Sunday, February 13, 2011

Test IQ

3 orang sahabat pergi santap di sebuah restoran.

Selepas santap pelayan membawa bil berjumlah RM30.
Setiap seorang keluarkan RM10.
Tuan punya rerstoran bermurah hati beri diskaun RM5 dan menyuruh pelayan memulangkan kembali RM5 kepada 3 orang tersebut.

Pelayan itu ambil untuk dirinya RM2 dan menyerahkan kepada mereka bertiga RM1 setiap seorang.
Jadi, setiap seorang daripada mereka membayar RM10 - RM1(baki) = RM9.

RM9 x 3 org = RM 27

RM27 + RM2 (pelayan ambil) = RM29

Kemana hilangnya RM1 lagi????

Sila bantu saya mencari duit RM1 lagi tu...

Soalan Math (IQ)


Pinjam RM25 Dari Mr A dan RM25 Dari Mr B
(25+25=50)

RM 45 untuk beli bunga untuk awek.
(50-45=5)

Pulangkan RM 1 kepada Mr A and RM 1 kepada Mr B

Mr A > RM25 - 1 = RM24

Mr B > RM25 - 1 = RM24

(1+1=2 / 5 - 2 = 3)

Hutang Mr A ialah RM24 dan Mr B ialah RM24

RM24+RM24 = RM48

Wang yang masih ada pada anda = RM3

(RM48+RM3=RM51)

(RM51-RM50=RM1)



Kenapa boleh terlebih Seringgit??





teruna dan dara

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan. ....

Korang baca dari bawah keatas pulak.....Huhuhu

“HARAM MENYAMBUT HARI KEKASIH”

Khutbah jumaat pada 11 Feb 2011 yang lepas, khatib masjid bomba di cyberjaya telah berkhutbah mengenai "Haram Menyambut Hari Kekasih". Berikut adalah intipati teks khutbah tersebut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama melazimi takwa kepada Allah SWT dengan
menerima syariat Islam sebagai cara hidup di samping tekun mengerjakan
segala perintah-Nya dan menghindari segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan
kita akan dirahmati di dalam kehidupan di dunia yang fana’ ini dan berbahagia di akhirat yang kekal abadi.

Sidang hadirin yang berbahagia,

Menerima dan mengamalkan Islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara
hidup adalah perlu dilaksanakan oIeh seluruh umat Islam, demi membuktikan
ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang dibawa oIeh Junjungan
Besar Nabi Muhammad s.a.w. Selari dengan tuntutan ini, Khutbah hari ini akan memperkatakan perihal: "Haram Menyambut Hari Kekasih".

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine 's Day
adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan
perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.
Hadirin sidang Jumaat yang dikasihi,

Hari Kekasih juga digelar sebagai: “Valentine 's Day” yang disambut pada
14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan
remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Ia disambut
dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga
parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka.
Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.

Meskipun begitu, tidak dinafikan terdapat di kalangan remaja dan
pasangan Islam di negara ini, turut meraikan "Hari Valentine" ini. Mereka
meraikannya kerana ingin bersukaria dan terikut-ikut dengan budaya ini tanpa mengetahui sejarahnya.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa tidak ada istilah “Hari
Kekasih” atau “Hari Valentine” dalam Islam. Justeru, orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam memang
menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi
untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang
bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oIeh syarak. Bukan
dengan jalan yang mendorong atau merangsang kepada kemungkaran dan
maksiat.

Islam adalah Agama Fitrah yang praktikal, bukan menyekat kebebasan
tanpa sebab dan bukan membiarkan umatnya bebas tanpa pedoman. Islam
adalah agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna untuk
umatnya. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya.
Malah terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadith menyatakan hikmah berkasih
sayang.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Anfal ayat 63:

"Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain.
Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi,
nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka,
tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara (hati) mereka. Sesungguhnya
Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana".

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Sumber Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah
nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome
sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu
tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam
penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara.

Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta
kepada gadis itu yang bertandatangan “Daripada Valentinemu”. Maka semenjak
itu orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari
kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.

Kaum Muslimin yang berbahagia,

Jelaslah bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut
dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan
kerasulan Muhammad s.a.w., wajarkah kita merayakan hari kekasih ini?,
patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan?.

Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan
turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka
walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya:
"Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab: “Siapa lagi kalau
bukan mereka?”.

Hadirin sidang jemaah sekalian,

Apa yang lebih menyedihkan akibat dari merayakan sambutan hari-hari
seperti ini remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh 9 tahun tersebut.

Jumlah yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya
mengundang rasa bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam.
Jumlah itu membawa purata sebanyak 28,601 orang bayi setiap tahun.

Sedarlah! segalanya ini bermula dengan gaya hidup barat yang songsang, yang telah diterima dalam masyarakat kita.

Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya
meninggalkan budaya "Hari Kekasih" yang hanya bertujuan merosakkan akhlak
masyarakat Islam. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus
berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut
telunjuk dan kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan
untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.


Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka, ramai dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bertentangan dengan ajaran Islam dan budi pekerti mulia.

Harus diingat,meniru budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latarbelakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak umat Islam, bahkah boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.
OIeh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikut landasan Islam yang
sebenar. Bukankah lebih baik kita mengamalkan adat dan budaya kita yang
sopan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah SWT,

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita renung
beberapa perkara penting sebagai rumusan dan peringatan bagi kita semua,
antaranya:

Pertama : Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang
mengenang hari kematian seorang paderi mereka. Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam.

Kedua : Umat Islam adalah dilarang sama sekali menyambut Hari
Kekasih ini, termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.

Ketiga : Umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia
sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.

Keempat : Pihak Media dan pengamal Laman Sosial adalah diminta untuk
tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah: 120-121:

"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka
(yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya
petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Sesungguhnya jika
engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang
memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah
engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan
memberi pertolongan kepadamu. Orang yang Kami berikan kitab kepada
mereka, sedangkan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak
mengubah dan memutar-belitkan maksudnya), mereka itulah orang yang
beriman kepada-Nya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah
orang yang rugi”.

“ SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK ”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


“ SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK ”

(24 April 2009 / 28 Rabiul Akhir 1430)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita tingkatkan taqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “ SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK ”.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Allah s.w.t. telah mewajibkan solat fardhu lima kali sehari semalam sebagai jadual Allah untuk memberi peluang kepada manusia mengingati dan tidak melupai-Nya. Apabila kita ingat, bererti kita sentiasa dekat kepada Allah s.w.t. yang memberi jaminan bahawa kita berada dalam zon selamat dan mendapat rahmat daripada-Nya. Kekuatan solat ini akan menentukan kualiti keislaman dan prestasi kecintaan kita kepada Allah serta mengukur pematuhan kita kepada syariat Islam. Kelemahan kita dalam menjaga kualiti solat akan menjerumuskan diri sebagai manusia yang rugi.

Justeru, betapa besar pengaruh solat terhadap kualiti keislaman ini, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa solat adalah penanda aras kekuatan agama, akhlak, kunci pintu syurga dan amal yang paling mulia. Tertegaknya solat bermaksud tertegaklah agama, dan terabainya solat adalah meruntuhkan agama. Dengan demikian, kekuatan akar umbi kesungguhan melakukan solat bermula dari rumah. Umat Islam dan jemaah sekalian digalak memulakan amalan solat semasa berumur tujuh tahun. Apabila telah berumur sepuluh tahun, maka menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga menyuruhnya bersolat. Kalau ingkar mengerjakannya, maka diharuskan memukul sehingga perintah ini ditunaikan.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Thahaa ayat 132:

Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.”

Demikianlah tingginya kewajipan seorang muslim terhadap ibadah solat. Solat adalah amanah Allah s.w.t.. Sekiranya kita memelihara solat, nescaya kita sentiasa dipelihara oleh Allah, manakala jika kita mengabaikannya, maka kita tergolong orang yang rugi. Persoalan besar timbul ialah, apakah rahsia di sebalik perintah solat yang begitu kuat ini?. Antara lain, faedahnya ialah untuk kepentingan dan menjamin keselamatan umat manusia itu sendiri.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Solat adalah benteng diri daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Ini bermakna, muslim yang istiqamah solatnya akan menjadi insan berakhlak mulia, hidup dipenuhi amal soleh, bersifat amanah, berintegriti tinggi, dan berjiwa tawadhuk. Walau bagaimanapun berdasarkan pemerhatian mimbar, mereka yang mengabai dan meringan-ringankan pelaksanaan solat ini cenderung menjadi seorang yang rosak akhlak, bergelumang dengan maksiat, kejam, dan mengamalkan sifat keji sehingga mengancam kesejahteraan dirinya dan masyarakat.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya di hari kiamat. Manakala mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela, dan penyelamat. Bahkan mereka akan diletakkan bersama-sama dengan Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubay bin Khalaf.”

Berdasarkan hadith tadi, orang yang meninggalkan solat disebabkan harta akan dihimpun bersama Qarun, jika disebabkan pangkat akan dihimpun bersama Fir’aun, jika disebabkan jawatan akan dihimpun bersama Haman, dan jika disebabkan dunia korporat pula akan dihimpun bersama Ubay bin Khalaf seorang yang cintakan harta dan lupa akhirat. Kesemua watak korup ini boleh menyumbang kepada gejala negatif seperti pecah amanah, salah guna kuasa, pelanggaran kepada perlembagaan dan undang-undang negara, penyalahgunaan dadah, pelacuran, perzinaan, pembuangan bayi, kejadian jenayah, dan perceraian yang semakin meningkat hari ini, disebabkan kegagalan segelintir umat Islam menghayati fungsi solat.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Mimbar ingin mengingatkan, bahawa melakukan dosa besar bukan sahaja kerana berzina, mencuri, minum arak, menderhakai ibu bapa, tetapi termasuk juga perbuatan mengabai atau meninggalkan solat yang amat dimurkai Allah s.w.t dan sangat dahsyat azabnya di dunia dan di akhirat kelak. Ini telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam salah satu gambaran azab sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj di mana orang yang meninggalkan solat memukul kepalanya sehingga hancur berulang-ulang kali. Selain itu, Allah s.w.t. akan mencampakkan golongan ini ke dalam neraka Saqar.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muddaththir ayat 43:

Maksudnya: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.”

Sekiranya kita dimurkai oleh Allah s.w.t., siapakah lagi yang boleh kita harapkan untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak?. Lupakah kita tentang ingatan Rasulullah s.a.w. supaya tidak mengabaikan solat di saat akhir hayat baginda?. Begitu juga kisah ambil berat Saidina ‘Umar bin al-Khattab tentang solat walaupun dalam keadaan tidak sihat akibat ditikam oleh Abu Lu’lu’ah al-Majusi, tetapi apabila mendengar seruan solat!solat, beliau segera bangun mendirikannya.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Sempena kempen bulan dakwah di seluruh negara, maka mimbar ingin bertanya, apakah peranan para jemaah dan umat Islam sekalian dalam usaha menjadikan kekuatan solat itu sebagai penanda aras kekuatan kualiti beragama?. Mimbar menyeru ketua-ketua jabatan, majikan, pemimpin masyarakat dan ibu bapa sekalian supaya mengambilberat tentang kewajipan bersolat terhadap orang jagaan kita. Jangan bersifat lepas tangan. Sumbangan kita menggalakkan solat atau menyediakan kemudahan tempat solat yang selesa adalah dianggap sebagai langkah mendekati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah ayat 71:

Maksudnya: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, melarang daripada berbuat kejahatan; mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...