Tuesday, February 15, 2011

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;

Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”

Kadang-kadang kita lupa

*Renungan untuk kita semua:
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok .
8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong

TETAPI...

KITA JUGA LUPA...

SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Pergi ke langkawi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... .

Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi sekarang beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...

Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu.... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL.

Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ...
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

“MENGHAYATI PERJUANGAN RASULULLAH SAW”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“MENGHAYATI PERJUANGAN RASULULLAH SAW”
(11 FEBRUARI 2011 / 8 RABIULAWAL 1432H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “MENGHAYATI PERJUANGAN RASULULLAH SAW ”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah Sekalian,

Kini kita berada di bulan Rabiulawal, bulan yang penuh berkat lagi bermakna untuk umat Islam di mana pada tarikh 12 Rabiulawal kita akan menyambut Maulidul Rasul yang menjadi salah satu hari kebesaran Islam, yang pada biasanya akan disambut dengan begitu meriah di negara ini. Dengan cara sambutan sebegini kita akan terus menghidupkan syariat dan syiar yang dibawa oleh Baginda semenjak 1432H yang lalu. Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang telah menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah SWT sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi”. (Riwayat Iman Malik )

Kejayaan Rasulullah SAW di dalam mengembangkan dakwah Islamiah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam adalah berasaskan kepada pendekatan yang diamalkan oleh Baginda iaitu secara wasatiyyah. Wasatiyyah adalah merujuk kepada pelaksanaan Islam secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak manusia. Pada masa yang sama agama Islam dijunjung dan dimartabatkan dan tidak juga meminggirkan penganut agama lain untuk terus mengamalkan ajaran mereka. Dengan ini semasa pemerintahannya Nabi SAW melaksanakan titah perintah Allah SWT secara sempurna. Dengan sendirinya masyarakat Islam dapat dibentuk sebagai umat yang terbaik. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 143:

Maksudnya: “Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu” .

Berdasarkan ayat ini, Ummatan wasata telah ditakrifkan sebagai umat pertengahan iaitu umat yang adil, tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat sekaligus seimbang dalam seluruh aspek kehidupan. Ia mengambarkan umat Islam yang telah di jelaskan oleh Allah SWT sebagai manusia yang adil dan boleh menjadi saksi terhadap seluruh perbuatan manusia. Mengikut pandangan Sayyed Qutb,“Umat Islam adalah umat yang adil dalam segala erti keadilan sama ada dengan erti kebaikan dan kelebihan atau dengan erti kesederhanaan atau dengan ertinya yang fizikal, iaitu berada di tengah-tengah”. Justeru itu, Umat Islam dituntut untuk menseimbangkan antara tuntutan rohani dan jasmani dan antara tuntutan dunia dan akhirat. Sifat kesederhanaan dan keseimbangan ini sangat penting bagi orang yang beriman didalam menentukan kejayaan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Bukti wasatiyyah, kesederhanaan dan keadilan ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW di dalam sirahnya. Semasa Rasulullah SAW berdepan dengan keadaan untuk meletakan Hajaral Aswad pada tempatnya di Ka’bah, Baginda telah menunjukkan kebijaksanaan dengan meletakkan Hajaral Aswad tersebut di atas sehelai kain dan Baginda meminta ketua-ketua kabilah itu mengangkat setiap bucu kain secara bersama-sama dan Baginda sendiri yang meletakkan Hajaral Aswad itu ditempatnya. Ini menunjukkan bahawa kebijaksanaan dan keadilan Rasulullah SAW dalam membuat keputusan demi memastikan ianya tidak menimbulkan sebarang pergaduhan antara kabilah arab. Dengan ini juga menunjukan bahawa kata sepakat juga akan tercapai melalui perbincangan secara bersama. Firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 38:

Bermaksud: “Dan orang yang menyahut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka”.

Selepas peperangan Badar, Rasulullah SAW bersetuju membebaskan tawanan perang dengan syarat mereka ini mengajar anak-anak umat Islam ketika itu untuk membaca.Sebaliknya Baginda tidak bersikap melampau dan terlalu tegas dengan tawanan perang tersebut. Daripada sini, kita dapat melihat sikap keterbukaan dan kesederhanaan Rasulullah walaupun dengan pihak musuh. Selain itu, Rasulullah juga telah memberikan garis panduan dalam kepimpinannya ketika meluaskan empayar Islam dengan membenarkan toleransi beragama. Ini dibuktikan dengan terbentuknya Piagam Madinah yang telah dipersetujui dengan masyarakat bukan Islam. Masyarakat Islam diperintah untuk menikmati harta benda dan tuntutan jasmani selagi yang diperolehi itu menurut cara yang halal dan diambil dalam kadar yang sederhana dan munasabah.

Kesederhanaan yang diamalkan di dalam Islam adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran atau al-Haq. Dalam menuju ke arah kebenaran pastinya memerlukan sifat kesederhanaan dan keseimbangan yang jitu bagi memartabatkan Islam sebagai agama di negara ini. Perkara ini tidak mungkin akan dapat di capai melainkan dengan kita kembali kepada ajaran sunnah Rasulullah dan al-Quran al-Karim. Mimbar ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa janganlah kita melampaui batas dalam apa perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Semangat melampau yang berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sosio-politik negara. Oleh itu semangat bersatu padu perlulah dikekalkan sehingga ke generasi yang akan datang sebagai pewaris di dunia ini.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Program Maulidur Rasul ini pada dasarnya adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah Islam. Ia bertujuan untuk mentarbiyah, membimbing dan memperingatkan umat Islam agar menghargai apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Salah satu pengajaran itu ialah memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pesuruh Allah yang paling berjaya menegakkan ajaran Allah, Rasul terakhir, tokoh teragong sepanjang abad di dunia dan akhirat kerana membawa perubahan besar kepada lanskap akidah, syariah dan akhlak seluruh juzuk hidup manusia di dunia. Malah hingga ke hari ini peribadi suci Rasulullah SAW masih dikagumi musuh-musuh Islam.

Dengan demikian sambutan Maulidur Rasul yang diberi liputan meluas dalam media cetak dan media elektronik memberi peluang kepada rakyat di negara ini memperingati seorang insan terpilih, memahami gaya kepimpinan, cara pendekatannya, memahami akhlaknya dan memahami dasar politik, ekonomi dan sosial untuk kita teruskan dan hayati. Hakikatnya sambutan Maulidur Rasul adalah suatu peringatan, suatu tazkirah yang bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah adz-Dzaariyat, ayat 55:

Maksudnya:“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.”

Ingatlah wahai umat Islam sekalian bahawa sirah perjuangan Baginda SAW ini hendaklah ditauladani, diulangkaji, dirujuk dan disuburkan setiap masa, supaya kekal dalam ingatan dan jiwa manusia. Sambutan yang diadakan bukan sekadar mainan, bersenda gurau, atau mengisi masa kosong tetapi lebih kepada mencapai suatu tugas yang perlu kita laksanakan, berbentuk amanah yang perlu kita tunaikan. Bagaimana pun mimbar sangat kesal jika sambutan yang diadakan setiap tahun ini, tidak dihayati sepenuhnya dengan pengisian yang tepat oleh umat Islam. Bahkan lebih menyedihkan lagi ialah pada satu masa kita mengagongkan Rasulullah SAW dan pada masa yang lain pula kita bersifat talam dua muka, bertukar rupa dengan melakukan perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru sidang Jumaat, umat Islam dan ibu bapa sekalian, marilah sama-sama kita membentuk umat yang terbaik dengan mengimbangi kehidupan kita secara saksama, adil dan bertepatan dengan apa yang telah diajar oleh junjungan besar kita Muhammad SAW. Ambillah contoh tauladan yang telah digariskan oleh Baginda dengan berteraskan konsep wasatiyyah dan al-tawazun yang amat sesuai dengan semasa dan serasi dengan manusia sejagat. Bersikap sederhana bukan bermaksud mengambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya berserah kepada takdir dan nasib untuk menentukan segalanya tetapi yakinlah bahawa ia lahir daripada ilmu dan prinsip yang benar, tahu membezakan yang mana benar dan yang batil serta mampu bertolak ansur. Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77:

Maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harta yang Allah kurniakan kepadamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari dunia; dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...