Saturday, September 17, 2011

Pemandu Teksi dan Pelancong

Pada suatu hari seorang pelancong barat telah menaiki sebuah teksi di Kuala Lumpur

Pelancong: Bawa saya rondasekitar Kuala Lumpur
Pemandu Teksi: OK

Lalu pemandu teksi membawa pelancong tersebut ke Dataran Merdeka.

Pelancong: Tiang dan kain apa ni?
Pemandu Teksi: Inilah tiang bendera tertinggi dan bendera terbesar.

Pelancong: Di tempat saya tiang benderanya lagi tinggi hingga lepas awan. Benderanya kalau berkibar gelap satu bandar.

Lalu pemandu teksi tersebut membawa ke Menara Kuala Lumpur

Pelancong: Apa benda ni?

Pemandu teksi: Inilah menara tertinggi dan ada restoran berpusing di atasnya.

Pelancong: Tempat saya menaranya lagi tinggi hingga tak boleh lihat puncaknya. Macam macam ada di atasnya.

Lalu pemandu teksi membawa pelancong tersebut ke Menara Berkembar Petronas

Pelancong: Bangunan apa yang berkembar ni?

Pemandu teksi (Menjawab dengan megahnya): Tak tahu la saya, semalam saya lalu sini tak ada bangunan ni. Hari ni dah ada pulak.

Pelancong:????????

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...