Wednesday, January 26, 2011

Suatu Kebahagiaan

Ada seorang lelaki yang telah berumur, meskipun dia buta tetapi mempunyai selera tinggi, kepercayaan diri, dan bangga akan dirinya sendiri. Dia selalu berpakaian kemas saban hari dengan rambutnya yang teratur rapi.

Isterinya baru sahaja meninggal dunia. Kerana hidupnya kini sebatang kara mentelah lagi telah uzur dimamah usia, dia tiada pilihan melainkan harus menginap dirumah tumpangan orang-orang tua. Setelah menunggu dengan sabar selama beberapa jam di lobi, dia tersenyum manis ketika diberitahu bahawa kamarnya telah siap.

Ketika dia berjalan dipimpin oleh petugas menuju ke elevator, dia menggambarkan keadaan kamarnya yang kecil dan jendela menghadap ke sebuah taman.

” Saya menyukainya ” katanya dengan antusiastik seperti seorang anak kecil berumur 8 tahun yang baru saja mendapat hadiah.

” Pak cik belum melihat bilik tersebut, tahan dulu perkataan tersebut ” kata si petugas.

” Perkara ini tidak ada hubungannya ” orang tua itu menjawab.

Sambungnya lagi ” Kebahagiaan adalah sesuatu yang kamu putuskan dari awal. Apakah aku akan menyukai kamarku atau tidak, tidak tergantung dari bagaimana perabutnya diatur tetapi bagaimana aku mengatur fikiranku. Aku sudah memutuskan menyukainya. Itu adalah keputusan yang kubuat setiap pagi ketika aku bangun tidur.

Aku mempunyai sebuah pilihan; aku boleh menghabiskan waktu ditempat tidur menceritakan kesukaran-kesukaran yang terjadi padaku kerana ada sebahagian dari tubuhku yang tidak dapat berfungsi lagi, atau turun dari tempat tidur dan berterima kasih atas bahagian-bahagian lain yang masih berfungsi.

Setiap hari adalah hadiah, dan selagi mataku ‘terbuka’, aku akan memusatkan perhatian pada hari yang baru dan semua kenangan indah dan bahagia yang pernah kualami dan kusimpan. Hanya untuk kali ini dalam hidupku. Umur yang sudah tua adalah seperti simpanan di bank. Kita akan mengambil dari yang telah kita simpan.

Jadi, nasihatku padamu adalah untuk menyimpan sebanyak-banyaknya kebahagiaan di bank kenangan kita. “

Terima kasih padamu yang telah mengisi bank kenanganku. Aku sedang menyimpannya.

Ingat-ingatlah lima peraturan sederhana untuk menjadi bahagia :

1. Bebaskan hatimu dari rasa benci.

2. Bebaskan fikiranmu dari segala kekhuatiran.

3. Hiduplah dengan sederhana.

4. Give more

5. Expect less

Kecantikan Luar & Dalam

Gembirakah diri apabila menjadi idaman lelaki? Apatah lagi menjadi idaman lelaki baik dan cerdik, yang memang menjadi pujaan ramai.

Barangkali lebih berasa gembira bila menjadi idaman masyarakat, negara bahkan agama.

Ada kalanya, jauh di sudut hati terfikir cara menjadi wanita idaman sedangkan diri tidak mempunyai kulit seputih kapas, wajah secantik model jelita atau seindah bulan purnama.

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati kamu.” (Daripada Abu Hurairah ra)

Ramai wanita mengimpikan memiliki pasangan jejaka kacak, beragama bahkan berpendidikan tinggi serta berharta.

Sekiranya jejaka mengimpikan untuk memiliki gadis jelita selain aspek penting yang menjadi perkiraannya dalam mencari pasangan atau jodoh, wanita juga berhak untuk mencari pasangan yang ada ciri sebagaimana diimpikan.

Dalam hal ini, wanita disarankan supaya memiliki kecantikan diri, lemah-lembut selain perawakan dan penampilan hebat.

Bagi melihat sejauh mana mulianya aspek diri untuk menjadi kebanggaan sekali gus mencapai keredaan Allah, selidik diri untuk mencari kemuliaan yang dimaksudkan.

Antara perkara yang perlu diperhatikan dan diperbaiki adalah hati, pemikiran, luaran dan hal berkaitan diri.

Mungkin dengan cara meneliti soal itu, anda akan menemui beberapa aspek menarik dan perlu dicantikkan dari semasa ke semasa.

- Hati. Inilah yang paling penting. Hati hendaklah dibersihkan. Hati perlu dihidupkan selalu dengan sentiasa mengingati Allah, kenal Allah serta yakin dengan hakikat yang kita hamba Allah.

Hati juga hendaklah dihiaskan dengan benih mahmudah dan disucikan daripada sampah mazmumah.

Harus diingat, untuk membersihkan hati bukannya mudah. Hendaklah bermujahadah kerana apabila hati tunduk pada Allah, bersih daripada kekotoran maka buah akhlak akan muncul.

Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati yang suci murni.

- Luaran. Kalau sudah dapat menutup aurat dan mengikut apa yang Allah tetapkan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, buatlah apa yang patut.

Dia yang menciptakan semua makhluk, Dia lebih tahu apa yang baik untuk ciptaanNya.

- Pemikiran. Gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar. Dengan kata lain, dia sentiasa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat.

Cara berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul serta bertunjangkan al-Quran dan sunnah.

Bagaimanapun, apa juga yang dilakukan sebenarnya bukan untuk mendapat penghargaan dan pujaan masyarakat tetapi untuk memenuhi kewajipan sebagai hamba Allah yang mendiami bumiNya.

Tidak dinafikan untuk menjadi gadis idaman bukan mudah tetapi harus berusaha. Benda yang mahal memang payah untuk dimiliki, umpama intan dan kaca.

Kaca digunakan sebagai bekas untuk menyimpan intan dan hakikatnya, intan jauh lebih mahal daripada kaca. Intan jualah yang tetap menjadi idaman manusia di dunia ini.

Buruk Sangka Vs Baik Sangka, Apa pilihan anda?

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja

mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.

Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.
Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...