Monday, February 21, 2011

Sombong

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan. ”

Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan) .
Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” -(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” -(Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83;

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan dimuka bumi.”

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Ujian IQ versi bumper

Ujian IQ ini berasal dari Jepun dan diguna sebagai ujian IQ di universiti terutama untuk pelajar IT. Jangkamasa ujian ini adalah 15 minit. Untuk memulakan ujian, anda perlu muat turun fail berikut:

http://www.4shared.com/document/-ydaM1is/UjianIQ.html


Untuk mulakan ujian, tekan butang biru besor. Butang lain tekan ler sendiri kalau nak tau apa ada.
Adakah anda faham apa yang ditulis? Jika anda tak faham, sama lah dengan saya haha.
 
Peraturan ujian
- 2 orang sahaja boleh menyeberang pada 1 masa
- Bapa (yang besor tu ler) tak boleh ditinggal dengan anak perempuan tanpa ibunya
- Ibu (sama ler yang besor juga) tak boleh ditinggal dengan anaklelaki tanpa bapaknya
- Banduan ( baju belang2 tu) tak boleh ditinggal bersama dengan mana2 ahli keluarga tersebut
- Cuma polis dengan ibu bapa sahaja yang boleh memandu bot melintasi sungai
- Klik pada orang untuk masuk ke bot dan klik pada bulat merah untuk mengerakkan bot





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...