Sunday, September 18, 2011

Tanda si dia menipu kita

Kita kadangkala pasti hairan dengan pasangan kita. Pasti ada sahaja alasan yang diberi tanpa sebab yang munasabah. Oleh itu kebiasaannya tanda-tanda si dia menipu bila:

# Apabila diajak keluar, bermacam alasan diberi untuk menolak. Dahla call tak dapat. Ada agenda lainlah tu...

# Apabila bercakap mengenai sesuatu perkara, tuturnya tersangkut-sangkut atau mengelak terus daripada memperkatakannya. Nie mesti nak cover rahsia sulit nie.

# Sentiasa silent telefon bimbit walaupun di luar waktu bekerja. Jika masa bekerja tu masih logik, tapi waktu keluar bersama kita pun hendak silent. Entah siapalah yang akan hubungi dia sampai hendak sorok-sorok sebegitu. Kalau jawab phone mesti cakap perlahan, tu pun duduk sebatu dari kita. Bila tanya mesti jawapannya orang pejabat suruh buat kerja. Cuti pun kerja ker?

# Jika si dia jenis selalu keluar malam tetapi tiba-tiba pada satu malam, dia minta kita usah hubunginya kononnya hendak tidur awal. Hendak tidur, tidur sajalah. Tak perlulah beritahu. Tetapi kantoi bila kita hubungi, telefon bimbitnya dimatikan.... Musykil ni.

# Bila kita ajak dia pergi ke sesuatu tempat, cepat saja dia menolak. Mungkin ada sebab tertentu yang membuatkan dia tak mahu dilihat bersama kita di tempat itu.



# Bila terserempak dengan seseorang dia cepat-cepat cover diri atau ajak kita blah. Nie mesti nak lari sesiapa nie?

1 comment:

Miss Padora said...

Tanda-tanda kecurangan yang ketara.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...