Saturday, September 3, 2011

burung pipit


Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air 
menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu 
memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Saya ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Saya tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan 
                 kebakaran itu?

Burung : Saya tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada saya nampak atau tidak kebakaranitu, 
saya akan jawab bahawa saya nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha
saya untuk membantu. Lalu saya akan menjawab bahawa saya telah membawa titisan air
menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah sekadar yang kita mampu. Sekurang-
kurangnya kita ada menyumbang bakti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...