Thursday, September 15, 2011

Perigi Mencari Timba

Perigi cari timba atau pergi cari timba? Kedua-dua kenyataan ini mempunyai mempunyai dua konotasi berbeza jika dilihat sekali imbas, namun jika diperhalusi ia menjurus kepada pengertian wanita yang selama ini lebih bersifat tunggu dan lihat, bertindak sebaliknya dalam perihal membabitkan jodoh.

Memang hakikatnya, stigma berkurun yang sudah sekian lama wujud dalam minda masyarakat ialah budaya melamar atau meminang hanya dilakukan oleh lelaki atau wakil mereka sekiranya ingin menyunting wanita tertentu bagi dijadikan isterinya.

Bagaimanapun, zaman berubah menyaksikan wanita semakin tinggi kedudukannya dalam hirarki masyarakat terutama apabila kita memperkatakan mengenai kerjaya menyebabkan ada lelaki berasa gerun untuk masuk melamar menyebabkan wujud fenomena wanita bujang berkerjaya kukuh kerana lelaki takut untuk mendekati mereka.

Merenung lebih jauh, tiada termaktub dalam sebarang perundangan mengenai kesalahan wanita meminang lelaki untuk dijadikan suami, tetapi adat yang sudah berakar umbi dalam budaya dan kehidupan masyarakat memberi pengertian ‘janggal’ mengenai tindakan wanita mengajukan soalan kepada lelaki untuk dipinang.

Kenyataannya, arus zaman menyaksikan banyak perubahan berlaku dalam kehidupan seharian yang kita lalui. Sama ada perubahan dari aspek persamaan gender mahupun keupayaan lain, wanita boleh dikatakan mempunyai kebolehan sama seperti lelaki terutama dalam perihal kerjaya.

Sehubungan itu, kebenaran yang tidak perlu dibuktikan ialah bilangan wanita yang berdikari dan hidup bersendirian semakin bertambah. Selain memiliki kerjaya mantap dan sumber kewangan kukuh, wanita begini dikatakan menjadikan lelaki berfikir banyak kali untuk mendekati mereka.

Persoalannya, sampai bilakah lelaki akan berasa gerun atau segan untuk mendekati wanita yang mereka idamkan andai kata wanita berkenaan berkedudukan kukuh dalam kerjaya dan bijak membawa diri serta berdikari? Di pihak wanita pula sanggupkah menunggu lelaki menghantar ‘permohonan’ menyunting mereka?

Ibarat kata pepatah menunggu buah yang tidak gugur, wanita sudah tentu tidak mahu membuang masa menanti sesuatu yang belum pasti akan menjadi miliknya, justeru tindakan terbaik yang boleh dilakukan wanita ialah bertanyakan kepada lelaki akan apakah kesudahannya perhubungan mereka.



Begitupun, kepada wanita yang berani untuk melakukannya, mereka mesti bersedia mental kerana tindakan mereka itu ibarat menyongsang arus. Sedikit sebanyak, tindakan berkenaan akan jadi bahan perbualan masyarakat kerana sudah menjadi kelaziman, berbuat benda baik pun akan diperkatakan, apatah lagi hal yang jarang dilakukan.

3 comments:

wallpaper2free said...

tak tahu nak komen apa...
bila zaman berubah dunia dah maju
penerimaan dlm masyarakat pun berubah....

Miss Padora said...

Masyarakat kena terima perubahan, tapi adat jangan lupa. Jangan Adat pinang meminang ni lupus... =)

Nurul said...

tak salah jika wanita menyatakan minatnya kepada lelaki. Tapi jangan pula minat kerana rupa yang tampan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...