Wednesday, January 19, 2011

Hadiah Terbaik dan Terburuk

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;

"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

“Hoi..Hoi!!”

Adoi, sedapnya bahasa memanggil orang tu kan, “hoi..hoi!!” Dalam movie Do Re Mi, Kata Do pada Mi yang bercakap kasar pada seorang lelaki bangsa Singh. “Bahasa menunjukkan Bangsa tau”

Di sini, apa yang saya nampak ‘P.Ramlee’ maksudkan BANGSA adalah bukan bangsa Melayu, Cina, India mau pun Singh. Tetapi, maksud sebenar dia adalah sesiapa yang berbahasa dengan cara yang tidak elok, maka dia ini dari bangsa…

•Bangsa kurang ajar - “Oi bodoh, kau ingat ini bapak kau punya?!”
•Bangsa sombong - “Pakaian aku yang mahal je, tak main lah macam kau”
•Bangsa suka menghina - “Taraf kau ni, nak glamor muka tak malu jangan perasan laa”

Haaa…ada berbagai-bagai bangsa lagi kalau nak kita fikirkan. Bangsa bodoh sombong, Bangsa pemalas, Bangsa baran, Bangsa terlampau cerdik, Bangsa perasan bagus…

So, hakikatnya, BAHASA yang kita guna itulah yang menunjukkan BANGSA apakah kita ini. Cuba kita renungkan semula , apakah kita berada di dalam mana-mana bangsa yang diperkatakan tadi? Hehe…harap-harapnya tak adalah. Sebab…kerana mulut badan binasa beb!

Mungkin selama ini ramai yang tidak sukakan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin selama ini orang-orang disekeliling kita hanya berlakon baik berkawan dengan kita, hakikatnya semua membenci mulut kita, pernah anda terfikir? Malah kita pelik, mengapa kita susah memiliki kawan apatah lagi cinta. Ini mungkin kerana bahasa yang keluar dari mulut kita beb

Ramai juga sesetengah orang yang begitu bangga dengan diri sendiri yang suka berterus-terang, “I ni cakap lepas je, tahan lah ya.” - tapi bila kena kat dia, tak tahan pulak tu. Hmm rasanya tak ada masa orang lain nak tahan dengan mulut kita yang cakap tak berlapik tu…
BANYAK lagi cara untuk menegur dengan bersopan, Banyak lagi percakapan yang lebih mesra dalam memberi kritikan yang membangun. Sesungguhnya, ramai yang mahu berubah apabila mendapat teguran dengan lebih lemah lembut dan penuh kemesraan.

You see, dari percakapan kita, pertuturan dan cara bahasa yang kita gunakan itulah yang menunjukkan dalaman kita.

Apabila kita mengata, menghina, mengeji seseorang …kita terlupa melihat diri kita yang juga tida sempurna. Kita terlupa, jika diri kita pula yang dihina, dikeji… boleh tahan ke?

Saudara mara atau adik beradik kita pula yang kena bahasa yang kurang ajar…bagaimana?

Obviously, jika bahasa kita kotor, cara kita kasar, cakap tidak berlapik…dalaman kita juga begitu. So bagaimana kita nak memikat sebuah cinta? Or even to have good friends? Bagaimana orang ramai nak sukakan kita kalau bahasa kita menyakitkan hati orang? Malah langsung tak mesra? Suka mengkirtik saja… boleh belah la kan.

Semalam kita persoalkan tentang Personaliti diri. Yang mana jika kita mahu diri kita disukai ramai, jika kita mahu memiliki sebuah cinta sejati. Kita kena berubah! UBAH imej kita! Ubah cara, berpakaian, penampilan dan pertuturan, ubah yang menjadikan ramai orang sukakan kita!

You see, satu-satu personaliti yang terbaik merangkumi 3 perkara penting! Cara berpakaian, Corak penampilan dan Pandai bergaul.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...