Saturday, January 1, 2011

Penjaga Landasan Keretapi

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama, apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar.

Harap Maaf, Permohonan anda di tolak...

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Budin untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada. Pengarah tersebut mengarahkan Budin menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Budin melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Budin : "Kamu memohon sebagai apa?"
Calon 1 : "Sekretari"
Budin : "Kamu merasa cantik ke tak?"
Calon 1 : "Lebih kurang macam tu la"
Budin : "ermohonan kamu tidak diterima."
Calon 1 : "Sebabnya?"
Budin : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok..."
Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"
Budin : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 1 : "Kenapa pulak ?"
Budin : "Buat sakit mata aje"


Calon berikutnya...

Budin : " Kamu ada pakwe?"
Calon 2 : "Ada.."
Budin : "Di mana?"
Calon 2 : "Di luar negeri."
Budin : "ermohonan kamu tidak diterima."
Calon 2 : "Alasannya?"
Budin : "Nanti kamu hanya bergayut pd telefon dengan pakwe.. dan bil melambung"
Calon 2 : "Tapi Minggu depan pakwe saya sudah pulang."
Budni : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 2 : "Alasannya?"
Budin : "Laa.. nanti kamu selalu ponteng untuk berjumpa pakwe kamu.

senyumlah

BANYAK BENTUK SENYUMAN YANG BOLEH KITA BERIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN KITA... TAPI AWAS TIDAK SEMUA SENYUMAN YANG KITA BOLEH BERIKAN KEPADA MEREKA...SO LET'S CHECK OUT...




SENYUMAN KEGEMBIRAAN ( hmm...time ni mesti tengah-tengah masuk GAJI....time nilah kita hAPPy sangAt..so berikan senyuman yang paling manis pada rakan AnDA )







SENYUMAN KESIPUAN ( senyuman ni kita berikan biasanya nak Cover Line or dapat PUjiAN dari rakan ..so paparkan lah senyum tersebut......jangan over sudah..... )







SENYUMAN MENGADA-GADA ( senyuman ini perlu anda berikan pada MUsuh-mUSuh anda...bagi untuk menambahkan saham pahala ( kena umpat) anda dan untuk menarik perhatian sekeliling......hmmm.....)


Hantaran

Emak kepada Minah :


"Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 30 40 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah~"



Emak kepada Mat :

"Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."



Emak kepada Minah :

"Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."



Mat :

"Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini..... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 10%... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA..... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 40 Ribu 50 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"

[FAKTA] Orang lelaki memang lurus

Laki talipon,> > Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,> > Takmau bang, bini awak diet...
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik,> > Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,> > Memangla orang kata takmau apa-apa...Tapi belikan jerla apa-apa....Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?
-----------------------------------------------------------------

Laki talipon bini,> > Petangni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,> > Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak..Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!> > Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang, Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii...Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama anak-anak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....Abang hantar bini abang dgn anak-anak dah la bang,Pastu abang balik la KL balik...
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq, Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon....Abang bila nak balik ambik kitorang bang?


----------------------------------------------------------------

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau...Abang tak kesian bini abang ker...Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer...Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?


---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...pakaikan jerlah baju mana-mana pon...bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...



Kesian lelaki... otak lurus sgt...

Mengikat Kasih Sayang

Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila anda menyatakan hanya dia seorang saja anda cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.

Paling menarik apabila sekali sekala anda mengirimkan kad ucapan yang dibuat sendiri.

Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih, hari biasa juga anda boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

Setiap saat anda harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang anda lakukan.

Percayalah apabila anda mengingatinya, si dia juga pasti akan mengingati anda.

Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup anda kerana dalam semua hal, anda tidak pernah berahsia dengannya.

Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas anda adalah memberi sokongan kepadanya agar bangkit memperbaiki kesilapan, bukan membuatkan dia lebih rasa Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya anda rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di samping anda walaupun sesaat.

Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan dengan anda.

Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak menunjukkannya, jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi.

Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah.

Berbunga-bunga hati bila anda beri hadiah kepadanya.

Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untuk anda.

Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap anda lebih suka orang lain selain dirinya.

Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hati anda.

Belajarlah berterus terang. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya anda pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

Hargailah ‘privacynya’, jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.

Jika anda mempunyai lesen memandu, janganlah biarkan hanya si dia saja yang memandu.

Tawarkanlah bantuan anda untuk membantunya memandu.

Tidaklah si dia rasa dirinya seperti seorang pemandu.

Berikan nama gelaran yang mesra tetapi anda berdua saja yang mengetahuinya.

Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang anda tidak mengetahuinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...