Thursday, October 27, 2011

LAPAR DAN KENYANG


Untuk renungan dan amalan bersama.
 
Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada 10 kemudaratan.
 
LAPAR : menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi pengelihatan hati 
KENYANG : menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta
 
LAPAR : merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.
KENYANG : zikirnya hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.
 
LAPAR : menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang.
KENYANG : tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.
 
LAPAR : tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.
KENYANG : menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.
 
LAPAR : mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu. 
KENYANG : mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.
 
LAPAR : kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun 
KENYANG : akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak. Otak kekurangan oksigen.
 
LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup. 
KENYANG : syaitan makan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.
 
LAPAR : terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan.
KENYANG : mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diebetis, taun dan lain-lain.
 
LAPAR : menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan. 
KENYANG : sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.
 
LAPAR : menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim. 
KENYANG : tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.
 
lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah Sahabatku sekalian, bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam
dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena). 
Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menehan diri daripada terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa.

Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula. 
Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada
diri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar
anggota itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kita
akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan
semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita.
Berusaha, berjaya! wallahua'lam..

1 comment:

Risik resepi said...

makan yg berlebihan pun sangat tidak bagus..lebih baik kite bersederhana dalam segala hal..ape yg penting keberkatan yg Allah berikan buat kite..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...