Friday, September 30, 2011

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)


JURUTERA J41
PEGAWAI TADBIR N41
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
PEMBANTU MAKMAL C17
JURUTEKNIK J17
PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Tarikh tutup permohonan ialah 15 Oktober 2011
http://www.umk.edu.my

Thursday, September 29, 2011

Kod lemak babi dalam kandungan makanan segera

Babi atau keturunannya adalah haiwan yang diharamkan oleh Allah. Firman Allah ertinya “Sesungguhnya diharamkan bagimu bangkai dan darah dan daging babi” (al-Baqarah 2:173).

Yang dimaksud dengan lahmul khinzi-r (lahmun = daging, al khinzi-ru = babi) adalah babi yang telah dipotong-potong (pork) dan al khinzi-r adalah babi seutuhnya (pig). Jadi jangan pula ada yang mahu berdebat bahawa yang haram cuma dagingnya, sedangkan kulit, sum-sum dan tulangnya tidak. Ini kerana telah jelas BABI dan keturunannya haram.

Ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Masyarakat di sana bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan moden, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.?"


Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghairah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Iaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternakan dan unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri. Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, lembu atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari, memberinya makan dan memperhatikan apa yang dimakan oleh haiwan itu. Hingga perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteri dan mikroba. Kerana penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya. Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah.

Ilmu pengetahuan moden telah mengungkapkan banyak penyakit yang disebabkan pemakanan daging babi. Sebagian darinya disebutkan oleh Dr. Murad Hoffman, seorang Muslim Jerman, dalam bukunya "Pergolakan Pemikiran: Catatan Harian Muslim Jerman", halaman 130-131: "Memakan daging babi yang terjangkiti cacing babi tidak hanya berbahaya, tetapi juga dapat menyebabkan meningkatnya kandungan kolestrol dan memperlambat proses penguraian protein dalam tubuh, yang mengakibatkan kemungkinan terkena barah usus, iritasi kulit, eksim, dan rematik. Bukankah sudah kita ketahui, virus-virus influenza yang berbahaya hidup dan berkembang pada musim panas kerana babi?"


Dr. Muhammad Abdul Khair, dalam bukunya Ijtihadat fi at Tafsir al Qur'an al Karim, halaman 112, menyebutkan beberapa penyakit yang disebabkan oleh daging babi: "Daging babi mengandungi benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia. Cacing-cacing ini akan berpindah kepada manusia yang memakan daging babi tersebut. Penyakit lain yang dibawa oleh daging babi banyak sekali, di antaranya:

  • Kolera babi. Iaitu penyakit berbahaya yang disebabkan oleh virus
  • Keguguran nanah, yang disebabkan oleh bakteri prosillia babi.
  • Kulit kemerahan, yang ganas dan melarat yang boleh menyebabkan kematian dalam beberapa kes, dan menyebabkan gangguan mental.
  • Penyakit pengelupasan kulit.
  • Benalu eskares, yang berbahaya bagi manusia.
Fakta-fakta berikut cukup membuat seseorang untuk segera menjauhi babi:

  • Babi adalah haiwan yang rakus dalam cara makan tidak dapat ditandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya.
  • Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, sama ada kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang bisa dimakan di hadapannya.
  • Ia membuang najis pada makanan yang berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali.
  • Ia memakan sampah,dan kotoran haiwan.
  • Ia adalah haiwan mamalia yang satu-satunya memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama, jika dibiarkan.
  • Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau.
  • Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur dan Barat, iaitu Cina dan Sweden --Cina majoriti penduduknya penyembah berhala, sedangkan Sweden majoriti penduduknya sekular/kristian -- menyatakan: daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser usus dan kulit. Peratusan penghidap penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara mendadak. Terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil penelitian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Organ Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.

Kini kita tahu betapa besar hikmah Allah mengharamkan daging dan lemak babi. Untuk diketahui bersama, pengharaman tersebut tidak hanya daging babi saja, namun juga semua makanan yang diproses dengan lemak babi, seperti beberapa jenis makanan ringan dan coklat, juga beberapa jenis roti yang bahagian atasnya disapu dengan lemak babi. Kesimpulannya, semua hal yang menggunakan lemak haiwan hendaknya diperhatikan sebelum dimakan. Kita tidak memakannya kecuali setelah yakin bahawa makanan itu tidak mengandung lemak atau minyak babi, sehingga kita tidak terjatuh ke dalam kemaksiatan terhadap Allah SWT, dan tidak terkena bahaya-bahaya yang melatarbelakangi Allah SWT yang mengharamkan babi.

Berikut dilampirkan kod bagi senarai lemak babi yang biasa diguna dalam makanan ringan. Kebenarannya adalah masih belum dapat dipastikan. Namun kita disuruh untuk menjauhi perkara yang shubahah kerana menjauhi shubahah adalah menjauhi perkara haram.

Wednesday, September 28, 2011

judi


Satu hari John pergi ke bar untuk minum. Dia kata kat bar tender yang dia boleh gigit mata kanan dia dengan gigi dia sendiri kalau bet $500.00. Bar tender tu gelak dan kata "Jomla bertaruh".

Rupanya mata kanan tu mata batu(palsu) jer jadi dia keluarkan mata kanan dia dan gigit mata tu. 
Bengang jer bar tender tu.
Kemudian dia kata kat bar tender tu dia boleh gigit mata kiri dengan gigi dia sendiri dengan bet $1000.00. Bar tender tu perhatikan mata kiri dia pulak. Memang mata betul jadi bar tender tu terima taruhan tu.
Rupanya John pakai gigi palsu atas bawah jadi dia keluarkan gigi dia dari mulut dan "gigit" mata kiri dia.
Sekali lagi bar tender bengang.
Taruhan yang last kata John. Dia boleh kencing kedalam sebuah gelas dari jarak 50 meter dengan taruhan $1500.00.
Sebab tak percaya dan ingin tahu bar tender tu terima bet tu.
Jadi gelas tu diletak atas bar selepas ukur 50 m, John pun memancut tapi dia memancut ke merata - rata tempat dalam bar tu tapi tak masuk dalam gelas tu pun.
Bar tender tu tertawa gembira sebab menang $1500.00
John pun bagi balik duit tu dan keluar.
Bila keluar kawan John datang memberi dia $5000.00 sambil bertanya "Kenapa yek bartender tu gembira bila ko kencing merata - rata dalam bar dia. Abis la duit  aku macam tu".

Tuesday, September 27, 2011

Penterjemah

Seorang jeneral askar US pergi ke Korea untuk membuat lawatan ke kem askar negara itu. Di sana dia menggunakan khidmat seorang penterjemah kerana dia mahu berinteraksi dengan askar Korea yang tidak mahir berbahasa inggeris. Di akhir lawatan dia
membuat ucapan dimana diterjemah perenggan demi perenggan oleh penterjemah itu. Akhir sekali dia membuat lawak yang panjang lebar untuk menghiburkan mereka. Tetapi penterjemah hanya mengeluarkan beberapa ayat terus askar - askar tu ketawa.

Sebelum menaiki pesawat untuk pulang ke US dia tanya kepada penterjemah bagaimana dia meringkaskan lawaknya itu. 
Penterjemah itu pun menjawab " Sebenarnya lawak tuan  susah untuk diterjemah dan mungkin tak lawak untuk rakyat Korea. Jadi saya minta mereka ketawa sebab tuan buat lawak".

Monday, September 26, 2011

Kecek kelate v4

hari nie kita belajar lagi beberapa ayat dalam bahasa kelate, tak boleh bagi banyak-banyak nanti x der plak versi lain hahah

Lagu mano – macam mana


Cubo try test – maksud dia nak mintak cuba jer

Sero – rasa

Nga – dengan

Bulih – boleh

Panda – pandai

Tupa – tupai

Siye – siam

Siye – boleh juga jadi SIANG

Male – malam

Kemah molek – elok (tapi boleh juga jadi maksud lain, mengikut ayat)

Meleh – sembelih

Aye – ayam

Belako – semua

Kelik – balik

Bah – bas

Boh – banjir

Dale – dalam

Kutik – pungut

Cekak – larat

grhopong – lompang

jenuh – tak larat

ngapa – hafal

sumak – sumbat

jah – jer

Pengambilan Pelajar Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia


Permohonan Mengikuti Program Sarjana Perubatan JPT, KPM


Sunday, September 25, 2011

belaja bahaso kelate v3

Terlebihh dahulu aku nak betulkan makna bagi bokbong, bokkbong nie bukan beruk tapi sejenis haiwan dalam family musang ler

nusuk=menyorok

eg: mari kito main nusuk nok??

kecek=bercakap
eg: mu kecek gapo gak neh??

sorok=laci
eg: ali,g letok baju dale sorok

pleting=straw/penyedut minuman
eg: mok nk pleting so,nk minun air ni..cepat la mok..

serbe=kebas
eg: serbe eh kaki aku

jeluk=besen
eg: mok..ayoh mitok jeluk


mokte=rambutan
eg: manisnyo woh moktan neh

pok ide/ tuyuk=pepatung/dragonfly
eg: guano bnyok sgt tuyuk neh?

woh setto=buah sentul
eg: la..musim woh setto doh lorni..ni sedap neh..

sokmo=selalu
eg: ak sokmo main gan(game)

bekwoh=kenduri.(actually diz word from english “big-work”)ktorg pggL cmni coz when knduri..ktorg gotong-royong siapkn keje or work together.
eg: mari la deh umoh aku esok.mok ak wt bekwoh cikit..

roba=pemadam/eraser
pingje roba jap.

jemogre =tmpat basuh kaki(tp zaman skg,dah pupus.Lau ad pon kat umah mmg2 tradisionaL)

kupik=kedekut
eg: jange kupik sgt gak

koya=perasan
eg: mu ni koya nk mampuh

gocoh/baloh=bergaduh
eg: mu nk baloh ngn aku ko?

kelik=pulang/balik
eg: mu nk kelik bilo??

puyuk=periuk
eg: mok..puyuk dok mano?? ore nk masok nih.

betak=lambat
eg: betak mu ni wt kijo

kek-kong=bawa org d blakang(use juz for d people)
eg: mari ar naek kek-ko ak.

kuba=kerbau
eg: bnyok nyo kuba mu

nyelo=jendela/tingkap
eg: bukok nyelo tu

soyok=koyak
eg:baju aku koyok doh..

berdo’oh=melampau

trembey/srayut=barang2 yg d gantung
eg: srayutnyo bju mu..naggong x simpe

pekong/pungga=baling/lontar
eg: bakpo la mu peko aym tu..

Saturday, September 24, 2011

bahasa kelate v2

Kalo = warna


Ma’ri = almari

Kendi = cerek

Puyuk = periuk

Timung cino = tembikai

Timung bate = timun

To lo = patola

Ball pen g = pen (tak kira ler jenis apa semua sama jer)

Se’na = isnin

Khomis = khamis

Ari nak = hari pasar tani

Keto = kereta

Kuba = kerbau

Peleting = straw

Lengoh lupuh = lenguh yang amat


Orang kelate jugok terkenal dengan sound effec dalam menceritakan sesuatu, contoh cerita

“aku tegok tadi ado ore belumbo muto, di pecut prenggggggggggggggg pah tu kedegung keno ti’e”

Friday, September 23, 2011

Maghi belaja bahaso kelate v1

Vocabulary :


Bokbong – saintifik dia monggoose (gambar bawah)


Tuyuk – pepatung
Pok Kor – spesis mengkarung
Ike Khonge – ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -merenyam, getik ,gatal
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.)
Woh Topoh = buah pair/epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = pair/epal)
mokte = rambutan
duye = durian
kok = sekeh
henjah = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
ba loh = kelahi
Gaduh = nak cepat
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Ngekkoh = Akikah
Tohok = buang
ghukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubek = keluar
TEKPONG GAK = sebab musabab
Jugrhuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
belengah = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
neting = melantun
POZEK (deposit),
RIZAk (result)
NEJA (manager),
ESTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market)
BOK (book)
ghoba (rubber)pemadam
kale (Pencil)
be dok = bedak
a'gah = sombong
bodo' = bodoh
boghok' = lebihh kurang mcm bodoh
lok' lak' = lalai
kejuk dghar = terkejut sangat


Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:

manih LLETING
masing PPEGHAK
pahik LLEPE
mase PPUGHIK
tawar HEBER
putih LUEH / CCELA
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakuk hapah
cerhoh/cerah nerhe
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa “bunga bahasa” dalam loghat kelantan yang unik..

YAK = lebih kurang “opocot!!!” atau “oops!!”
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang “OK?”,
GAK = lebih kurang “habis tu..” atau “so..”
PAH? = lebih kurang “GAK”
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = “ya lah..” atau “yes”
DOCK? = lebih kurang “bukan?”, “betul tak?” atau “isn’t it?”
LAMOKE = nanti kan
CEBOCK : kita maksudkan ‘cedok’,
PPATAK : kita maksudkan ‘paling bawah’
jebock = perangkap burung
NYOR KOTER : kita maksudkan “kelapa tua yang kering tak berair”
CAWAT KOTE = cawat budak2
TTINO : ‘perempuan’
Jate = lelaki
AIR TUwoK  air nira kelapa, atau nira nipah
NNATE : BINATANG
anok bganok = kaum kerabat
SIA = sembuh
dok' = duduk
jele' = berjalan


Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an’,’ am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth :
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like

pele(mangga) -(nanti jd lain lak.)


Akhir sekali, peranan “SABDU” dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh, Tanpa ’sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya
disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless).Atau keliru diantara KECEK(’ngenen’ ) dengan KKECEK(bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar)

Thursday, September 22, 2011

PEMANDUKU KAWANKU..

alkisahnya ade sorang pegawai atasan ni (abu bukan nama sebenar) selalu kena gi outstation..beliau dah penat nak drive ke sana ke mari untuk gi outstation..  satu hari, die mengadu kat kawan die yang mana kawan die tu (man) kerja tak menentu akibat malas belajar masa kat sekolah dulu... 

abu: man, aku penat la asik kena outstation je,penat nak drive jauh2
man: ape kata ko amik je aku jadi driver ko, senang sikit, aku pon takde keja
abu: elok gak idea ko tu, ade jugak kawan masa on da way tu

pastu, secara rasminya man yang mana kawan baik kepada abu tu pon jadi la driver.  satu hari, abu kena outstation kat Kedah..macam biasa man lah yang drive kete BMW milik Abu manakala abu sebagai BOs duduk di belakang..tiba2 setelah 4 jam drive, man dengan tak semena2 berhentikan kereta BMW milik Abu di tepi Highway..

Abu: eh man, nape ko stop sini?
Man: aku dah penat la Abu, saki pinggang drive jauh2..
Abu: la pulak dah
Man: Abu, ko la drive plak, aku lenguh dah ni..(terus turun dari seat driver)
Abu:  ni la akibat upah kawan sendiri jadi driver...

tak semena2 Abu plak yang jadi driver...kang kalau marah ilang kawan..

Wednesday, September 21, 2011

lukisan

Suatu hari Tan Sri Rizal mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.

Tan Sri Rizal : "Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup."

Jenet : "Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya."

Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri Rizal: "Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali."

Jenet : "Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu."

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri Rizal cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri Rizal: "Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak."

Jenet terus ketawa dan berkata: "Tan Sri...Itu kan cermin.Wajah itukan wajah Tan sri!" 

Tuesday, September 20, 2011

Lembu

Pada suatu hari, Mikail telah kehilangan 4 ekor lembu miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah seminggu melakukan operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Adam(bukan nama sebenar). 

Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik En.Mikail. Adakah kamu mengaku salah? 

Adam : betul tuan 

Polis : Berapa ekor yang kau curi? 

Adam :: Seekor saja, tuan 

Polis :
 kamu tak tipu? 

Adam : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja 

Polis : Tapi, Mikail kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya 

Adam : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor 

Polis : kamu jangan cuba berbohong. Mikail kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor 
Adam : Betul tuan, cuma seekor. Saya cuma mencuri ibu lembu… tapi, Bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan… bukankah tak baik memisahkan sebuah keluarga..

Monday, September 19, 2011

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011


Si koboi

Al-Kisah... 

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata : 

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari". 

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya : 

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
 
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu. 

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata : 

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya. 

Si Ular Berkata Dengan Tenang : 

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang. 

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata : 

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran. 

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak : 

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!". 

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...


Sunday, September 18, 2011

Tanda si dia menipu kita

Kita kadangkala pasti hairan dengan pasangan kita. Pasti ada sahaja alasan yang diberi tanpa sebab yang munasabah. Oleh itu kebiasaannya tanda-tanda si dia menipu bila:

# Apabila diajak keluar, bermacam alasan diberi untuk menolak. Dahla call tak dapat. Ada agenda lainlah tu...

# Apabila bercakap mengenai sesuatu perkara, tuturnya tersangkut-sangkut atau mengelak terus daripada memperkatakannya. Nie mesti nak cover rahsia sulit nie.

# Sentiasa silent telefon bimbit walaupun di luar waktu bekerja. Jika masa bekerja tu masih logik, tapi waktu keluar bersama kita pun hendak silent. Entah siapalah yang akan hubungi dia sampai hendak sorok-sorok sebegitu. Kalau jawab phone mesti cakap perlahan, tu pun duduk sebatu dari kita. Bila tanya mesti jawapannya orang pejabat suruh buat kerja. Cuti pun kerja ker?

# Jika si dia jenis selalu keluar malam tetapi tiba-tiba pada satu malam, dia minta kita usah hubunginya kononnya hendak tidur awal. Hendak tidur, tidur sajalah. Tak perlulah beritahu. Tetapi kantoi bila kita hubungi, telefon bimbitnya dimatikan.... Musykil ni.

# Bila kita ajak dia pergi ke sesuatu tempat, cepat saja dia menolak. Mungkin ada sebab tertentu yang membuatkan dia tak mahu dilihat bersama kita di tempat itu.



# Bila terserempak dengan seseorang dia cepat-cepat cover diri atau ajak kita blah. Nie mesti nak lari sesiapa nie?

Saturday, September 17, 2011

#UMobileBB gears you up for work and play. Get a BlackBerry today for as low as RM399!

#UMobileBB gears you up for work and play. Get a BlackBerry today for as low as RM399!

Pemandu Teksi dan Pelancong

Pada suatu hari seorang pelancong barat telah menaiki sebuah teksi di Kuala Lumpur

Pelancong: Bawa saya rondasekitar Kuala Lumpur
Pemandu Teksi: OK

Lalu pemandu teksi membawa pelancong tersebut ke Dataran Merdeka.

Pelancong: Tiang dan kain apa ni?
Pemandu Teksi: Inilah tiang bendera tertinggi dan bendera terbesar.

Pelancong: Di tempat saya tiang benderanya lagi tinggi hingga lepas awan. Benderanya kalau berkibar gelap satu bandar.

Lalu pemandu teksi tersebut membawa ke Menara Kuala Lumpur

Pelancong: Apa benda ni?

Pemandu teksi: Inilah menara tertinggi dan ada restoran berpusing di atasnya.

Pelancong: Tempat saya menaranya lagi tinggi hingga tak boleh lihat puncaknya. Macam macam ada di atasnya.

Lalu pemandu teksi membawa pelancong tersebut ke Menara Berkembar Petronas

Pelancong: Bangunan apa yang berkembar ni?

Pemandu teksi (Menjawab dengan megahnya): Tak tahu la saya, semalam saya lalu sini tak ada bangunan ni. Hari ni dah ada pulak.

Pelancong:????????

sebab kenapa pilih pasangan berusia

Kita kadang kala hairan kenapa ada dikalangan orang disekeliling kita bertindak dengan memilih pasangan yang berusia. Bahkan kita juga hairan kadangkala artis yang telah berusia berkahwin dengan pasangan yang muda. Jika dahulu trend ini hanya terjadi dikalangan wanita sahaja yang memilih berkahwin dengan lelaki yang telah berusia. Namun kini lelaki juga ada yang mengikut trend ini. 


Di minda kita tertanya-tanya KENAPA? WHY? ஏன்? 为什么? কেন? لماذا? Jika pada masa-masa dahulu, wanita yang memilih lelaki tua pasti tentunya kita akan kata kerana harta atau takhta, tapi kita ada juga lelaki tua yang dipilih tidak berharta, apa lagi tahta. 


Pelbagai sebab diberikan kenapa mereka memilih pasangan yang berusia diantaranya ialah:


Matang - pasangan berusia baik lelaki atau wanita bijak dan tidak memandang remeh perkara penting dalam mengurus rumah tangga.

Stabil - pasangan berusia sudah mencapai tahap kehidupan stabil baik dari aspek kerjaya dan ekonomi.

Berwawasan - pasangan berusia mempunyai wawasan dan hala tuju perkahwinan serta masa depan.

Pelindung - ada individu mencari pasangan yang mampu memberi perlindungan baik dari aspek fizikal dan emosi. Lazimnya mereka yang berusia memenuhi kriteria ini.

Tidak terlalu beremosi - pasangan berusia lebih rasional dan tidak terlalu mengikut emosi dalam menghadapi sebarang situasi.

Pandai jaga hati - pasangan berusia lebih dulu makan garam dan pandai melayan kehendak hati selain mengawal situasi.

Penyayang - sesuai dengan usia matang, pasangan berusia lebih penyayang dan sensitif dengan kehendak si dia.

Pandai bawa diri - pasangan berusia tahu usia mungkin membatasi pergerakan dan tingkah laku tetapi mereka pandai membawa diri demi menjaga imej, reputasi dan kerukunan rumah tangga.

Setia - pasangan berusia lebih setia kerana fokus hidupnya hanya pada si dia dan tidak memikirkan perkara bukan-bukan yang boleh mencemar kesucian cinta.

Berpengalaman - apa lagi alasan terbaik? Pengalaman tentunya mematangkan diri menjadi insan hebat untuk menyayangi dan disayangi. Ini tidak boleh dijual beli!

Tip berkasih dengan pasangan berusia mengikut Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Jika anda lelaki muda beristerikan wanita berusia, pastikan jangan sampai tanggungjawab ketua keluarga berpindah kepada isteri. Hak dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga tidak pernah berubah biarpun mengahwini wanita berusia. Lelaki perlu jelas dengan peranan mereka bagi mengelak diri menjadi mangsa queen control!

Sebagai lelaki muda, anda perlu cepat belajar dan matangkan diri. Belajar dari mereka yang berpengalaman mengenai ilmu berumah tangga. Lebih elok, timba ilmu sebelum berkahwin supaya rumah tangga harmoni.

Suami berusia muda perlu faham bahawa Isteri berusia kadang kala sensitif dan cemburu kerana bimbang suami mungkin cenderung memikat gadis lebih muda. Suami perlu lebih sensitif dan menjaga hati isteri yang berusia.


Friday, September 16, 2011

Nampak sangat menipunya


Kalau di lihat pada gambar diatas, pasti pelbagai andaian bermain di minda. Sama ada mereka permainkan agama islam dengan menipu bahawa daging yang dijual tu daging lembu atau mereka nie jahil. Jika tiada kepala yang seketul tu, pasti tiada siapa yang tahu daging yang dijual tu daging BABI.

Thursday, September 15, 2011

Perigi Mencari Timba

Perigi cari timba atau pergi cari timba? Kedua-dua kenyataan ini mempunyai mempunyai dua konotasi berbeza jika dilihat sekali imbas, namun jika diperhalusi ia menjurus kepada pengertian wanita yang selama ini lebih bersifat tunggu dan lihat, bertindak sebaliknya dalam perihal membabitkan jodoh.

Memang hakikatnya, stigma berkurun yang sudah sekian lama wujud dalam minda masyarakat ialah budaya melamar atau meminang hanya dilakukan oleh lelaki atau wakil mereka sekiranya ingin menyunting wanita tertentu bagi dijadikan isterinya.

Bagaimanapun, zaman berubah menyaksikan wanita semakin tinggi kedudukannya dalam hirarki masyarakat terutama apabila kita memperkatakan mengenai kerjaya menyebabkan ada lelaki berasa gerun untuk masuk melamar menyebabkan wujud fenomena wanita bujang berkerjaya kukuh kerana lelaki takut untuk mendekati mereka.

Merenung lebih jauh, tiada termaktub dalam sebarang perundangan mengenai kesalahan wanita meminang lelaki untuk dijadikan suami, tetapi adat yang sudah berakar umbi dalam budaya dan kehidupan masyarakat memberi pengertian ‘janggal’ mengenai tindakan wanita mengajukan soalan kepada lelaki untuk dipinang.

Kenyataannya, arus zaman menyaksikan banyak perubahan berlaku dalam kehidupan seharian yang kita lalui. Sama ada perubahan dari aspek persamaan gender mahupun keupayaan lain, wanita boleh dikatakan mempunyai kebolehan sama seperti lelaki terutama dalam perihal kerjaya.

Sehubungan itu, kebenaran yang tidak perlu dibuktikan ialah bilangan wanita yang berdikari dan hidup bersendirian semakin bertambah. Selain memiliki kerjaya mantap dan sumber kewangan kukuh, wanita begini dikatakan menjadikan lelaki berfikir banyak kali untuk mendekati mereka.

Persoalannya, sampai bilakah lelaki akan berasa gerun atau segan untuk mendekati wanita yang mereka idamkan andai kata wanita berkenaan berkedudukan kukuh dalam kerjaya dan bijak membawa diri serta berdikari? Di pihak wanita pula sanggupkah menunggu lelaki menghantar ‘permohonan’ menyunting mereka?

Ibarat kata pepatah menunggu buah yang tidak gugur, wanita sudah tentu tidak mahu membuang masa menanti sesuatu yang belum pasti akan menjadi miliknya, justeru tindakan terbaik yang boleh dilakukan wanita ialah bertanyakan kepada lelaki akan apakah kesudahannya perhubungan mereka.



Begitupun, kepada wanita yang berani untuk melakukannya, mereka mesti bersedia mental kerana tindakan mereka itu ibarat menyongsang arus. Sedikit sebanyak, tindakan berkenaan akan jadi bahan perbualan masyarakat kerana sudah menjadi kelaziman, berbuat benda baik pun akan diperkatakan, apatah lagi hal yang jarang dilakukan.

Wednesday, September 14, 2011

Mencari Damai

Hidup kita saban hari penuh dengan pelbagai tugas. Jika seorang pekerja sibuk dengan kerjanya, seorang pelajar sibuk dengan belajarnya, seorang suri rumah sibuk dengan urusan rumah tangganya.

Kita selalu merungut tidak cukup masa. Adakah masa kita kurang dari orang lain? Sehingga kita lupa siapa diri kita. Lupa apa tanggung jawab kita. Kita lupa apa tujuan hidup kita.

Kita selalu lemah dengan dunia. Jika kita sedang bermesyuarat, kita lupa solat kita, hingga luput waktunya. Adakah terlalu lama masa yang kita perlu untuk mengabdikan diri kita kepada Pencipta? Adakah takut kita kepada ketua melebihi takut kita kepada Allah? Tanyalah diri kita.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yan bermaksud:


"Allah yang memiliki apa yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi. Celakalah bagi orang yang ingkar kepada Tuhan kerana siksaan yang sangat berat.
(Iaitu) orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada (kehidupan) akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan (jalan yang) bengkok. mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh" (Ibrahim: 2-3)

Apakah kita jumpa kedamai dengan cara hidup kita? fikir-fikirkan lah



Saturday, September 10, 2011

Burung Special

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah special..

Si isteri bertanya..pada si suami..

Isteri: Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!

Suami; Ala takper..burung ni special..tengok nie..

 Suaminya  mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya....burung itu terus  menyanyi lagu POP..

 Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak.. Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

 Si isteri pun suka dan bertanya..
 Isteri; Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner…

 Suaminya menjawab: Awak cuba la buat..
 Si isteri  mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..

lalu. .burung itu pun berkata...
Burung : SATU SATU LAH, BODOH..!!!

Friday, September 9, 2011

Seman Si Juara Rempit




Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi.

Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

“Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti…”

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya.

Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini.

Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

“Seman Seman… sen pun kau dapat… mambang pun kau dapat malam ni… memang malam kau la ni…”

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani.

Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman. Nampak gayanya Seman dah takleh tahan sabar menahan gelora nafsunya..

“Hehe… orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah…”

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya.

Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu.

Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

“Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap…”

“Ala bang Seman, tak payah mandi la… meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang…”

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani.

Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudah pun membuak-buak.

Ani akur, merelakan dirinya diexplore sepuas-puasnya oleh Seman.

“Tok! Tok! Tok!”

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

“Jais… Jais…”

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar.

Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

“Te…te…takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c…cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat si..sini. Abang Seman cuba ga..gayut kat sini…”

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,
“Ni rumah encik Jais ke?”

Ani tergamam.

Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong…”

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Si Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

moral :- jangan cuba buat dosa besor…

Thursday, September 8, 2011

lelaki pilihan wanita

Dalam mencari pasangan, pelbagai kriteria menjadi ukuran. Ada yang memilih pasangan kerana harta, ada yang pilih kerana takhta, ada juga yang pilih sebab mata (hensome la tu). Namun dapatkan kriteria pilihan itu menjamin pasangan yang baik tanpa adanya kriteria lain? 


Maka dikongsi serba sedikit kriteria umum yang boleh anda gunakan dalam membuat pemilihan pasangan.

1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
5. Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
7. Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
9. Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
10 Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.

Sebaik-sebaik seorang lelaki yang menjadi suami adalah suami yang berlaku baik pada isterinya.



Anda juga perlulah berdoa semoga pilihan anda itu dapat membimbing anda di dunia dan akhirat. Jika yang telah memilih berdoalah juga untuk kebahagiaan dunia akhirat. 



Allah telah berfirman “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ” (Al-Baqarah, ayat 186)

Tuesday, September 6, 2011

Stress


Tekanan atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak.

Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.

Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.

Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

Senyum
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.


Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.

Peluk sesuatu
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

Lavender
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.

Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.

Allah
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.

Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

Monday, September 5, 2011

Memaafkan Sahabat

Tiada manusia sempurna dalam dunia ini. Begitu juga dengan diri anda, mahupun sahabat karib anda. Ini adalah kenyataan hidup yang tidak dapat dinafikan. Lantaran itu jangan terkejut apabila suatu ketika sahabat karib kita melakukan sesuatu atau melontarkan kata-kata yang membuat kita berkecil hati dan bersedih.

Kesilapan memang sering berlaku dalam persahabatan. Sering kali ia boleh kita pandang sebelah mata sahaja. Namun ada ketikanya ada perasaan yang membuatkan kita sukar untuk melupakan apa tah lagi memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh sahabat kita, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan berulang-ulang kali. Memaafkan teman yang telah melukakan hati anda suatu perbuatan yang cukup baik. Namun sering kali kata maaf hanya di bibir sedangkan anda terus menyimpan di dalam hati rasa yang terbuku. Lalu apakah yang boleh anda lakukan agar benar-benar dapat memaafkan sahabat. Andai anda tidak pasti bagaimana cara terbaik untuk memaafkan sahabat yang melukakan hati anda, saranan ini mungkin boleh membantu, namun sebelum itu ada beberapa perkara yang perlu ada dalam diri anda. Sikap merendah diri kerana jika anda mahu berpegang pada sikap `kenapa aku?’ anda tidak mungkin dapat memaafkannya. Sentiasa berdoa agar Tuhan lembutkan hati anda untuk memaafkan dia dan juga... anda!

Jadi, mari kita lihat langkahlangkah yang boleh anda lakukan dalam proses cuba memaafkan teman yang telah membuat anda sedih dan marah...

1. Tentukan apakah yang perlu anda maafkan, juga apa yang telah dilakukan oleh teman anda sehingga membuat anda berasa sangat terluka. Banyak kali terjadi kita tidak pasti apa penyebab. Oleh itu ambil sedikit masa dan catatkan mengenai apa dan kenapa anda perlu memaafkan dia.

2. Berdoa dan bertawakal sebelum anda berdepan dengan sahabat. Fikirkan cara bagaimana anda mahu memberitahunya yang anda telah memaafkan dia. Terus berkata, “saya maafkan awak” sangat tidak sesuai dan nampak tidak ikhlas. Ada baiknya juga jika anda tidak menggunakan taktik bersemuka, sebaliknya menulis surat ataupun e-mel. Namun semuanya bergantung pada keadaan dan mana yang membuat anda lebih selesa.

3. Anda mesti benar-benar ikhlas mahu memaafkan teman anda itu. Jika tidak, perasaan tidak puas hati akan terus tersemat di sanubari. Sebab itu anda perlu membuat rancangan bagaimana mahu menyampaikan kata maaf dan betul-betul melakukannya.

4. Andainya anda mahu mengikat kembali ikatan persahabatan yang terputus setelah teman itu menyakitkan hati anda, selain menghulurkan maaf dengan seikhlas hati, berikan juga kata-kata yang dapat memberi dia keyakinan bahawa persahabatan yang bertaut kembali itu akan kekal selamanya.

5. Andai dia datang memohon maaf, jangan buat tidak peduli dan bersikap seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Andai ini yang anda lakukan bermakna anda tidak mahu menghilangkan rasa kecewa dan sakit hati yang anda alami. Atau dengan erti kata lain, tiada maaf baginya! Jangan rasa kecewa apabila sahabat anda tidak mahu mendengarkan perasaan anda kerana sekurang-kurangnya di pihak anda, masalah sudah diselesaikan. Anda tidak perlu melayan perasaan kecewa lagi sebaliknya boleh menghadapi hari mendatang dengan dada lapang.

Sunday, September 4, 2011

Tip Cinta


Pasangan adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.

Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

Penulis berminat untuk berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, ujarnya; "Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu". Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.

Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.

Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.

Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti 'sayang' atau 'abang' digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.

Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.

Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.

Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.

Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.

Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.

Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.

Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.

Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.

Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.

Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.

Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.

Saturday, September 3, 2011

burung pipit


Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air 
menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu 
memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Saya ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Saya tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan 
                 kebakaran itu?

Burung : Saya tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada saya nampak atau tidak kebakaranitu, 
saya akan jawab bahawa saya nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha
saya untuk membantu. Lalu saya akan menjawab bahawa saya telah membawa titisan air
menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah sekadar yang kita mampu. Sekurang-
kurangnya kita ada menyumbang bakti.

Friday, September 2, 2011

ME and MY BOSS

When I Take a long time to finish,
I am slow,
 
When my boss takes a long time,
he is thorough
 


When I don't do it,
I am lazy,

When my boss does not do it,
 

he is busy,
 


When I do something without being told,
I am trying to
 be smart, 
When my boss does the same,
he takes the initiative,
 


When I please my boss,
I am apple polishing,

When my boss pleases his boss,

He is cooperating
, 

When I make a mistake,

I' am an idiot.

When my boss makes a mistake,
 
He's only human.


When I am out of the office,
I am wondering around.
When my boss is out of the office,
He's on business.


When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
He must be very ill.


When I apply for leave,
I must be going for an
 
interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked 


When I 
do good,
my boss never remembers,

When I do wrong,

He never forgets
 


what to do?????????????

Thursday, September 1, 2011

Aweknya kaki report


Sepasang pakwe-makwer tengah memandu di highway telah di tahan polis....

pakwer : ada apa masalah encik ?

polis : anda di dapati memandu melebihi 110km

pakwer : mana ada encik,saya cuma pandu dalam 100km jer...mungkin meter saya rosak kot..

makwer : abang tak baik tipu polis tue...tadikan abang pandu lebih dari 150km...

polis : saya juga akan saman encik kerkenaan lampu brek encik tidak berfungsi...

pakwer : yeker lampu brek saya tak berfungsi? saya tak perasaan encik...minta maaf,nanti saya betulkan

makwer : abg..kan abg dah tahu berkenaan lampu tue rosak 2 minggu lepas..saya sendiri beritahu abg ..

polis: saya juga akan saman encik sebab encik tak pakai tali pinggang...

pakwer: saya baru jer bukak encik....masa encik tahan saya...

makwer : abg nie..kan abg tak pernah pakai tali pinggang...tak baik tipu encik nie

si pakwer yang tak tahan dengan kerenah makwer dia terus melenting.

pakwer : diam ler ko,semua ko beritahu polis...ko nak aku kena saman apa??lurus banggang betul ko...budusss,aku tepok paler ko kang...

polis : cik,,selalu ker PAKWER marah cik macam nie??

MAKWER : tak ler...dia jarang marah saya..kalau marah pun masa dia ISAP GANJA jer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...