Friday, October 7, 2011

Budget 2012

Dipetik dari FB rakan yang menonton pembentangan budget. Intipati sebenar akan diupdate setelah teks diperolehi


Bajet 2012 Peruntukan pembangunan: Sektor ekonomi: RM29.8 Bilion, Sektor Sosial: 13.6 Bilion, Sektor Keselamatan: 4.4 Bilion, Pentadbiran Am 1.4 Bilion & Simpanan Luar Jangka: RM2 Bilion


RM13.6 bilion disediakan utk sektor sosial, termasuk pendidikan; latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan msykt.

Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% drpd KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kpd RM186.9 bilion.

“Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

Krjn akan liberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa, membolehkan pegangan ekuiti asing 100% dlm sektor terpilih.


Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 bln utk tahun 2012 & 2013.


Krjn akan bangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), timbang beri pakej insentif termasuk pengecualian cukai.


Bagi menggalakkan terbitan sukuk, potongan cukai 3 tahun akan diberi untuk sukuk wakala mulai tahun 2012.


Pengecualian cukai pendapatan bg penerbitan & urusniaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi 3 tahun hingga 2014.


Bagi membangunkan Exchange Traded Fund, I-VCap akan sedia dana permulaan RM200juta untuk produk ETF yang patuh-Shariah.


FELDA GVH akan disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dlm usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.


Dana Pembiayaan PKS patuh-Shariah berjumlah RM2bln akan ditubuhkan pd 2012 & dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih.


SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.


Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.


RM18bln drpd RM20bln Dana Mudahcara Perkongsian Awam-Swasta akan diguna utk projek impak tinggi, RM2bln utk usahawan Bumiputra.


Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta


RPGT Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.


Peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.


Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi Pengkomersilan berjumlah RM500juta akan ditubuhkan.


Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.


Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn.


Sekolah swasta yg berdaftar dgn Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.


Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar.


Satu prgm khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.


Krjn kenang jasa polis khas & polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka


Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.


Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan


Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.


Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.


Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012


Krjn akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.


Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.


Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja.


Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.


RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.


Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.


Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.


Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor utk bantu 4 juta penduduk yg masih tinggal di kws berisiko.


Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.


Baucher buku RM200 kpd pelajar IPTA dan IPTS


Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...