Wednesday, December 14, 2011

elite water gel lebih lama lebih jimat


Terdapat ramai kaum adam yang menggunakan gel atau minyak rambut dalam mengekalkan kekemasan rambut mereka. Jenama yang menjadi pilihan juga pelbagai. Aku tidak terkecuali dari menggunakan minyak rambut atau gel. Jenama pilihan aku? Emm pelbagai jenama aku gunakan kerana aku tidak mempunyai satu jenama kegemaran. Sebelum ini aku menggunakan Ginvera Green Tea Hair Gel, namun pengalaman aku guna gel tersebut tidak aku gemari. Bukan kerana rambut tidak kemas, tetapi baunya aku tidak gemari. semacam skit baunya, maybe bau teh hijau kot. Dari segi penjimatan tu tak der lah sangat sebab gel cepat habis, sesiapa yang biasa guna gel akan tahu lah.

Setelah gel rambut aku yang lepas habis, aku terjumpa satu jenama yang bakal menjadi bahan cubaan aku. Gel terbaru aku beli nie jenama elite water gel. Apabila menggunakan water gel nie, aku rasa dari segi kekemasan tu bukan persoalan utamanya, sebab apabila dipakai dan disikat rambut akan kemas. Jika rambut yang menggunakan elite water gel terkena air, kita hanya perlu sikat sahaja dan rambut akan kembali seperti sedia kala dan ia berbeza jika kita guna gel biasa. Selain itu kita hanya perlukan sedikit sahaja water gel untuk disapukan pada rambut, ianya lebih jimat. Sepanjang aku guna water gel nie sejak sebulan lepas, aku rasa kuantiti water gel dalam botol nie seperti tak terjejas. Kesimpulannya cuba lah sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...