Sunday, October 2, 2011

Denmark mengikut langkah Hungary kenakan cukai lemak

Denmark telah mengambil langkah yang sama dengan Hungary dalam membendung pengambilan makanan berlemak secara berlebihan dikalangan rakyat mereka. Makanan berlemak yang dijual akan mengalami peningkatan harga selepas dikenakan cukai baru ini. Sekilo harga makanan berlemak akan bertambah RM9.87 ($2.87 atau 2.15 euros). Antara makanan berlemak yang dikatakan mengalamai peningkatan harga ini adalah seperti makanan segera, produk berasaskan mentega, minyak dan daging. Pengusaha makanan juga mungkin akan menaikkan harga produk mereka dalam menyerap cukai ini kepada pengguna.

Namun adakah langkah ini mampu membendung pengambilan makanan berlemak berlebihan? Jika dilihat pada senario yang berlaku dinegara kita, kenaikan harga makanan tidak memberi kesan yang besar. Ini kerana, jika seseorang inginkan sesuatu makanan, faktor harga bukan lagi menjadi penghalang. Namun ianya mungkin memberi kesan yang besar kepada rakyat berpendapatan rendah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...