Monday, October 3, 2011

Novel Salahudin Penakluk Jerusalem



Salahudin Al Ayubi lahir di Tikrit (Iraq) pada 1138M. Ayah beliau (Najmuddin Ayyub) merupakan gabenor di Tikrit dan bapa saudaranya (Asadudin) pula merupakan panglima tentera. Keturunannya berasal dari Azarbaijan, namun datuknya telah berpindah ke Baghdad.

Salahudin merupakan seorang penguasa islam yang warak, pintar dan juga panglima perang yang mahir merangka strategi dan bertempur. Semasa Jerusalem ditakluk oleh tentera salib, Salahudin telah berjaya menyatukan dunia islam yang berpecah belah di bawah kekuasaannya.

Beliau bersama angkatan perangnya berjaya mengalahkan kekuasaan tentera salib di Jerusalem tanpa apa-apa pertumpahan darah. Ini semua berlaku dengan izin Allah berkat perjuangan fisabillillah tentera tersebut.

Perjuangan Salahudin bermula setelah beliau diarahkan untuk ke Mesir bagi memerangi tentera salib yang yang cuba menguasai Mesir. Bermula dari situlah Salahudin bertukar dari seorang yang hidup dalam kemewahan kepada seorang panglima Islam yang digeruni kawan apatah lagi lawan.

Setelah tentera salib berjaya diusir dari bumi Mesir, beliau merangka pelan dengan menguasai wilayah islam yang lain di bawah satu kekuasaan. Tujuan pengabungan ini adalah bagi mewujudkan satu kekuatan bagi menghadapi tentera salib yang terkenal dengan sifat yang kejam dan jahat.

Sumpah Salahudin untuk menguasai semula Jerusalem yang telah dirampas oleh tentera salib sejak 80 tahun sebelum itu memuncak apabila Birnis iaitu seorang pemimpin tertinggi tentera salib menyekat kumpulan jemaah haji negara yang menuju ke Mekah dan membunuh mereka. Birnis juga telah menaikkan kemarahan Salahudin apabila menghina Rasullullah SAW sebelum membunuh kumpulan jemaah haji yang ditawannya.

Selain itu Birnis juga telah membuat beberapa cubaan untuk menyerang Mekah dan Madinah. Namun kesemua cubaan tersebut telah digagalkan oleh Salahudin bersama angkatan perangnya. Benarlah Allah SWT akan melindunggi Tanah Haram sebagaimana Allah lindungginya dari serangan tentera abrahah yang musnah di serang burung ababil.

Untuk tahu kisah selanjutnya, dapatkan naskah Novel Sejarah Islam Salahudin Penakluk Jerusalem. Karangan Abdul Latip Talib. Keluaran PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...