Sunday, February 20, 2011

KWSP umum dividen 5.8 peratus

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan bayaran dividen 2010 sebanyak 5.80 peratus. Dividen ini lebih tinggi dari kadar 5.65 peratus yang dibayar pada tahun 2009. Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 21 Februari 2011.

Fakta: Riwayat Hidup Lelaki & Wanita

Lelaki Jika tak Menjaga kesihatan
1. Umor 20-30 Bayangan Hidup
2. Umor 30-40 Pandangan hidup
3. Umor 40-50 Pegangan hidup
4. Umor 50-60 Bantuan Hidup
5. Umor 60 ++ Tak Hidup Hidup

Perempuan

1. Umor 20-30 Mengancam
2. Umor 30-40 Macam Macam
3. Umor 40-50 Terancam
4. Umor 50-60 Di Ancam
5. Umor 60 ++ Dah tak Cam

Bagaimana Untuk Bertenang-​tenang Selalu

Dalam kehidupan seharian, pasti kita di hujani perasaan tertekan, marah, gabra dan macam-macam lagi. Bila keadaan ini datang kita atau orang disekeliling kita selalu berpesan supaya bertenang. Tapi bagamanakah cara untuk bertenang?

Untuk ketahuinya anda boleh membaca tip-tip dibawah sebagai panduan untuk bertenang.

1. Mulakan dengan niat.

Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.

2. Sembahyang dan membaca Al-Quran.

Sembahyang dan membaca Al-Quran dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang. Anda juga digalakkan untuk memulakan sesuatu kerja dengan kalimah bismillah.

3. Kawal emosi.
Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.

4. Pernafasan.
Pernafasan terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang.

5. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.

Elak dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.

6. Elak berpeluk tubuh.
Ketika sedang berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin Anda sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika menonton wayang, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh tak akan membuat Anda merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat Anda merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.

7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.
Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang yang tenang, Anda juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya.

8. LET GO.
Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan.

Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.

Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.

Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan.

Rokok

Isu mengenai rokok tidak pernah berkesudahan. Ada sahaja isu yang timbul dan langkah kerajaan menaikkkan cukai rokok tidak mampu mengurangkan jumlah penagih rokok kerana mereka ini disajikan dengan rokok tempatan yang dikatakan dijual dengan yang murah.


Selain itu langkah kerajaan mewajibkan kotak rokok diletak dengan gambar kesan merokok juga tidak berhasil kerana perokok kebiasaannya tidak menggunakan kotak rokok yang asal. Rokok yang dibeli akan dimasukkan kedalam kotak rokok khas yang boleh diguna semula. Adakah kerajaan perlu mengharamkan penjualan kotak rokok sebegini?


Selain itu pewartaan kawasan larangan merokok juga tidak memberi kesan kepada perokok ini kerana undang-undang yang digubal oleh kerajaan dipandang sepi. Bahkan Jumlah denda yang bakal menanti juga tidak merisaukan mereka. Antara kawasan yang diwartakan sebagai kawasann larangan merokok adalah semua premis kerajaan seperti hospital,pejabat kerajaan, sekolah dan lain2. Hotel atau restoren berhawa dingin dan banyak lagi. Hasil pemerhatian, walaupun kebanyakan pejabat kerajaan tertakluk kepada peraturan larangan merokok, masih ramai yang berdegil dan tetap merokok.


 Namun adakah perokok tahu apakah hukum merokok?

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-merokok

Fatwa Tentang Merokok


1995/37/3Sosial/Syariah

Keputusan:

(1) Merokok adalah haram

(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok.

(3) Bagi maksud fatwa ini , ' rokok ' ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

Status Penwartaan: Diwartakan

Nombor Rujukan: JAI.Sel 8014/7 Jilid IV;P.U.Se

Akta/Enakmen: Sel. P.U. 51.
 
Negeri: Selangor


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI


Merokok Dari Pandangan Islam


Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keputusan (English):

Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.

Keterangan/Hujah:

1.Isu tabiat merokok ini timbul adalah hasil Seminar Pembasmian Tabiat Merokok anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) pada 2 November 1994 di mana telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan badan bertindak kebangsaan bagi memerangi tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

2.Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta juga badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada kesihatan.

3.Pihak kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok terutamanya penyakit kanser, barah paru-paru serta penyakit jantung.

4.Kajian perubatan telah dapat membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6 hingga 8 mg nikotin dan setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita menghidu 4,000 jenis bahan kimia, hamper kesemuanya boleh memudharatkan badan manusia.

5.Merokok boleh mengganggu kesihatan, menghilangkan nafsu makan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung, kanser, barah paru-paru, gangguan pernafasan dan merosakkan otak.

6.Hukum merokok pada pandangan Islam seperti berikut:

(a)Sebahagian ulamak berpendapat merokok adalah harus kerana tidak sabit tentang kemudharatan atau mabuknya. Mereka juga bersandar kepada kaedah “ Asal Sesuatu Itu Adalah Harus “

(b)Setengah ulamak berpendapat merokok adalah makruh iaitu dikaitkan dengan bawang merah dan bawang putih di segi baunya.

(c)Ramai daripada ulamak berpendapat merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.

(d)Nash-nash Al-Quran dan hadith seperti berikut adalah menjadi asas kepada penetapan hukum:

Maksud firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat: 195 " Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan "




Carian berkenaan kucing

Hasil dari analisis ke atas blog ini, carian mengenai kucing adalah yang tertinggi. Carian ini dilakukan antara 13 februari hingga 19 februari yang dilakukan melalui enjin carian seperti google dan yahoo. tapi lenapa ramai yang membuat carian mengenai kucing?

Nilai tambah dengan Celcom Blue

Minggu lepas aku dapat credit secara percuma selama seminggu ke nombor xpax aku sebab aku topup lebih skit sebelum nie, so bergayut sakan ler dan tu ler kelebihan prepaid celcom. Selain tu aku selalu juga dapat kredit percuma 2 3 ringgit setiap bulan. Selain tu liputan rangkaia celcom bagi aku cukup baik sebab kat mana jer aku p mesti ader line. untuk maklumat lanjut anda boleh klik iklan celcom untuk mendapat maklumat lanjut mengenai promosi prepaid celcom.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...