Wednesday, February 23, 2011

Filem I Am Number Four

Filem I Am Number Four diadaptasikan dari novel sains fiksyen remaja karangan Pittacus Lore. DreamWorks Pictures pada Jun 2009 telah membeli hak kebenaran bagi menerbitkan novel tersebut dalam bentuk filem yang telah ditayangkan bermula 18 Fenuari 2011 yang lalu.

Ia mengisahkan mengenai makhluk asing yang dari planet Lorien yang lari dari buruan untuk dibunuh. Anda perlu menonton filem ini untuk kisah selanjutnya.

Pusingan kelayakan olimpik malaysia vs pakistan

Malaysia mengalahkan Pakistan dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan bola sepak pra-kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Gol malaysia dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam dari pemain kelantan pada minit ke 3 dan Ifran Fazail pula menyumbang gol kedua pada minit ke 46.

Walaubagaimana pun, pemain-pemain malaysia banyak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol. Pasukan negara telah mempunyai taktik serangan yang mantap, namun finishing masih lemah.

Semoga malaysia berjaya pada pusingan kedua nanti.

The Secret to Happy Married Life

Once I was asked by my Friend, "What is the secret behind your happy married life?"

I said, "You should share responsibilities with due love and
Respect each other. Then absolutely there will be no problems."

He asked, "Can you explain?"

I said, "In my house, I take decisions on bigger issues where as my wife decides on smaller issues. We do not interfere in each other's decisions."

Still not convinced, Friend asked me "Give me some examples"

I said," Smaller issues like, which car we should buy, how much amount to save, when to visit home town, which Sofa, air conditioner, refrigerator , monthly expenses, whether to keep a maid or not etc are decided by my wife. I just agree to it"

He asked, "Then what is your role?"

I said," My decisions are only for very big issues. Like whether America should attack Iran, whether Britain should lift sanction over Zimbabwe, whether to widen African economy, whether Sachin Tendulkar should retire, etc etc and Do you know one thing,

My wife NEVER, EVER objects to any of these...............

Perihal Wanita Yang Lelaki Tak Faham

1. Mengapa wanita gemar membawa beg bersaiz kecil? Akhirnya lelaki juga terpaksa memegang dompetnya yang sarat berisi pelbagai resit, selain dokumen peribadi.

2. Mengapa wanita selalu bertanya soalan yang mereka tidak mahu mendengar jawapannya? Contohnya, bertanyakan komen sama ada teman rapatnya tampak menggoda. Jika lelaki menjawab “tidak”, jawapan itu akan dipersoalkan dengan hujah panjang lebar, tetapi sebaliknya jika lelaki menjawab “ya”, mereka pasti naik berang umpama taufan melanda.

3. Wanita kini rata-ratanya lebih berani dan lebih tegas berhadapan cabaran hidup tetapi bab membunuh lipas, mereka pasti mahu bantuan lelaki.

4. Lelaki memang tak faham mengapa setiap kali ke tandas, wanita perlu ditemani segerombolan rakan rakan. Kesannya, mereka akan menghabiskan banyak masa berbual dan bermesyuarat di depan cermin bilik kecil itu, sambil membelek solekan dan melihat sulaman di baju masing-masing.

10 PERINGATAN BUMI

berkata Anas Bin Malik r.a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...