyak, rujuk harga minyak di sebelah kanan blog ini.


Penuntut Malaysia boleh kembali ke Mesir mulai 12 Mac

Pelajar malaysia yang menuntut di universiti di Mesir boleh mula kembali ke sana mulai 12 Mac ini. Bagaimanapun pelajar masih perlu menunggu lampu hijau dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai tahap keselamatan di Mesir.

Menurut laporan, beberapa universiti di Mesir akan memulakan sesi pembelajaran pada 12 Mac hingga 8 April.


http://www.bharian.com.my
http://www.utusan.com.my/

Kelebihan berjemaah mengikut Teori Fizik

Sumber: Utusan Malaysia

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daripada tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor tersebut mengenai solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


Syarat-syarat sah berjemaah

1 - Makmum hendaklah berniat mengikut imam. Adapun imam tidak menjadi syarat berniat menjadi imam, hanya sunat agar ia mendapat ganjaran berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya segala amal itu hendaklah dengan niat. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2 - Makmum hendaklah mengikut imamnya dalam segala pekerjaannya. Maksudnya makmum hendaklah membaca takbiratul ihram sesudah imam bertakbir, begitu juga permulaan segala perbuatan makmum hendaklah terkemudian daripada yang dilakukan oleh imamnya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya imam itu dijadikan imam supaya diikuti perbuatannya, apabila ia telah bertakbir hendaklah kamu bertakbir dan apabila ia rukuk, maka hendaklah kamu rukuk pula. (Riwayat Bukhari dan Muslim) dan sabda baginda lagi: Apakah seseorang tidak takut apabila ia mengangkat kepalanya mendahului imam, Allah akan mengubah kepalanya menjadi kepala himar. (Riwayat jemaah ahli hadis)

3 - Mengetahui gerak-geri perbuatan imam, umpamanya daripada berdiri kepada rukuk, iktidal dan seterusnya sujud, sama ada diketahuinya dengan cara melihat imam sendiri atau melihat saf makmum di belakang imam dan seterusnya.

4 - Kedua-duanya (imam dan makmum) berada di dalam satu tempat, umpamanya berada di dalam satu rumah. Sesetengah ulama berpendapat bahawa sembahyang di dalam satu tempat ini tidak menjadi syarat, hanya sunat kerana yang perlu diketahui adalah pergerakan perpindahan imam daripada rukun ke rukun atau dari rukun ke sunat dan sebaliknya, agar makmum dapat mengikuti pergerakan imamnya.

5 - Tempat berdiri makmum tidak boleh lebih hadapan daripada imamnya. Apabila orang yang sembahyang berdiri, diukur tumitnya dan bagi orang yang sembahyang duduk, diukur daripada punggungnya.

6 - Hendaklah sama aturan sembahyang makmum dengan sembahyang imam. Bermaksud tidak sah sembahyang fardu jika yang mengikutnya melakukan sembahyang jenazah atau sembahyang gerhana kerana cara (aturan) kedua-dua sembahyang itu tidak sama.

7 - Lelaki tidak sah berimamkan perempuan. Ini bererti lelaki tidak boleh menjadi makmum sedang imamnya perempuan. Kaum perempuan hanya boleh menjadi imam bagi perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Perempuan janganlah dijadikan imam, sedangkan makmumnya lelaki. (Riwayat Ibnu Majah)

8 - Keadaan imam tidak ummi (buta huruf) sedangkan makmumnya qari (boleh membaca). Hendaknya imam itu seorang yang baik bacaannya.

9 - Janganlah makmum berimam kepada orang yang diketahui bahawa sembahyangnya tidak sah (batal). Contohnya, mengikut imam yang diketahui oleh makmum bahawa ia bukan orang Islam atau ia berhadas atau bernajis pada badan dan pakaian atau tempatnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...