Monday, February 14, 2011

Uji Minda

Ini adalah soalan matematik yang menguji ketepatan anda mengira setelah menerima masalah.

Anda perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Berikut adalah peraturan-peraturan dalam ujian ini:

1. Anda hanya dibenarkan membaca masalah sekali sahaja.
Moral: Dalam hidup, peluang hanya sekali.
2. Anda tidak dibenarkan menggunakan sebarang jenis mesin kira. Namun, penggunaan kertas dan pen dibenarkan.
Moral: Jangan terlalu bergantung pada teknologi.


Baca perenggan berikut, dan jawab soalan yang diberi. Baca sekali sahaja. Jangan rujuk semula.

Anda menaiki kapal terbang Malaysia Airlines System dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Di Kota Kinabalu, 52 orang penumpang TERMASUK krew menaiki kapal terbang.


Anda singgah di Miri. 12 orang keluar dan 13 orang masuk ke kapal terbang. Anda meneruskan penerbangan ke Kuching. Di sana, 5 orang keluar dan tiada yang masuk. Setelah itu, anda ke Singapura. 6 orang keluar dan 15 orang masuk. Kapal terbang itu seterusnya mendarat di Johor dan menurunkan 12 orang dan menerima 17 orang. Anda meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, 13 orang keluar dan 7 orang masuk. Setelah itu, anda pergi ke Ipoh dan 6 orang keluar dan 18 orang masuk. Akhir sekali, anda terus ke Bayan Lepas.

Soalan 2: Berapa orang penumpang yang turun di Bayan Lepas???

Soalan 1: Berapa kali anda mendarat sebelum sampai ke Bayan Lepas???

mencuci hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati yang diemailkan oleh seorang teman. Menurut penghantar email tersebut, petua ini diolah oleh pakar motivasi terkenal iaitu Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

Tip Memandu Cara Yang Betul

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
irwan@majalahkereta.com.my


Ketika memandu di jalan raya, kita perlu menerapkan satu perkara yang paling asas di fikiran. Kita tidak keseorangan. Jalan raya adalah tempat yang digunakan secara bersama, maka sama ada anda memandu sebuah kereta murah atau berharga berjuta-juta ringgit, ia merupakan lorong yang kita semua wajib patuhi.

Jalan raya direka dengan sistem dan undang-undang. Kenderaan juga begitu, datang dengan sistem. Jadi apabila sistem tidak dipatuhi, maka kepincangan seperti kemalangan dan kesesakan akan terjadi.

Nilai sendiri kualiti pemanduan anda. Setiap orang memiliki daya kepekaan berbeza sewaktu memandu. Ada orang yang tidak pernah mengalami kemalangan walaupun jarang memandu perlahan. Ramai juga yang keretanya calar balar biarpun memandu pada posisi seperti mencium stereng. Perbezaannya adalah kepekaan dan teknik memandu.

Adakah anda sering menjadi sasaran kemarahan pemandu lain atau adakah anda sering diekori rapat ketika memandu dan dihala dengan lampu tinggi?

Jika semua ini berlaku, ini bermakna memang ada yang tidak kena dengan gaya pemanduan anda. Satu perkara penting yang harus diingat, ketika memandu anda harus memastikan setiap pergerakan dapat dijangka oleh pemandu lain.

Pandu secara konsisten

Pastikan anda memandu secara konsisten, tidak kiralah agresif atau tidak. Ini perlakuan yang baik bagi membantu pemandu lain menjangka pergerakan anda.

Banyak padahnya jika tidak memandu dengan konsisten, atau dengan kata lain memandu seperti orang yang tiada pedoman. Sekejap laju, sekejap perlahan. Ini konsep yang penting dan harus diamalkan bagi mengelakkan pemandu lain di sekeliling tidak terkejut dengan perubahan perilaku pemanduan anda.

Kelajuan yang betul

Sebagai contoh, jika had kelajuan di lebuh raya ialah 90km/j dan majoriti pemandu lain memandu di antara 90 hingga 110 km/j, janganlah anda memandu 90km/j di lorong paling kanan. Beredar ke lorong tengah atau ke lorong paling kiri jika anda tidak berminat untuk menyamai kelajuan pemandu lain.

Beri isyarat jika anda terpaksa memandu perlahan kerana hendak mencari sesuatu lokasi atau kereta mengalami masalah mekanikal. Dengan memberi isyarat, pemandu lain akan faham dan seboleh-bolehnya beri laluan kepada kenderaan lain di belakang.

Jika kereta lain masih sukar untuk melepasi anda kerana keadaan trafik, sentiasalah mencari peluang atau posisi yang sesuai untuk membolehkan kereta lain memintas dan meneruskan perjalanan dengan lancar.

Jangan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Jika kereta di hadapan tidak memberi laluan dan kereta dari arah bertentangan tidak putus-putus, sebagai pilihan terakhir, kembali ke jarak selamat dan beri lampu tinggi secara sopan (jangan dinyalakan berkali-kali).

Pemandu di hadapan mungkin akan faham dan bertimbang rasa untuk memberi laluan kepada anda. Jika anda pula berada dalam keadaan dirapati oleh kenderaan belakang, anda dinasihatkan untuk memberi laluan.

Guna cermin sisi

Cermin sisi direka untuk melihat ke belakang. Gunakan cermin sisi, cermin pandang belakang dan melihat titik buta (blindspot) sebelum memotong. Ini kerana mungkin ada kenderaan di belakang anda yang sedang memotong dalam kelajuan tinggi. Beri laluan kepada mereka dahulu. Apabila selesai mereka memotong, barulah anda meneruskan pemanduan di lorong kanan.


Lampu isyarat jangan lupa

Menggunakan lampu isyarat untuk menunjukkan ke mana arah anda supaya pergerakan tidak mendatangkan kejutan kepada pemandu lain. Seelok-eloknya bagi isyarat lebih awal, terutama dalam keadaan trafik yang sibuk. Jangan sudah hampir memasuki simpang, baru hendak memberi signal atau suka-suka bertukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.

Brek dengan perlahan

Jika anda perlu membrek, tekan dengan perlahan-lahan. Bagi amaran awal kepada pemandu di belakang. Sebagai anggaran untuk masa membrek yang praktikal, lihat kereta selang kereta di hadapan anda. Membrek secara mengejut merupakan perbuatan berbahaya.

Jika keadaan trafik memaksa anda membrek secara mengejut (kemalangan atau sebagainya) cuba cari ruang lega di hadapan agar kenderaan di belakang anda mempunyai masa yang cukup untuk membrek.

Memecut pada masanya.

Memecutlah di tempat sepatutnya seperti apabila lampu isyarat bertukar hijau atau ketika giliran anda di simpang bertanda berhenti.

Ia membantu mempercepatkan kelancaran trafik. Sebaik lampu bertukar hijau, bersedia dengan kedudukan gear dan kemudian terus bergerak. Jangan 5 saat sudah lampu trafik bertukar hijau baru terkial-kial mencari tuil gear.

Jika hendak memasuki trafik yang sedang bergerak, anggar dengan baik dan pantas masuk ke dalamnya. Jadi, anda tidak memaksa pemandu dari belakang menekan brek. Cuba bersabar, tunggu ruang yang agak luas dan terus masuk dengan pantas.

Berhenti di tempat sepatutnya

Tiada faedah berhenti melebihi garisan. Ini hanya boleh menyusahkan kenderaan lain dan mungkin alat pengesan lampu isyarat juga tidak dapat mengesan anda.

Di persimpangan jalan raya dengan saiz jalan yang terhad, anda hanya menjadi penghalang kepada kenderaan dari simpang bersebelahan. Ia akhirnya akan memperlahankan trafik secara keseluruhan.

Jangan berhenti di tengah jalan tanpa tujuan. Jika terpaksa berhenti di bahu jalan, berikan isyarat dan bukannya berhenti sesuka hati.

Beretika

Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong anda dan tetap di situ. Jangan terlalu kerap bertukar lorong kerana ia tidak membuatkan anda lebih pantas menuju ke destinasi.

Sebaliknya, ia membuatkan keadaan trafik bertambah teruk. Jika kenderaan di lorong sebelah kanan anda dipandu laju melepasi anda, tidak perlu anda meningkatkan kelajuan kerana hendak menunjuk-nunjuk.

Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan ketika lebuh raya sesak dan biasa dilihat pada musim perayaan.

Selain menyalahi undang-undang, ia berbahaya kepada kenderaan lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.


Lampu kecemasan

Lampu kecemasan (hazard light) adalah untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti, bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan. Ketika hujan, pasang lampu utama. Walaupun pihak berkuasa selalu menggunakan lampu kecemasan ketika mengiringi konvoi, jangan sesekali anda menyalakan lampu itu ketika anda berkonvoi.

Anda tidak kacak untuk berbuat begitu dan hanya membahayakan pengguna lain.

Bayangkan anda menyalakan lampu kecemasan ketika hujan kemudian perlu masuk ke simpang kiri. Jadi bagaimana?

Hujan itu Rahmat

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.."
Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?"

Macam pernah ku dengar ayat itu, tapi di mana ya? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab.
Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah -curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. "
(Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya. " (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...