Sunday, January 2, 2011

Azam Ku

Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi.
Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam.

Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.

1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.

Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda.

Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.

2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.

Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda.

Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.

3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.

Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda.

Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.

4. Set Untuk Kebaikan Bersama.

Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama.

Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda.

Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda.

Jika Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.

5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.

Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah .

Anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.

Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti.

DEMI MASA

Apabila dinasihati menambah simpanan bulanan sambil melakukan pekerjaan sementara, pasti kebanyakan daripada kita akan mengeluh bahawa tiada masa yang cukup. Oleh itu, kaedah terbaik yang perlu dilakukan adalah dengan menguruskan masa dengan baik dan bijak. Ini kerana, apabila pengurusan masa dilakukan dengan sebaik mungkin dan penuh disiplin, pengurusan hidup kita akan berjalan dengan lancar.

Sekiranya pengurusan masa yang baik dijadikan amalan setiap hari, kita dapat menambah masa untuk melakukan sesuatu perkara. Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana kita dapat menambah masa, sedangkan semua orang mempunyai masa 24 jam dalam sehari. Caranya adalah seperti berikut:

Jika kita merupakan seorang yang biasa tidur melebihi lapan jam sehari, sampailah masanya untuk kita melakukan satu pengorbanan.

Mulai esok, kita mulakan setiap hari dengan bangun tidur satu jam lebih awal daripada biasa.

1 jam x 30 hari = 30 jam tambahan. (24 jam + 6 jam)

Ini bermakna, kita mempunyai satu hari tambahan dalam sebulan dan masih ada enam jam tambahan yang boleh kita gunakan untuk melakukan apa sahaja yang kita gemar.

Tentu anda berasa gembira dengan keputusan masa itu. Ini kerana, anda dapat meluangkan lebih banyak masa dengan melakukan pelbagai kerja-kerja tambahan seperti melakukan kerja tambahan di pejabat untuk menambah pendapatan atau membuka kedai bagi menarik ramai pelanggan.

Lima prinsip pengurusan masa.

1) Tanggungjawab

Kita hendaklah memikul tanggungjawab sepenuhnya cara kita menghabiskan masa seharian.

2) Naluri

Kita hendaklah mempercayai gerak hati kita. Kadangkala terdetik di hati agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang akan membawa kepada pembaziran. Oleh itu, percayalah pada hati apabila ia mula berdetik.

3) Bina sistem pengurusan masa

Apa kata kita membina sendiri sistem pengurusan masa khusus untuk diri sendiri. Ini bermakna, masa yang dibina itu dipenuhi dengan melakukan kerja-kerja yang penting atau munasabah. Perkara-perkara yang kurang penting boleh diagihkan kepada ahli keluarga yang lain seperti isteri atau suami, anak-anak atau ahli keluarga lain. Pada setiap akhir minggu, kita perhatikan semula tugas-tugas mingguan yang telah dilaksanakan dan tandakan sama ada kita suka atau tidak. Apabila kita perhatikan penjimatan masa yang dilakukan pada setiap bulan, secara tidak langsung masa untuk menambahkan pendapatan juga akan meningkat.

4) Merasai kejayaan

Apabila sistem di atas menunjukkan tanda-tanda positif, kita hendaklah merasakan kejayaan ini dan kongsi rahsia dengan insan yang tersayang atau rakan-rakan di pejabat.

5) Peluang orang lain

Perkara yang perlu disedari adalah kita tidak boleh melakukan semua kerja seorang diri. Kadangkala kita harus sedar bahawa kita perlu melepaskan kerja-kerja ini dan berikan peluang kepada orang lain.

Kita adalah insan paling bertuah pada zaman ini. Kita bukan sahaja berjaya memperoleh bantuan dari segi kewangan, pendidikan, dan kemahiran, malah kita boleh menentukan naik dan turun keadaan hidup diri sendiri.

Walau apa pun kerjaya yang dilakukan, pengurusan masa yang baik dapat membantu meningkatkan pendapatan sampingan.

Assalamualaikum

Assalamualaikum warahmatullah...

apa khabar sekalian...

moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata'ala...
ana akan menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut...

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahihnya, sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah RA, beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:

"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, syaitan akan berkata kepada teman-temannya, 'Tidak ada tempat penginapan dan makan malam untuk kalian.' Jika dia memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata (kepada saudara-saudaranya), 'Kalian boleh ikut menginap di dalamnya malam ini.' Dan ketika makan, dia tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata, 'Kalian boleh ikut menyantap makan malam.'"

Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.” Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata,
‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk.
Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi
salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab
salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus
berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab
salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala.
(Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)


‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman
oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun
dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya
diampunkan segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan.’
(Riwayat Thibrani)


‘Keadaan sahabat Rasulullah apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan
berjabat tangan, dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh mereka
berpelukan.’
(Riwayat Abu Daud)


‘Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu kedua duanya bersalaman dan
memuji Allah lalu kedua duanya meminta ampun kepada Allah, Allah
mengampunkan dosa kedua duanya.’
(Riwayat Abu Daud)


‘Setiap ucapan salam dari seseorang ke atasnya adalah sedekah, setiap hari setelah
naik matahari kamu bertugas mengadili di antara dua hamba Allah yang
bertelagah adalah sedekah, memberi pertolongan untuk mengangkat barang
keperluan ke atas kenderaan adalah sedekah dan bercakap dengan cakapan
cakapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkahmu untuk ke tempat
sembahyang adalah sedekah, begitu juga kamu membuang duri atau apa-apa yang
boleh menyakitkan orang di jalanan adalah sedekah.’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Adab memberi dan menjawab salam

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa': 86)

Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
•Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
•Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
•Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
Dalilnya ialah hadis nabi : ( يجزء عن الجماعة إذا مروا أن يسلم أحدهم ، ويجزء عن الجلوس أن يرد أحدهم ),

maksudnya: “cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud)

Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)

•Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
•Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
•Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.
•Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
•Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
•Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
•Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
•Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.
•WaJib menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
wajib menjawab salam yang dikirimkan samada dikirimkan menerusi seseorang secara lisan atau dikirim menerusi tulisan apabila kiriman tersebut sampai. Dalilnya ialah hadis Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda kepada saya:

( هذا جبريل يقرأ عليك السلام ) bermaksud: “ini dia Jibril menyampaikan salam kepadamu. Kata Aisyah; saya menjawab : ( وعليه السلام ورحمة الله ) –wa`alaihissalam-bermaksud: dan ke atasnya salam juga. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Disunatkan juga membalas kepada pengantara yang membawa kiriman salam dengan menjawab : ( وعليك وعليه السلام ) –wa`alaika wa `alaihissalam- bermaksud; ke atas mu dan ke atasnya salam. Dalilnya ialah hadis daripada Ghalib al-Quttan daripada seorang lelaki katanya memberitakan kepadaku oleh bapaku daripada datukku katanya; bapaku mengutuskan daku bertemu dengan Rasulullah dengan arahan; datangilah baginda dan sampaikan kepada baginda salam. Lalu aku bertemu baginda dan berkata: bapa saya menyampaikan salam kepada tuan. Lalu baginda menjawab: ( عليك السلام وعلى أبيك السلام ) ke atas kamu dan ke atas bapamu salam. ( hadis riwayat Abi Dawud). Menurut Imam Nawawi, hadis ini mengandungi seorang perawi yang tidak dikenali. Namun hadis-hadis tentang amalan-amalan yang lebih (sunat) diberi kelonggaran oleh ahli-ahli ilmu.

•Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
•Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
•Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.


Huraian

Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam daripada masyarakat yang lain. Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam yang sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri-ciri masyarakat yang lain. Perbuatan berbalas-balas salam ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia dalam Islam. Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama muslim sunat hukumnya manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam tersebut.

Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa menetapkan hari atau masa yang khusus untuk memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim.

Islam juga menyeru umatnya supaya menjawab salam dengan ungkapan yang lebih baik daripada orang yang memberi salam.

Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin hubungannya.

Kesimpulan

Islam menganjurkan umatnya memberi salam tatkala bertemu sesama mereka. Perbuatan itu walaupun sunat hukumnya tetapi amat mulia dan besar ganjaran pahalanya berbanding perbuatan menjawab salam yang hukumnya adalah wajib. Islam juga menggalakkan umatnya supaya menjawab ucapan salam dengan ungkapan yang lebih baik dan sempurna.

Antara dalilnya firman Allah :


وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Maksudnya : "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" (al-Nisak : 86)


Memberi salam adalah SUNAT hukumnya bukan wajib. Antara dalilnya :

لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا . ولا تؤمنوا حتى تحابوا . أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم ؟ أفشوا السلام بينكم

Maksudnya : "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman, hingga kamu saling sayang menyayangi. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu melakukannya, kamu akan saling sayang menyayangi? Sebarkanlah salam sesama kamu." (Muslim)

Cinta Kenangan Silam

Masa bercinta semuanya indah. Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia. Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

Salam Perpisahan

Mengapa berlaku perpisahan setelah anda semakin intim dengan si dia?

Sebagai manusia, kita tentu ada membuat kesilapan. Langkah sebaiknya ialah mencari silap yang membawa kepada berlakunya perpisahan itu.

Kadang-kadang, kesilapan itu memang disedari cuma masih tiada jalan penyelesaiannya.

Untuk tidak mengulangi kesilapan, pelajari sesuatu daripada kesilapan itu kemudian, bertindak segera supaya tidak berterusan.

Renungkan perkara berikut jika ia pernah berlaku pada diri anda, sekali gus menjadikannya kayu pengukur supaya anda berhati-hati melakar jalinan hubungan seterusnya.

# Si dia tidak menyintai aku

Perasaan kasih dan sayang memang perlu wujud bagi setiap pasangan yang mengaku dilamun cinta.

Ingin tahu sejauh mana kasih dan sayang si dia, anda pun menguji dirinya.

Malangnya, setiap ujian diberi memberikan jawapan mengecewakan. Lantas anda mula ragu-ragu walaupun sudah berulang kali si dia melafazkan kasih sayangnya. Anda sangka menguji si dia dapat membantu, tetapi berlaku sebaliknya.

# Si dia tidak memenuhi syarat

Jika ditanya, banyak syarat untuk si dia, antaranya tampan, bergaya, kaya, jujur, penyayang, bertahi lalat, penyabar dan bermisai.

Tetapi pertama kali bertemu, hati sudah terpaut. Jantung bergetar setiap kali bertentang mata dengannya.

Saat itu, syarat ditetapkan bukan lagi menjadi ukuran lalu anda mula berkata pada diri sendiri, si dia di depan mata kini bukanlah kekasih yang dicari selama ini.

Sebenarnya anda keliru. Syarat yang ditetapkan hanya impian yang memang ada pada naluri setiap manusia. Sekiranya anda terus mencari kekasih yang dapat memenuhi syarat itu, sampai bila-bila pun anda mungkin tidak akan menemuinya.

# Terpaksa berpura-pura

Memang bahagia jika anda dan si dia sering sehaluan. Apa saja yang dibuat semuanya senada dan seirama. Ini yang dikatakan sehati sejiwa terutama dalam soal percintaan.

Diajak makan di restoran atau menonton wayang, dia mengangguk. Tiada langsung bantahan, tetapi adakah ia benar pada hakikatnya?

Atau anda terpaksa berlakon sekadar memuaskan hati masing-masing?

Sebenarnya anda menyembunyikan 'identiti diri' sendiri kerana apa saja yang diputuskan, anda mengiyakan saja. Sepatutnya anda tidak perlu berpura-pura demi menjaga hati masing-masing. Berterus terang antara jalan terbaik untuk menjaga hubungan dengan si dia.

# Aku boleh jadikannya kekasih pilihan hati.

Sebelum menjalinkan percintaan, mungkin anda sudah ada senarai mengenai beberapa perkara yang perlu diubah dalam dirinya.

"Aku mahu dia menjadi kekasih terbaik untuk diriku." Itu janji anda pada diri sendiri.

Anda memang boleh berbuat demikian, tetapi tidak dalam semua perkara. Anda tidak boleh sentiasa berkeras dan tidak perlu memberitahunya setiap lima minit mengenai perkara yang anda tidak sukai.

Jika masih ingin mengubahnya, perubahan itu mestilah disertai sokongan moral anda sendiri. Dorongan itu akan lebih meyakinkan dirinya.

# Dibiarkan sendiri

Sejak bercinta, anda sering bersama si dia. Apabila ada salah faham, ia menyebabkan pertengkaran. Ini antara kesilapan yang sering dilakukan setiap pasangan dan kesudahannya pasti berakhir dengan kemusnahan.

Anda sebenarnya dipengaruhi perasaan 'takut' kerana anda menganggap si dia sebagai pelindung lalu perasaan bimbang mula menguasai diri setiap kali berenggang dengannya.

Anda sepatutnya bertanggungjawab untuk membentuk kegembiraan pada diri sendiri. Belajar berdikari dan pasti anda akan menjadi kebanggaannya.

Usah Malu Luah Kasih Sayang

Indahnya terasa dunia ini jika dianugerah lelaki yang bergelar suami dengan sifat penyayang, ikhlas, jujur, penuh berhemah dan sanggup melakukan apa saja untuk kebahagiaan anda.Lelaki sedemikian anugerah tidak ternilai harganya berbanding emas berjuta.

Bayangkan pada hari-hari tertentu yang memang anda tunggu, si dia pulang penuh dengan kejutan. Cenderamata teristimewa dibawa untuk isteri tercinta dengan pelukan manja yang membuatkan anda merasakan kebaha giaan inilah yang dicari.

Malangnya, kebanyakan situasi indah itu hanya berlaku pada awal perkahwinan atau pada saat bulan madu.

Apabila usia perkahwinan meningkat, sepatutnya kasih sayang itu terus disirami dengan baja kasih sayang.

Walau apapun, terdapat 20 petua yang boleh dimanfaatkan bagi mengikat kasih sayang sepanjang hayat.

Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila anda menyatakan hanya dia seorang saja anda cintai untuk selamalamanya dan tidak akan ada duanya.

Paling menarik apabila sekali sekala anda mengirim kan kad ucapan yang dibuat sendiri.

Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih, hari biasa juga anda boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

Setiap saat anda harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang anda lakukan.

Percayalah apabila anda mengingatinya, si dia juga pasti akan mengingati anda.

Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup anda kerana dalam semua hal, anda tidak pernah berahsia dengannya.

Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas anda adalah memberi sokongan kepadanya agar bangkit memperbaiki kesilapan, bukan membuatkan dia lebih rasa Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya anda rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di samping anda walaupun sesaat.

Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan dengan anda.

Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak menunjukkannya, jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi.

Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah.

Berbunga-bunga hati bila anda beri hadiah kepadanya.

Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untuk anda.

Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap anda lebih suka orang lain selain dirinya.

Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hati anda.

Belajarlah berterus terang? Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya anda pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

Hargailah ‘privacynya’, jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

Sekiranya ada kelapa ngan, ajaklah si dia bercuti.

Jika anda mempunyai lesen memandu, janganlah biarkan hanya si dia saja yang memandu.

Tawarkanlah bantuan anda untuk membantunya memandu.

Tidaklah si dia rasa dirinya seperti seorang pemandu.

Berikan nama gelaran yang mesra tetapi anda berdua saja yang mengetahuinya.

Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang anda tidak mengetahuinya.

Bagaimana Untuk Kekalkan Kegembiraan

Untuk bersemangat, Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan. Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy. Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya.

Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan.

Happiness attracts more happiness,joy attracts more joy!

Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda rasa, ucapakan syukur selalu. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.

Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling Anda, ucap walau peranan mereka pada Anda kecil saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat Anda, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta Anda. Andai kata kena saman, ucap terima kasih pada
Encik Polis sebab menyaman kesalahan Anda, membuat Anda sedar kesalahan yang Anda lakukan.

Jika seorang suami, ucap terima kasih pada isteri Anda kerana mengambil berat diri Anda, ucap terima kasih pada dia kerana sanggp bersusah payah berbakti untuk Anda sebagai ketua keluarga.

Jika Anda seorang isteri, ucapkan terima kasih pada suami kerana dia ada untuk Anda bergantung hidup padanya.

Kegembiraan yang lahir dari rasa berterima kasih membuat Anda menghargai pasangan Anda, bukan sekali dua, tapi setiap hari.

Tiap kali Anda dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasalahan, alihkan seketika fikikiran Anda pada benda-benda yang Anda ada dan hargai orang-orang di sekeliling Anda.

Ini menjadikan Anda bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah.

Dulu, kita bersemangat sebab kita nak capai sesuatu. Sekarang, gunakan kesyukuran untuk membuat diri Anda bersemangat selalu.

Kegembiraan yang terbit dari kesykuran lebih bertahan lama.

Ia membuat Anda jadi energetik. Anda akan komited pada apa saja yang Anda lakukan.

Tahan lama...

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2011. Dan sebelah lagi pada 1 January 2012. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...