Friday, January 7, 2011

matematikal vs logikal

Ada dua orang gadis, salah satu dari mereka cara berpikirnya MATEMATIKAL (M) dan seorang lagi cara berpikirnya bersandarkan LOGIKAL (L).Mereka berdua berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan….

M : "Kamu perasan tak, ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengekori kita kira-kira sejak 38 setengah minit yang lalu? Saya bimbang dia berniat tidak baik."

L : "Itu hal yang sangat logik. Dia ingin memperkosa kita."

M : "Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15minit dia akan berjaya menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan ??"

L : "Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, yaitu berjalan lebihcepat."

M : "Itu tidak banyak membantu, macammana ni..?"

L : "Tentu saja itu tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepat jalannya."

M : "Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berjaya menangkap kita dalam waktu dua setengah menit.."

L : "Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalanyang ke kiri dan aku ikut jalan yang ke kanan. sehingga dia tidak boleh mengikuti kita berdua dan hanya salah satuyang perlu diikuti olehnya."

Setelah kedua gadis itu berpisah, ternyata lelaki tadi mengikuti langkah si gadis yang menggunakan logik (L). Gadis matematik (M) tiba di rumah lebih dulu dan dia bimbang akan keselamatan sahabatnya. Tapi, tidak berapa lama kemudian,Gadis Logikal (L) datang.

M : "Oh terima kasih Tuhan.. Kamu tiba dengan selamat. Eh, macam manapengalamanmu diikuti oleh lelaki tadi?"

L : "Setelah kita berpisah dia terus mengekori aku."

M : "Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?"

L : "Sesuai dengan logic, saya terus lari sekuat tenaga dan lelaki itupunjuga lari sekuat tenaga mengejar saya."

M : "Dan.. dan.."

L : "Sesuai dengan logic, dia berjaya mendekati saya di tempat yang gelap..."

M : "Lalu.. Apa yang kamu lakukan?"

L : "Hanya ada satu hal logis yang dapat saya lakukan, yaitu saya mengangkat kain saya.."

M : "Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki
tadi?"

L : "Sesuai dengan logik.. Dia menurunkan seluarnya..

M : "Oh tidak.. Lalu apa yang terjadi kemudian?"

L : "Hal yang logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil memelorotkan seluarnya… So, akhirnya aku dapat melepaskan diri...


bijak.. bijak..

Pak Pandir Semakin Bijak

Pak pandir bekerja sebagai penoreh getah...
dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terpijak duri kerana tIdak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah..

Isterinya pun memberinya sedikit wang dan menyuruhnya pergi ke pekan
untuk membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya menawar
harga kasut sebelum membayar.

Sesampainya di pekan Pak Pandir terus pergi ke sebuah kedai runcit.
Pak pandir membelek-belek sepasang kasut berjenama Fungkiong.
Beliau diperhatikan oleh tokeh kedai tersebut. setelah mencuba dan
berpuas hati kasut sesuai dengan saiznya maka Pak Pakdir pun bertanya harga kasut tersebut.

Tokeh itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah.
Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar.
Dia pun berkata, "Boleh kasi kurang kah tokeh?".
Tokeh kedai menjawab "Berapa awak minta kurang?"
Pak Pandir menjawab " Kasi kurang dua ringgit lah.."
Tokeh itu menjawab, "Ok lah,... pakcik punya pasal saya kasi kurang dua ringgit"
Pak Pandir pun gembira lalu membayar harga yang di fikirkannya betul.
Tokeh kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal.

Sesampainya di rumah Pak Pakdir bukan main gembira menceritakan pada isterinya perihal dia menawar harga kasut tersebut.
Isterinya bertanya, "Berapa harga kasut tu bang?"
Pak Pandir menjawab, "Harganya enam ringgit setengah... saya tawar tokeh kasi kurang dua ringgit.
jadi saya bayar sepuluh ringgit lah.."
Isterinya tercengang mendengar cerita Pak Pandir.. dia bengong bagaimana
harga enam ringgit setengah bila di tawar harga menjadi semakin tinggi...
Dia pun bertanya Pak Pandir kenapa harga enam ringgit setengah di tawar jadi sepuluh ringgit...
Pak Pandir selamba menjawab..., "Harga kasut tu enam ringgit setengah, kalau nak yang setengah lagi tentulah kena bayar duabelas ringgit, dikurangkan dua ringgit jadi sepuluh ringgitlah" jawab pak pandir.

Isterinya berkata dalam hati... "Laki aku ni bodoh ke bangang ahhh.....??!!"

pemuda misteri

Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

Ibu : Nak, dari mana ?

Pemuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.

Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuuuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?

Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!

Ibu & Anak: ?????????????

Maju dengan kebendaan, akhlak musnah

Marilah kita mengkaji satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Umar r.a. Daripada Amirul Mukminin Umar ibnu Khattab, katanya: Sedang kami duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba muncul seorang lelaki yang putih bersih pakaiannya, yang terlalu hitam rambutnya, tidak ada tanda-tanda musafir dari jauh dan tidak ada seorang pun daripada kami yang mengenalinya.

Tiba-tiba dia duduk terlalu dekat dengan Rasulullah s.a.w. sehingga berlaga lutut dengan Rasulullah s.a.w. Dia meletak kedua belah tangannya di atas kedua paha Rasulullah s.a.w. dan berkata: Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku apa dia Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.: Islam itu ialah bahawa engkau menyaksikan yakin bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Muhammad itu rasulullah, kamu mendirikan sembahyang, kamu menunaikan zakat, kamu berpuasa pada bulan Ramadan dan kamu mengerjakan haji ke Baitullahilharam sekiranya mampu mengerjakannya. Lelaki itu berkata: Betul.

Sayidina Umar berkata: Kami merasa hairan, dia bertanya Rasulullah s.a.w. kemudian membenarkannya apa yang ditanya. Dia bertanya lagi, apa dia iman. Sabda Rasulullah s.a.w. iman itu engkau percaya kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul, kepada hari akhirat dan kepada qadar baik dan jahatnya. Dia berkata: Ya, benar! Dia bertanya lagi, apa dia ihsan. Jawab Rasulullah s.a.w. ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, maka yakinlah bahawa Dia melihat kamu. Lelaki itu berkata: Ya, benar! Dia bertanya lagi, ceritakan kepadaku berkenaan dengan kiamat, bilakah berlaku kiamat. Jawab Rasulullah s.a.w.: Bukanlah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Dia bertanya lagi, ceritakan kepadaku tanda-tanda kiamat. Jawab Rasulullah s.a.w.: Engkau melihat hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya, orang-orang yang bangsat dan papa, bertelanjang kerana tidak ada pakaian, yang berkaki ayam dan gembala-gembala kambing, tiba-tiba mereka berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi, kemudian lelaki itu berundur.

Sayidina Umar berkata: Kami terdiam. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. bertanya: Wahai Umar, adakah engkau tahu siapakah yang bertanya tadi. Jawab Umar: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Sabda Rasulullah s.a.w.: Itulah Jibril, dia datang kepada kamu mengajar tentang agama kamu. (Riwayat Muslim)

Hadis ini menerangkan keseluruhan ajaran Islam yang terdiri daripada iman, Islam dan ihsan. Ia merupakan agenda pembangunan manusia dan masyarakat daripada Allah SWT di atas muka bumi ini agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan sebaik-baiknya.

Allah sentiasa menguji manusia di atas muka bumi ini sebagaimana firman-Nya (yang bermaksud): Maha suci Tuhan yang berada dalam tangan-Nya kerajaan, Dia Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Dialah Tuhan yang menjadi hidup dan mati bagi kamu untuk menguji dan mencuba kamu dalam kehidupan dunia ini siapakah di kalangan kamu yang baik amalannya, Dia ialah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk: 1-2)

Allah SWT tidak menjadikan manusia dengan membiarkan mereka begitu sahaja tetapi mengutuskan para nabi dan rasul dengan membawa ajaran Islam supaya manusia hidup dengan betul, melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat.
Mengapa hari ini kita berada dalam dunia yang penuh dengan bencana sedangkan manusia berada pada tahap yang paling mewah dan kaya? Benarlah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Berlumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi (dengan menamakan sebagai bangunan pencakar langit), begitu sombong dan angkuhnya manusia sedangkan di sana masih ada mereka yang miskin, kebuluran, terbiar sakit yang tidak ada wang untuk membiayai kos perubatan, tidak ada harta untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak.

Dalam masa yang sama berlakunya keruntuhan akhlak, maksiat dan kemungkaran yang berleluasa, jenayah yang membahayakan masyarakat, keganasan yang menjadikan manusia lebih jahat daripada binatang buas.

Marilah kita membuat muhasabah diri dan melihat bahawa puncanya adalah kerana manusia meninggalkan ajaran daripada Allah SWT. Manusia telah merosakkan iman, Islam dan ihsan. Iman itu ialah kepercayaan kepada Allah dan segala perintah Allah SWT. Tetapi hari ini kita melihat umat Islam lemah dan ada yang runtuh musnah. Mereka lari daripada petunjuk Allah SWT dengan mencipta petunjuk sendiri dan mereka sesat dalam petunjuk tersebut. Allah SWT mengajar mereka dengan kemusnahan itu agar mereka sedar dan insaf.

Islam itu ialah syariat Allah yang mengatur kehidupan manusia sama ada diri, keluarga, masyarakat dan pembangunan negara. Manusia telah meninggalkan syariat Allah SWT dengan membuat peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah SWT serta berlagak seolah-olah lebih pandai daripada Allah SWT. Ada juga yang terlibat dalam makanan, minuman, pakaian, pergaulan yang haram serta melakukan perbuatan yang melampaui batas-batas syarak. Manakala ihsan itu ialah akhlak dan hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Manusia hari ini memutuskan hubungan dengan Allah SWT, mengadakan hubungan secara tipu dan tidak ikhlas di hadapan Allah SWT, kononnya menunjuk-nunjuk Islam tetapi dalam masa yang sama merobek-robekkan Islam. Berlakunya keruntuhan dalam rumah tangga iaitu ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab terhadap anak dan isteri serta sebaliknya. Hubungan keluarga musnah dan hancur. Sudahlah meninggalkan hubungan dengan Allah SWT, berlagak sombong dengan Allah, berbangga-bangga dengan kemegahan dan kemewahan.

Marilah kita melihat dengan cahaya petunjuk daripada Allah SWT, adakah amaran Rasulullah s.a.w. telah berlaku. Perhatikanlah dengan hati yang ikhlas.

Firman Allah (maksudnya): Dan apabila Kami menghendaki untuk menghancurkan sesuatu kampung dan negeri, Kami jadikan orang-orang yang senang dan mewah di negeri itu dengan perintah Kami, tiba-tiba mereka melakukan kejahatan, maksiat. Maka benarlah ke atas Allah firman-Nya, maka Kami membinasakan mereka sehancur-hancurnya. (Al-Israk: 16)

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya..

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.

Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu bakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik.

Siapakah kamu?

Abu bakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).

Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu.

Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu bakar RA, dan kemudian berkata.

Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?

Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani baginda?
Baginda adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.

Selamat beramal...

Kisah 3 haiwan

Alkisah..........maka tersebut lah kisah.....

taiyiiiiippp.....



Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...

Beruang : "Korang tau tak, sekali aku mengaum, seluruh hutan menggigil."

Singa : "Ek eleh! Tak power lagi. Aku kalo mengaum, semua belantara
kegerunan."

Babi kata: "Wa La Weh..... Aku batuk (bersin) skali aje, satu dunia panik
beb!"

Beruang & Singa : Babi kau Babi !!

LUASNYA NERAKA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......

AMIN. ....



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menj adik an Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a..w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tan ya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah..(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1.Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2.Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3.Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4.Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5.Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6.Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7.Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8.Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9.Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

nasihat-menasihati

Oleh Mohd Adid Ab Rahman

Budaya saling nasihat-menasihati sudah semakin pupus dan tidak dititikberatkan lagi. Inilah hakikat yang harus kita telan walaupun pahit. Tidak diragukan lagi masing-masing kelihatan sibuk dengan urusan duniawi sehingga tiada masa menyuburkan budaya itu walaupun dalam keluarga sendiri.

Padahal kita tahu manusia sepanjang hidupnya memang memerlukan kepada nasihat, teguran dan saling ingat-mengingati, berpesan-pesan antara satu sama lain supaya diri tidak terus terpesong daripada landasan syariat Islam.

Apabila budaya nasihat-menasihati tidak dijadikan amalan sudah tentu masyarakat hidup dalam suasana penuh celaru, keliru, lalai dan mengikut hawa nafsu semata-mata.

Bagi orang beriman yang selalu berlumba-lumba untuk beramal salih, masa bagi mereka sangat penting dan berharga, tetap akan diisi dengan budaya nasihat-menasihati sebagai satu kewajipan yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan.

Allah memberi gambaran jelas bagaimana seharusnya seorang yang beriman tatkala berada dalam masyarakatnya. Firman-Nya yang bermaksud: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." (Surah al-Ashr, ayat 1-3)

Iman dan amal salih saja ternyata masih merugikan sebelum menyempurnakan dengan semangat saling memberi nasihat serta bersabar dalam mempertahankan kebenaran dan kesabaran demi memperoleh keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

Semua orang Islam itu bersaudara dan perlu saling sayang-menyayangi tanpa mengira kedudukan. Apabila menyedari hakikat ini, maka seorang Muslim sejati pasti tidak akan tergamak membiarkan saudaranya berada dalam kealpaan dan kesesatan yang sangat dimurkai Allah.

Pasti akan ditegur atau dinasihati jika ada saudara kita melakukan kesilapan supaya dengan demikian kehidupan mereka mengarah kepada ajaran Islam sebenar. Keadaan ini selari gesaan Islam supaya umatnya hidup dalam suasana damai dan bagi mencapai maksud itu masyarakat wajar bertindak memperbaiki apabila melihat kesalahan berlaku.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Rasulullah SAW selalu menekankan pentingnya nasihat kerana ia adalah suruhan agama. Daripada Tamim ad-Daari, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Ad-din itu nasihat (tiga kali) maka kami bertanya: Untuk siapa wahai Rasulullah? Sabdanya: Untuk Allah, kitabnya, rasulnya, pemimpin dan yang dipimpin (orang biasa)." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sebagai umat Islam yang taat dengan ajaran Islam dan selalu rindu kepada keredaan Allah, tentu akan menghindari daripada cara hidup bersendirian tanpa memikirkan atau mempedulikan masalah masyarakat sekeliling.

Seorang Muslim memang ada hak dan tanggungjawabnya terhadap Muslim yang lain seperti dijelaskan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam.

Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatlah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur." (Hadis riwayat Muslim)

Sesungguhnya amalan nasihat-menasihati adalah salah satu cara yang boleh menutup kekurangan dan keaiban yang ada di antara kita, memberi keuntungan dan keselamatan bagi yang mahu menerima nasihat serta mengamalkannya dalam kehidupan.

Di samping itu, dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama Islam serta mengukuhkan kesatuan umat Islam seluruhnya. Apabila amalan ini dapat dihidupkan, sudah pasti ia akan membuahkan suasana kemesraan sekali gus mengelak tercetusnya api permusuhan dan perpecahan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya." (Surah ali-Imran, ayat 104)

Selain disuruh memberi nasihat, kita juga dituntut supaya ikhlas dan berlapang dada dalam menerima nasihat. Kadangkala ada di kalangan kita yang marah dan tidak senang hati apabila ditegur atau diberi nasihat.

Padahal, nasihat yang diberi itu semata-mata supaya kita menjadi orang yang baik, kembali ke jalan benar selepas tersilap langkah dan inilah sebenarnya yang dikehendaki agama.

Rasulullah SAW pernah meminta nasihat daripada sahabatnya dalam menguruskan umat dan berlaku peperangan.

Al-Quran ada menceritakan bagaimana Nabi Musa menerima secara ikhlas nasihat yang diberikan seorang daripada kaumnya seperti termaktub dalam ayat yang bermaksud: "Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: Wahai Musa, Sesungguhnya pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu, oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu. Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim." (Surah al-Qashash, ayat 20-21)

Tidak dinafikan jika dalam masyarakat tidak ada budaya nasihat-menasihati dan amar makruf nahi mungkar, ia adalah petanda masyarakat yang tidak bertanggungjawab, tiada kesepakatan, penuh dengan sifat mazmumah serta mementingkan diri sendiri.

Masyarakat sebegini sebenarnya lupa pesan agama bahawa sebahagian Muslim menjadi penolong dan pelindung kepada Muslim lain. Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah at-Taubah, ayat 71)

Bagi mencipta masyarakat yang baik, maka perlulah wujud suasana saling nasihat-menasihati, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar di mana saja sepanjang masa. Inilah yang dikatakan sebaik-baik umat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...