Monday, January 17, 2011

Teknik Belajar Untuk belajar

Sebenarnya tidak ada teknik khusus dan tersusun. Namun ada tip penting untuk kita belajar.

[1] Ikhlas

Ini adalah poin terpenting. Hendaklah kita menuntut ilmu ikhlas kerana Allah. Jika kita menuntut ilmu untuk menggapai keuntungan duniawi, untuk menjaga nama baik, untuk perlagakan sesama ulama', merendahkan orang lain dan sebagainya, ia tidak akan menghasilkan kejayaan yang hakiki di sisi Allah.

Kita mungkin berjaya di sisi ukuran kita dan memperoleh sanjungan sebahagian manusia tetapi di sisi Allah ia adalah sesuatu yang buruk dan bakal memperoleh azab-Nya di Akhirat nanti.

[2] Minat.

"Minat" (Interest) adalah faktor yang dapat menyelesaikan separuh pertama hajat seseorang. Separuh kedua ialah berusaha untuk membenarkan hajat tersebut.

"Minat" seseorang kepada sesuatu perkara mampu membawa dia ke tahap yang sebelum itu tidak terbayang olehnya.

Minat seseorang ke bidang komputer umpamanya mampu menjadikan dia seorang programmer atau juru teknik komputer tanpa dia sendiri pada asalnya memiliki apa-apa kelulusan formal dalam bidang tersebut.

Oleh itu seseorang itu perlu "minat" dalam ilmu-ilmu agama jika dia mahu mendalaminya. "Minat" ini boleh diterapkan dalam diri seseorang dengan memikirkan manfaatnya kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling, ditambahi dengan ganjaran Allah di Hari Akhirat nanti.

[3] Bersabar.

Tidak ada short cut dalam menuntut ilmu. Tidak boleh duduk dan angan-angan diri sendiri umpama sebuah komputer: letak sahaja cdrom dan install, program terus berjalan.

Menuntut ilmu harus berperingkat dan bertahap-tahap. Bagi setiap individu peringkat dan tahap berbeza-beza kerana manusia memiliki kemampuan yang berbeza di dalam mencerna ilmu-ilmu yang diterimanya. Ada yang cepat, ada yang sederhana dan ada yang lambat.


Yang pentingnya manusia itu berusaha dengan kemampuan yang dimiliki oleh. Kemampuan itu sendiri sesuatu yang tidak tetap (not fixed), ia sentiasa dinamis selari dengan kadar usaha seseorang itu.

Oleh itu yang penting ialah berusaha dan bersabar di atas usaha tersebut.

Dalam sebuah hadisnya, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas Muslim." Baginda tidak bersabda, umpama: "Menjadi pandai adalah wajib ke atas Muslim."

Bererti yang dituntut oleh Islam ialah berusaha menuntut ilmu dan bukannya menjadi pandai tanpa berusaha terlebih dahulu.

[4] Berani menghadapi kegagalan.

Seorang bayi tidak akan dapat berjalan jika dia enggan menerima risiko terjatuh ketika berlatih berjalan.

Seorang penunggang basikal akan cepat bangun apabila terjatuh jika sebelum itu dia sudah biasa terjatuh, berbanding dengan seseorang yang sebelum itu tidak pernah jatuh.

Seorang pemain skate board akan berani membuat stunt di papan lunsur jika sebelum itu dia telah berlatih dan menerima hakikat bahawa jatuh itu adalah salah satu metode latihan yang akan membawa dia ke kejayaan.

Demikian juga seorang penuntut ilmu tidak akan berjaya jika sebelum itu dia enggan menerima risiko tersilap atau terkeliru.

Sebahagian orang menuntut ilmu kerana ingin menjadi mujtahid yang maksum dan menulis buku yang 100% betul umpama al-Qur'an. Termasuk dalam kategori ini adalah orang yang enggan menerima teguran atau pembetulan.

Orang-orang sebagaimana di atas tidak akan mencapai kejayaan yang sebenar kerana mereka sendiri pada asalnya takut untuk mencapai kejayaan tersebut.

[5] Mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu.

Manusia menerima dan memproses ilmu dengan pelbagai cara. Jika seseorang itu hanya mengikat dirinya kepada satu cara, maka dia akan terikat selama-lamanya dengan cara itu sahaja. Apabila cara itu hilang, maka dia tidak akan lagi dapat memperoleh apa-apa ilmu.

Contohnya ialah orang yang hanya mahu belajar secara face to face dengan seorang guru. Apabila gurunya tiada, dia tidak lagi dapat mempelajari apa-apa ilmu.

Selain itu, termasuk dalam "mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari cara-cara menyampaikan ilmu. Apakah gunanya ilmu yang banyak apabila ia tidak boleh dikongsikan kepada orang ramai yang memerlukannya ?

Sebagai contoh, banyak orang yang berilmu tetapi tidak tahu menggunakan MS Word sehinggakan kertas kerja 10 mukasurat mengambil masa sebulan untuk siap. Itupun dengan macam-macam kesilapan format dsbgnya. Banyak juga yang berilmu tetapi tidak tahu untuk bercakap (Public speaking) sehingga akhirnya tinggallah orang yang pandai bercakap tetapi sikit ilmu yang memenuhi jadual ceramah di masjid dan surau.

Termasuk juga dalam kategori "mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari tentang diri manusia sendiri daripada orang-orang yang kerja mereka memang mengkaji manusia.

Orang-orang seperti ini, yang juga dikenali sebagai "Self improvement guru" adalah mereka yang memiliki keahlian dalam mengkaji tabiat manusia dan cara-cara untuk memperbaikinya.

Banyak hasil kajian mereka yang dapat kita manfaatkan seperti susunan masa yang efektif (7 Habits of Successful people), daya ingatan (Brain power), kaedah membaca (speed reading), pengendalian tekanan hidup (stress management) dan lain-lain.

[6] Menjauhkan perkara yang sia-sia.

Mustahil untuk berhimpun di dalam satu jasad perkara-perkara mungkar dan ilmu-ilmu agama kerana kedua-duanya adalah sesuatu yang saling bertentangan.

Bukan sekadar perkara yang mungkar, yang sia-sia dan samar-samar juga adalah sesuatu yang bertentangan.

Oleh itu hendaklah dijauhi segala yang sia-sia (al-Laghw) atau samar-samar seperti muzik, URTV, rokok, mendengar/melihat/mencari kesalahan orang dan lain-lain.

Semua di atas digantikan dengan zikir, solat sunat dan bacaan al-Qur'an. Perlu dingatkan bahawa 3 di atas adalah sebagai pengisi masa lapang ketika berehat daripada mengkaji ilmu-ilmu agama.

[7] Berdoa dan Tawakkal.

Mencapai kejayaan dalam Islam memiliki beberapa langkah:

[a] Berhajat (cita-cita), [b] berusaha, [c] BERDOA, [d] TAWAKKAL dan [e] menyemak semula.

Ini adalah sesuatu yang straight forward tanpa memerlukan ulasan lanjut.

Menyemak semula adalah satu poin yang tidak kurang pentingnya kepada ilmu adalah satu perkara yang tidak memiliki titik noktah. Ilmu sentiasa bergerak dan dinamis sehingga menjadi satu kelaziman di kalangan para ilmuan mereka meralat pendapat mereka yang awal.

Sekian 7 point atau teknik yang dapat saya gariskan pagi ini. Semoga bermanfaat, wassalam.

Ikhlas Melakukan Amal

Seorang hakim berkata: "Seharusnya seseorang yang beramal kepada Allah belajar mengenai adab daripada pengembala kambing. Ketika ditanya, "bagaimana?" Jawabnya, "pengembala itu jika bersolat di tengah-tengah kumpulan kambing jagaannya, sekali-kali dia tidak mengharap pujian daripada kambing-kambingnya, begitu juga dengan orang yang melakukan ibadat seharusnya tidak menghiraukan orang melihatnya ataupun tidak."

Seorang ahli hukum berkata: Untuk selamat, sesuatu amal itu bergantung kepada empat perkara iaitu:

# Ilmu pengetahuan - sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salah daripada benarnya;

# Niat - sebab setiap amal yang dilakukan bergantung kepada niat;

# Sabar - supaya amal dapat dilakukan dengan baik dan sempurna serta tidak terburu-buru.

# Tulus ikhlas - sebab amal ibadat tidak diterima Allah kalau tidak disertai dengan ikhlas.

- Sumber Abullaits Assamar-qandi -Tanbihul Ghafilin.

semalam saye pakai topeng

pade satu hari,rumah pak ali kene rompak,maka masuk la dlm surat kabar.......

muke pak ali terpampar di muka surat khaba depan,lalu ade seorg pemuda ni tegur pak ali

pemude: pak cik,pak cikkn yg kene rompak pastu masok dlm surat khabakn?
pak ali: ye la kenape?
pemude: pakcik kenal saye x?
ali: maap la saye x kenal
pemude: cube pak cik ingat btol2
ali: maap la pakcik ni mmg x kenal sedare pon......
pemude: eleh pak cik ni baru kene rompak smalam dah sombong
ali: maap byk2 pak cik mmg x kenal kamu..
pemude: oo patut la pak cik x kenal sbb semalam saye rompak saye pakai topeng.....

Perbezaan Pemikiran Lelaki Dan Wanita - Potong Rambut

Versi wanita

Perbualan 2 orang wanita yang tak pakai tudung di ofis.

Wanita 1: “Oh! you potong rambut ya? cute la!”

Wanita 2: “ye ker? I tak rasa cute la, mcm tak padan. Lagi pun lom ada artis ygpotong rambut camni.”

Wanita 1: “Taklah! Potongan rambutmu perfect. I pun nak potong rambut camtu tpmuka I ni agak lebar. I rasa Fasha Sandha pun ada fesyen rambut cam you tau..”

Wanita 2: “You serius? I rasa muka you cantik. You senang nak potong rambutmacam model macam ni dan potongan rambut model tu kan lawa. I pun teringinpotong seperti itu sebenarnya, tapi I takut nanti leher I nampak panjang..”

Wanita 1: “Tak juga model ! I teringin nak ada leher mcm model tau! Leher macammodel pasti akan membuat orang tidak melihat bahu I yang buruk ni.”

Wanita 2: “You jgn bergurau! Ramai wanita yang nak bahu macam model . Semuanyasempurna. Maksud I, lihatlah lengan I, lihatlah betapa pendeknya lengan I. JikaI ada bahu mcm model , senang I nak cari baju yang sesuai”.

Dan perbualan berlarutan sampai sejam..




Versi Lelaki

Sumardi : “Joi, lu potong rambut ke semalam?”
Ajoi : “Yup!”

p/s: live is simple for men...hehe..

Motivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.

Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.

Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...