Friday, October 21, 2011

Jemputan kepada Bloggers Bloggers ke Sidang Media Himpunan Sejuta Umat


email dari : himpunumat@yahoo.com


NOTA - KEPADA- EDITOR
HIMPUNAN SEJUTA UMAT UNTUK MEMPERKASAKAN ISLAM, CEGAH MURTAD DAN MEMBASMI PENGARUH GERAKAN KRISTIAN
_________________________________________________________


Pimpinan-pimpinan daripada ribuan pertubuhan-pertubuhan Islam utama dan arus perdana negara ini berhimpun di bawah gabungan HIMPUN yang berperanan sebagai platform penting dalam memperkasakan suara umat Islam di negara ini.  HIMPUN di sokong olih antara lain, Pimpinan Majlis Ugama Islam, Pimpinan NGO seperti Gabungan PEMBELA Islam, ACCIN, TERAS, PERKIDA, Persatuan Pengguna Islam, PERKASA, FORKAD, AHLI NGO DARI KALANGAN PARTI PARTI PAS, UMNO, PKR,  Kumpulan ARTIS, PERSATUAN BEKAS PERAJURIT dan Persatuan Bekas Polis, Gabungan  Persatuan SILAT dan Persatuan Bekas Polis, Dewan Perniagaan Melayu, Gerakan Pelajar, Gerakan Belia dan Wanita Islam  serta  Wakil wakil Rakyat beragama Islam dan lain lain penyokong.


HIMPUN menegaskan bahawa umat Islam di negara ini adalah umat berdaulat dan Islam  di lindungi olih Perlembagaan Persekutuan. Kini kedaulatan Islam di gugat olih Gerakan Kristian dan dari sekumpulan bukan Islam yang berniat untuk menggugat kedaulatan Islam.


Kini gulongan Kristian telah membuat desakan yang melampaui batas dalam isu isu Murtad, Bible Melayu, Khalimah Allah, JAIS dan sentiasa menentang pentadbiran agama Islam dalam semua isu ugama seperti orang yang tidak bertamaddun. Sikap dan cara mereka di cerminkan melalui tindakan yang melampau serta mengeluarkan pelbagai kenyataan kasar yang amat menghiris hati umat Islam di negara ini.


Dengan kesedaran ini  HIMPUN telah mendapat permit Polis dan meraih sokongan hampair 3000 NGO untuk mengadakan himpunan raksaksa sejuta umat seperti berikut:

Tarikh: 22 Oktober 2011 (Sabtu),
Masa: 2.00 petang hingga 6.00 petang,
Tempat: Stadium Utama Shah Alam

 Maka itu HIMPUN akan mengadakan sidang akbar berkaian dengan perkara ini seperti berikut:
 Kenyataan Akbar olih;

1. Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid 

     Pengerusi  Bersama HIMPUN,  Presiden TERAS

2. Dr.  Mohd. Yusri Mohamad, PhD 
     Pengerusi  Bersama HIMPUN,  Pengerusi Yayasan Sofa,  Penasihat ABIM,
3. Wakil Wakil Pemimpin NGO Islam dalam gabungan HIMPUN
4. AGENDA dan PROGRAM KHAS pada hari HIMPUN

Olih itu saya dengan hurmat nya menjemput  tuan  untuk mengambil bahagain dalam sidang akbar ini seperti berikut.
Tarikh:        20  Oktober, 2011 (Khamis)
Masa           6.00 Petang
Tempat:

No 45, Lorong Rahim Kajai 13
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi: 

Email: himpunumat@yahoo.com 

Homepage: http://www.himpun.org/

SMS kepada:  012-2915841 (Azman)


Kerjasama dari pihak tuan amat di hargai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...