Wednesday, August 31, 2011

Cinta Bilal Philips pada Islam

ARKIB : 08/07/2010
http://www.utusan.com.my

Susunan ZUARIDA MOHYIN



PANDAI berkata-kata" dan "bersifat terus terang" adalah sebahagian perkataan yang dapat menggambarkan karakter Dr. Abu Ameenah Bilal Philips.

Iltizam kuat dalam usaha mencari kebenaran hakiki telah membawanya dari tanah kelahiran di Jamaica ke Toronto, Kanada, di mana dia dibesarkan dan seterusnya menerima Islam pada tahun 1972.

Bilal Philips dahulunya beragama Kristian. Berasal daripada keluarga pendidik, memandangkan ibu bapanya adalah guru. Datuknya pula ialah paderi gereja dan cendekiawan kitab Injil.

Dilahirkan pada 7 Januari 1947, Bilal Philips telah menamatkan pengajiannya di peringkat diploma dan sarjana muda Bahasa Arab dari Kolej Usul ad-Din (Prinsip-prinsip Islam) di Universiti Islam Madinah pada tahun 1979.

Kemudian pada tahun 1985, Bilal Philips memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Teologi Islam dari Universiti King So'oud, Riyadh, Arab Saudi.

Akhirnya pada 1994, beliau berjaya memiliki doktor falsafah (Ph.D) dari University of Wales dalam bidang teologi Islam.
Beliau mengajar pendidikan Islam dan Bahasa Arab di beberapa sekolah swasta di Riyadh, Arab Saudi selama 10 tahun dan selama tiga tahun memberi kuliah kepada pelajar pendidikan di Jabatan Pengajian Islam di beberapa universiti seperti di Universiti Islam Shariff Kabunsuan di Cotabato City, Mindanao, Filipina.

Sumbangannya yang tidak kurang hebat adalah apabila beliau menjadi pengasas dan pengarah Pusat Maklumat Islam atau kini dikenali sebagai Discover Islam di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UEA). Selain pengarah di Jabatan Bahasa Asing di Dar al Fatah Islamic Press di Sharjah, UEA.

Kini, Dr. Bilal Philips ialah pensyarah Bahasa Arab dan Pengajian Islam di American University di Dubai dan Ajman University di Ajman, UAE.

Di samping itu, Bilal Philips turut tidak ketinggalan mengembara ke seluruh dunia demi menyebarkan syiar Islam kepada pelbagai khalayak.

Malah universiti Islam dalam talian atau Islamic Online University (IOU) adalah merupakan hasil kajian (brainchild) Dr. Bilal Philips. Beliau telah membayangkan dan menjangkakan sebuah institut yang dapat menawarkan kurus-kursus intensif, diploma, ijazah dan sarjana dalam bidang pengajian Islam yang ditawarkan secara percuma. Universiti ini menawarkan program Bachelor of Arts in Islamic Studies (BAIS) selama empat tahun.

IOU dilancarkan secara rasminya pada 2001 dari UAE dengan menawarkan beberapa kursus jangka pendek. Selang lima tahun kemudian, IOU dilancarkan semula pada 2007, tetapi kali ini dari Qatar dengan menawarkan kursus-kurus jangka pendek yang jauh lebih lengkap secara percuma.

Kini terdapat lebih 6,600 pelajar yang mengikuti pengajian secara maya menerusi universiti ini.

Sementara itu, dalam bidang penulisan pula, Bilal Philips telah mengarang lebih 100 buah buku dan bukunya yang berjudul The Fundamentals of Tawheed adalah karya paling diminati.

Antara buku-bukunya yang lain ialah; Fundamentals of TAWHEED (Islamic Monotheism)International Islamic Publishing House, True Message of Jesus Christ Islamic Book Services 2006; ISBN 9788172313609, Purpose of Creation 84pp, Islamic Book Services 2002; ISBN 8172313586, Funeral Rites International Islamic Publishing House, Polygamy in Islam, Islamic Book Services dan Islamic Studies Al-Basheer 2002

Buku-buku yang pernah diterjemah olehnya adalah Ibn Taymiyyah's Essay on the Jinn, The Devil's Deception dan Arabic Calligraphy in Manuscripts.


Kini, Bilal Philips menetap di Doha, Qatar, bersama keluarga dan mengajar di Akademi Pengajian Islam di situ.
Justeru, tidak hairanlah Dr. Bilal Philips lebih dikenali sebagai cendekiawan Muslim, pelajar Islam yang berilmu, pensyarah, pengarang buku, editor, penterjemah dan pemikir yang kritis.

Dalam kesibukannya itu juga, Dr. Bilal Philips turut memperuntukkan masa senggang bermain skuasy, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bersama isteri dan anak lelakinya sebagai satu cara untuk kekal sihat dan membebaskan diri daripada tekanan.

Malah dia juga mengajar anak-anaknya seni mempertahankan diri dan memiliki tali pinggang hitam dalam sukan karate.

Beliau pernah muncul di Peace TV, sebuah saluran televisyen Islam satelit yang disiarkan secara 24 jam ke beberapa negara di seluruh dunia.

Keseriusan beliau dalam kerja-kerja dan aktiviti dakwah Islamiah dapat digambarkan menerusi kata-katanya yang sekali gus menjadi pegangan kepada usaha dakwahnya iaitu, "Tiada masa untuk bercuti, apatah lagi apabila anda menyedari betapa pendeknya masa yang berbaki dan betapa banyak kerja yang perlu dilakukan demi agama Islam".

Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri - Nilai murni tiada dalam agama lain

ARKIB : 19/11/2004
http://www.utusan.com.my


Oleh ZUARIDA MOHYIN

MELAKSANAKAN solat sunat hari raya secara berjemaah di masjid, kemudian bermaaf-maafan dan berziarah, begitu terkesan di hati bapa muda kelahiran Bachok, Kelantan, sementelah pula dirinya baru bergelar Muslim.

Begitulah luahan Mohd Ikhwan Ong Abdullah, 32, apabila mengimbau kenangan menyambut hari raya Aidilfitri pertamanya selepas pengIslaman beliau pada Jun 2002.

``Aidilfitri adalah satu kemenangan bagi umat Islam selepas sebulan berpuasa. Bagaimana ia diraikan juga begitu menarik minat saya kerana dalam agama asal, sambutan Tahun Baru Cina, sekadar makan besar dan berkunjung ke rumah saudara terdekat.

``Berlainan dalam amalan orang Islam, selain kunjung-mengunjung, ia juga peluang bermaafan terutamanya bagi mereka yang berselisih faham ataupun yang muda menghormati mereka yang lebih tua, sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

``Malah suasana pagi hari raya jauh berbeza dengan hari-hari biasa yang lain. Dalam ajaran Islam, kita disunatkan mandi sunat hari raya dan kemudian mengerjakan solat sunat hari raya. Ia tidak ada pada mana-mana agama,'' kata juruteknik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sewaktu ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Kagum Ikhwan lagi, di dalam soal menyambut lebaran juga Islam turut menonjolkan nilai-nilai murni seperti berkongsi kegembiraan tidak kira bangsa, agama dan taraf hidup, meneruskan amalan bersedekah dan banyak lagi.

Tambah menarik, semua ini bersandarkan kepada konsep kesederhanaan yang begitu ditekankan oleh agama Islam. Sungguhpun tahun ini merupakan kali ketiga menyambut hari kemenangan umat Islam tetapi akui Ikhwan, tahun ini membawa pengertian yang sedikit berbeza.

Kehadiran puteri sulung pasangan Ikhwan dan Noraini Samsudin, 27, Nur Afrina, setahun tiga bulan, bakal menyerikan lagi kemeriahan sambutan raya mereka pada tahun ini.

Bagi Ikhwan dan isteri yang juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini, walaupun pada raya tahun lepas, Nur Afrina ada namun pada masa itu mereka tidak berpeluang pulang berhari raya di kampung kerana Noraini masih di dalam `pantang'.

Jadi, hari raya tahun inilah terasa suasana hari raya yang sebenar. Pertama, kerana sudah bertiga dan kedua, dapat berhari raya di kampung halaman. Pastinya, ia mencetuskan satu suasana baru yang bakal menggembirakan mereka sekeluarga.

Menyingkap kisah pengIslaman beliau, cerita Ikhwan, ia banyak berkait dengan kawasan tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan.

``Boleh dikatakan majoriti penduduk kampung tersebut terdiri daripada masyarakat Melayu yang beragama Islam. Jadi secara tidak langsung, saya sudah cukup masak dengan budaya orang Melayu.

``Semakin lama bergaul dengan mereka, saya dapat rasakan bahawa kehidupan orang Islam ini berlainan dengan tujuan kehidupan kami sekeluarga.

``Orang Islam ini mereka bukan sahaja mengejar habuan duniawi, malah hal-hal berkaitan akhirat turut dititikberatkan.

``Selain itu, melalui cerita-cerita yang dicuri dengar daripada ustaz tentang kisah-kisah nabi, kewujudan alam ini dan banyak lagi, sedikit sebanyak telah membuka minda saya tentang logik dan kebenarannya. Apatah lagi, ia dibuktikan dengan al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w.,'' akui Ikhwan yang dahulunya penganut agama Buddha.

Tambah beliau, pendirian keluarganya yang bersikap terbuka juga menjadi faktor yang mempengaruhi minatnya untuk mendalami Islam.

Pada akhir tahun 1999 apabila mula berkenalan dengan Noraini, minatnya untuk mendalami Islam semakin serius. Malah, amalan-amalan seperti berpuasa dan sembahyang telah mula dipraktikkan walaupun belum melafazkan kalimah syahadah.

``Awalnya saya ingatkan dia orang Melayu kerana dari segi percakapan, dia fasih berbahasa Melayu dengan loghat Kelantan. Jadi tak nampak identiti asalnya.

Mulanya sekadar berkawan biasa tetapi apabila melihat kesungguhan yang ditunjukkan Ikhwan, iaitu suka bertanya tentang agama Islam. Saya cuba juga mengajar mana yang mampu secara tidak formal.

``Dia pula, senang `tangkap' atau cepat faham apa yang diajarkan seperti asas-asas melakukan solat.

``Selain itu, dibelikan buku-buku berkaitan fardu ain untuk membantu lagi pemahamannya,'' celah Noraini, jururawat di Wad Pediatrik, HKL yang turut serta dalam sesi temuramah pagi itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada penghujung 2002, beberapa bulan selepas Ikhwan secara sah memeluk agama Islam di ibu pejabat Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

PengIslamannya ini kata Ikhwan begitu bersejarah buatnya kerana niat untuk memeluk Islam telah lama wujud dalam hati kecilnya tetapi hidayah belum hadir. Namun, peristiwa mendirikan solat dalam keadaan basah kuyup benar-benar meyakinkan hatinya.

``Saya baru pulang dari kerja dan waktu itu hujan turun lebat. Dalam keadaan basah tu, saya dengan tergesa-gesa hendak mendirikan solat sebab dah lambat.

``Selesai solat, kain yang saya jadikan sejadah, saya sidai. Keesokannya saya lihat pada kain itu ada tulisan nama Allah pada bahagian lutut sebelah kanan.

``Saya cuba tunjukkan kepada Noraini dan beberapa orang ustaz di Perkim. Sehari selepas kejadian itulah, selepas membuat temu janji dengan Ustaz Amran pada paginya.

``Malam itu selepas solat Isyak, saya mengucap syahadah dengan disaksikan Danial Au dan Ustaz Azlan,'' kata Ikhwan yang mulanya agak keberatan bercerita kerana bimbang kisah tersebut disalah faham oleh pihak tertentu.

Tentangan dan bantahan keluarga merupakan antara asam garam setiap yang bergelar saudara baru.
Berlainan dalam kes Ikhwan, rahsia pengIslaman beliau terbongkar apabila keluarga kandungnya mengetahui hasratnya untuk berkahwin dengan gadis Melayu.

``Terkejut, merupakan reaksi awal keluarga. Kakak saya menghubungi Noraini untuk kepastian dan beliaulah yang banyak menerangkan kedudukan sebenar.

``Tanpa banyak soal mereka akhirnya dapat menerima keputusan Ikhwan. Manakala di pihak isteri pula, mereka menerima saya seikhlasnya. Mungkin ini disebabkan ada di antara saudara maranya yang turut mengamalkan kahwin campur dan kehidupan mereka harmoni dan bahagia,'' kata Ikhwan seraya dipersetujui Noraini.

Berkongsi pengalaman dua tahun sebagai Muslim, kata Ikhwan, Islam adalah agama yang begitu mudah serta sesuai dengan fitrah manusia.

``Dalam bab sembahyang contohnya, di mana-mana bumi Allah ini, kita bebas mendirikan solat.

``Tidak seperti agama asalnya, yang mesti di tempat khas serta disertakan peralatannya barulah dikira sempurna amalannya. Matlamat kehidupan di dalam Islam pula ada hala tujunya.

``Bukannya mengejar kesenangan di dunia semata-mata. Malah Islam ini menyeluruh. Semua bidang ada dalam liputan agama Islam, malah al-Quran dan hadis adalah panduan hidup manusia jika mahu selamat dunia dan akhirat,'' jelas Ikhwan.

Tambah Ikhwan, agama Islam kalau dihayati sepenuhnya, keindahannya terserlah kerana ia memandu manusia ke satu matlamat iaitu akhirat.

Monday, August 29, 2011

Misteri Di Malam Raya...


Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku  sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu  masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar… lupa kawan! Raiz senyum sendirian.  Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang  terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan  kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek  kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz ‘nerd’! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi ‘bodyguard’nya. Tapi sejak belajar di luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti  terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.

Raiz menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

“Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi  jalan malam-malam camni?” Razi
bersuara sambil memeluk Naim  yang terkekeh-kekeh ketawa.

“Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek..

hensem nampak?” Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. “Biasa la! zaman bersedar, manusia pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?” Naim tidak menjawab soalan Raiz,cuma  tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada  perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit  tempang.

“Apa kena dengan kau ni?

Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je…” tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

”Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?” Naim mengubah topik.

”Cadangnya gitulah!”

” Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah  lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!” pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

”Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!” kata Raiz dalam hati.

“Eh?  Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

”Inilah! nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!”

Terkejut Raiz  mendengar cerita Naim.

”Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!” Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang
.
”Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu  tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila.

Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah  ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!” Suara Naim sedikit  tinggi.

“Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!” Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma  tersenyum.

“Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye!

Eh!Minumlah!  rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!”.

Naim menyorong gelas berisi teh  sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup  Naim!

“Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun  bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai
hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku ye!”

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam  nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

“Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!”

Satu suara kuat menyebabkan Raiz  tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun.”Eh? Mak!” terkejut Raiz  lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas.

“Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak balik?” jerkah ayahnya.

“Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni?

Raiz memerhatikan sekelilingnya.Tiada gelas berisi teh… tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu  nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

“Eh?  Semalam saya pergi rumah Naim, mak… ayah!

“Kenapa?? Kau tengok… dekat  kubur siapa kau tidur tu!” Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 – 27 Oktober 2003!  Raiz terpelangah.

“Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?”

“Budak  ni…bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada  pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak  ada..”terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz tambah terkejut. Terfikirkan  pengalaman malam tadi! ‘bertemu’ arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam?

Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.

“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!”

Serta-merta  Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

“Terima kasih kerana  mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

Sunday, August 28, 2011

Ibadat pada malam Aidilfitri

AIDILFITRI adalah hari kebesaran penuh kemuliaan dalam Islam dihadiahkan kepada umat Nabi Muhammad atas kejayaan melaksanakan ibadat puasa Ramadan. Sesuai dengan kedudukan hari mulia, Aidilfitri hendaklah disambut mengikut tuntutan syariat.

Sungguh jauh berbeza antara Aidilfitri disambut sebagai ibadat dengan yang berupa adat. Setiap ibadat adalah mengikut apa disyariatkan, sedangkan adat mengikut kebiasaan diamalkan sejak turun-temurun dalam masyarakat.

Islam menganjurkan apa yang perlu dilakukan ketika Aidilfitri seperti dijelaskan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Sambutan Aidilfitri bermula sebaik berakhirnya ibadat puasa Ramadan apabila kelihatan anak bulan Syawal.

Perkara utama perlu dizahirkan sebagai tanda bermula sambutan Aidilfitri ialah melaungkan gema takbir.

Firman Allah bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadat puasa kamu mengikut bilangan hari dalam Ramadan (29 atau 30 hari), serta bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Amalan bertakbir daripada satu rumah ke satu rumah seperti diamalkan di sesetengah tempat memang baik. Selain mengucapkan kalimah kebesaran, dapat juga merapatkan silaturahim sesama penduduk.

Amalan itu hendaklah dilakukan dengan tertib dan ikhlas. Jangan hanya bertandang ke rumah tertentu dengan tujuan tertentu saja. Ada yang menyertai kumpulan takbir sekadar suka-suka dan berpeluang mengintai anak gadis.

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan kelebihan tersendiri. Berpandukan maksud hadis menjelaskan sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.

Banyak orang yang menyertainya sembahyang sunat tasbih, taubat dan hajat yang diadakan di masjid. Amalan itu memang baik sekali untuk menghidupkan malam Aidilfitri. Malang sekali banyak yang turut serta tanpa memahaminya.

Dikatakan ibadat itu hanya tertentu pada malam Aidilfitri. Individu yang tidak turut serta dipandang serong kerana dianggap tidak melakukan sesuatu yang ‘wajib’ pada malam raya.

Pada pagi Aidilfitri disunatkan mandi seperti dilakukan Rasulullah SAW. Kemudian, disunatkan menghiasi diri dengan pakaian terbaik yang dimiliki, serta mengenakan wangian. Maksud pakaian terbaik bukan semestinya baru dibeli atau dijahit.

Bagaimanapun, di kalangan masyarakat kita berpegang kepada maksud baju baru. Sebab itu, semua orang mesti berpakaian baru dengan alasan itu tuntutan agama. Malah, mereka bukan membuat sepasang baju baru untuk dipakai pada hari raya, tetapi sampai empat atau lima pasang.

Sebelum turun ke rumah menuju masjid atau tempat lapang untuk menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri, disunatkan juga menjamah sedikit makanan.

Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah.

Rasulullah ketika menuju ke masjid menggunakan jalan lain dan ketika pulangnya pula melalui jalan lain. Melalui jalan berbeza adalah bertujuan supaya dapat bertemu dengan ramai jiran yang tinggal di sepanjang jalan itu. Ketika bertemu disunatkan mengucapkan salam dan tahniah.

Sembahyang sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.

Sebenarnya, sambutan hari raya hanya pada 1 Syawal. Pada 2 Syawal dan hari seterusnya sudah dibenarkan berpuasa ganti dan sunat. Bagaimanapun tidak dilarang untuk terus melakukan sambutan Aidilfitri selagi amalan itu tidak bertentangan syariat.

Saturday, August 27, 2011

Tidak jadi sami selepas terima hidayah Ilahi

ARKIB : 05/01/2006
http://www.utusan.com.my


Oleh: ZUARIDA MOHYIN



AGAMA Islam bagi Chang Khai Huat bukanlah sesuatu yang asing serta memberi gambaran menakutkan kerana sejak darjah dua, dia sering menjadikan masjid sebagai destinasi pertama sebelum pulang ke rumah.

Kebiasaannya Khai Huat dan teman-teman sekolahnya akan melepaskan lelah atau paling tidak pun melelapkan mata barang sejam dua di masjid. Kekerapan ini sekali gus membuatkan dia dikira sebahagian daripada pengunjung masjid biarpun mereka berbeza agama dan bangsa.

“Pergaulan yang agak lama dengan masyarakat Melayu di kampung menyebabkan saya tidak rasa tersisih apabila berada dalam lingkungan mereka.

“Malah saya mula tertarik dengan cara hidup orang Islam ketika itu yang begitu kaya dengan sifat mesra dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat.

“Sewaktu berada dalam darjah enam, saya mengambil keputusan untuk tinggal dalam kelas agama walaupun pelajar yang bukan beragama Islam diberi pilihan untuk berada di perpustakaan,” cerita Khai Huat yang kini menggunakan nama Islamnya, Abdul Hadi Chang Abdullah, 32, sewaktu berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut guru agama di Madrasah Baqiyathus Salihath, Kampung Tasek Permai, Ampang, Selangor ini, sepanjang berada dalam kelas agama tersebut, tiada sekelumit rasa bosan terdetik dalam hatinya.

Mendengarkan kisah para sahabat dan kegemilangan Islam suatu masa dahulu, Abdul Hadi begitu mengagumi kejayaan umat Islam. Sehinggakan keputusan mata pelajaran agamanya mengatasi kertas-kertas peperiksaan lain.
“Saya masih ingat satu peristiwa semasa berada di tingkatan satu Sekolah Menengah Rendah Beris Panchor ketika saya mengikut teman-teman mendengar satu ceramah agama.

“Bermula dari situ minat saya kepada Islam semakin mendalam. Pun begitu, semasa berada di tingkatan empat Sekolah Menengah Kedai Lalat, Bachok, rahsia saya belajar agama Islam diketahui mak cik.

“Saya telah ditukarkan ke sekolah aliran Cina dengan harapan saya tidak lagi dipengaruhi teman-teman yang beragama Islam,” kata Abdul Hadi yang memeluk Islam pada September 1994 sebelum mendaftar secara sah di Majlis Agama Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan tiga bulan kemudian.

Menurut pemuda yang dilahirkan di Kampung Tawang, Bachok, Kelantan ini, biar apa juga tindakan keluarga, dia tetap dapat meneruskan pergaulan dengan masyarakat Melayu yang berada di sekolah tersebut.

Namun, usaha itu tidak bertahan lama. Setahun berada di sekolah itu, minatnya beralih kepada agama Buddha kesan daripada kekerapan mengunjungi kuil.

Melihat kepada perubahan sikapnya itu, ibu kandung Abdul Hadi telah mencadangkan agar beliau menjadi sami. Kos menjadi sami yang melebihi RM2,000 menyebabkan hasrat tersebut terpaksa dipendamkan oleh Abdul Hadi sekeluarga kerana kekangan kewangan yang dialami.

Meneruskan ceritanya, kata Abdul Hadi, pada 1993 beliau bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran ke tingkatan enam pada awal 1994.

“Pada masa itu saya kembali mengingati Islam selepas mengikuti satu forum Islam yang diadakan berhampiran tempat belajar.

“Salah seorang ahli panel jemputannya ialah seorang saudara baru iaitu saudara Omar Lim Abdullah, Ustaz Farid Ravi dan seorang pegawai agama di daerah Kota Bharu. Mereka membahaskan tentang perbandingan agama.

“Pada masa yang sama saya mempunyai seorang teman baik bernama Khairul Anwar Yaakub. Dia pernah bertanya saya bila saya mahu memeluk Islam. Saya sekadar mendiamkan diri sedangkan ada terselit keinginan dalam hati saya untuk bergelar muslim,” kata Abdul Hadi. Selepas pertemuan dengan ahli panel forum tersebut barulah dia sedar bahawa Islam bukan milik orang Melayu sebagaimana yang difahami selama ini.

Beliau kemudian mengambil keputusan bertemu dengan Omar Lim untuk bertanyakan pelbagai kemusykilan yang bermain dalam fikiran.

Mengenai cita-citanya untuk menjadi sami, kata Abdul Hadi, semuanya tinggal angan-angan kerana banyak yang tidak berapa jelas tentang agama tersebut. Pun begitu beliau tidak menafikan bahawa agama yang pernah menjadi pilihannya itu banyak mendidik penganutnya bagaimana menjadi insan yang baik.

Akhirnya, suatu hari selepas selesai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, Abdul Hadi melafazkan syahadah dengan ditemani oleh Khairul Anwar.

Apabila bergelar muslim, satu perkara yang masih menghantui fikiran Abdul Hadi ialah apakah cara terbaik untuk memberitahu berita pengislamannya. Yang pasti keluarganya akan menentang habis-habisan.

Pertama, mereka menganggap masuk Islam bermakna menjadi orang Melayu. Apatah lagi imej orang Melayu tidaklah berapa ‘baik’ pada pandangan mereka. Abdul Hadi tidak salahkan mereka kerana mereka tidak faham.

Percubaan Abdul Hadi untuk merahsiakan pengislaman menempuh pelbagai cabaran dan halangan. Dugaan yang paling hebat ialah apabila keluarganya menghidangkan sajian yang haram dimakan oleh orang Islam kepadanya.
“Mereka tahu saya suka makan ‘benda’ itu, jadi mereka uji dengan cara tersebut. Fikiran saya buntu dan apa yang datang dalam fikiran ialah saya buat alasan belum terasa lapar lagi. Kali itu saya terselamat.

“Tetapi akhirnya semuanya terbongkar apabila mereka ternampak saya bersembahyang. Bila ditanya bertalu-talu saya mengaku saya Islam kerana bimbangkan keselamatan diri,” terang anak kelima daripada enam adik-beradik ini.
Abdul Hadi kemudian memberitahu bahawa dia telah dibawa ke Thailand untuk dipulihkan oleh sami besar di sana. Pelbagai upacara beliau lalui seperti mandi air jampi dan banyak lagi tetapi semuanya tidak berhasil mengubah pendiriannya.

Abdul Hadi pernah ditanya sami mengapa beliau memeluk agama Islam. Katanya, konsep Tuhan Satu itulah yang menarik dirinya kepada Islam.

“Saya jadi ‘panas’ tinggal di situ sebab tidak boleh melaksanakan sembahyang, jadi saya minta kebenaran kepada sami di situ untuk keluar menghilangkan tekanan menggunakan basikalnya.

“Mereka membenarkan. Tanpa banyak soal saya terus mengayuh basikal dan tiba di jalan besar, tiba-tiba saya teringatkan Ustaz Taufik Tee yang bertugas di Jabatan Agama Islam Kelantan.

“Berbekalkan wang saku RM2 saya tinggalkan basikal di tepi jalan dan menaiki teksi ke Kota Bharu yang terletak kira-kira 20 kilometer. Saya dihantar ke Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Pengkalan Chepa,” cerita pemegang Sijil 4 Thanawi dari IDIP ini yang menghubungi keluarganya sebulan kemudian.

Meskipun beliau gembira bergelar muslim tetapi jauh di sudut hatinya timbul rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga. Malah Abdul Hadi cuba menerangkan kepada mereka kebenaran Islam tetapi buat masa ini keluarganya masih belum dapat menerima.

“Saya amat berharap agar ibu dan adik-beradik yang lain memahaminya. Saya sentiasa berdoa agar mereka juga menerima hidayah Ilahi seperti saya.

“Saya bersyukur kerana dalam banyak-banyak manusia di muka bumi ini, hati saya telah disentuh dan menerima hidayah Allah s.w.t.. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah melupakan keluarga terdekat biar apa sekali pun tanggapan dan pandangan mereka terhadap saya,” kata Abdul Hadi yang turut memiliki Sijil Tinggi Aliyyah Islam dari Pusat Pengajian al-Quran dan Sunah, Darul Kausar, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Ditanya tentang kariernya sebagai pendidik sejak 2002, Abdul Hadi menjelaskan, ia bukanlah satu kerjaya yang mudah kerana peranan dan amanah yang terpikul di bahu perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Beliau turut berterima kasih kepada ibu bapa dan tenaga pengajar lain di madrasah tersebut kerana sokongan mereka yang tidak pernah kurang.

Abdul Hadi aktif dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dengan menjadi pengajar di pertubuhan itu.

Friday, August 26, 2011

Surah Luqman dorong Muhammad Fahmee Tan peluk Islam

ARKIB : 20/04/2006
http://www.utusan.com.my



MANUSIA merancang tetapi Allah jugalah yang menentukannya. Begitulah gambaran kerdilnya makhluk bernama manusia itu waima setinggi mana pangkat, kedudukan atau sehebat mana kekayaan mereka di muka bumi ini.
Hakikatnya, manusia dan makhluk lain yang diwujudkan di atas alam semesta ini bertujuan untuk menyembah Allah s.w.t.. Ini diperjelaskan dalam ayat Quran yang bermaksud: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Adz-Dzaariyat: 56)

Kecantikan Islam itu amat luas dan pelbagai rahmatnya. Hinggakan segala musibah yang berlaku itu ada kebaikan yang hanya Allah Maha Mengetahui. Sebagai hamba-Nya yang taat, sewajarnya dalam situasi apa sekalipun kita mestilah yakin sepenuh hati di samping sentiasa bersabar dan tidak lekang memohon doa.

Paksi inilah yang menjadi kekuatan kepada anak muda kelahiran Taiping, Perak, Tan Eng Wah atau nama Islamnya Muhammad Fahmee Tan Abdullah, 30, yang membulatkan tekad memilih agama Islam menjadi agama pegangan hidupnya hingga ke akhir hayat.

Apatah lagi keyakinan dan keberanian tersebut diperoleh menerusi ayat al-Quran yang bermaksud: Dan jika kedua-duanya memaksamu untuk menyekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti kedua-duanya, dan pergaulilah kedua-duanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Luqman: 15)

“Hati mana yang tidak sedih apabila keputusan besar yang dibuat itu tidak begitu dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa. Pun begitu, biar apa pun tanggapan orang, syahadah saya adalah dengan kerelaan serta kepercayaan kepada Allah semata-mata. Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan ia mencakupi semua bidang.

“Sekali lagi saya mengetahui mereka kecewa terutamanya emak tetapi ayat 15 dalam surah Luqman di atas menjelaskan bahawa apa yang saya lakukan itu dikira tidak melampaui dan tidak bermaksud derhaka kepada mereka.

“Malah sebelum dan selepas pengislaman, saya sentiasa menjaga hati mereka dan memainkan peranan seorang anak kepada ibu bapa sebagaimana disarankan Islam. Oleh kerana itulah saya sentiasa bersikap mendiamkan diri kerana bimbang apa yang dituturkan itu mengguris perasaan mereka,” luah penyelia tapak projek ini yang mengucap dua kalimat syahadah pada September 2003 iaitu dua hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.

Bangku sekolah
Menurut anak tunggal ini lagi, agama Islam bukanlah terlalu asing kepadanya. Ini kerana sejak di bangku sekolah rendah hingga menengah, pergaulan dengan teman-teman Melayu sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepadanya.

Namun, akui Muhammad Fahmee, pertukaran kerja dari Kuala Lumpur ke Terengganu pada awal 2002 apabila majikannya mendapat projek menyiapkan sekolah mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Sewaktu di Terengganu inilah saya berkenalan dengan isteri dan menjadikan ibu bapanya sebagai keluarga angkat. Emak mentua saya pada masa itu adalah pengusaha kantin di sekolah itu. Jadi secara tidak langsung hubungan antara kami menjadi akrab.

“Salah satu sebab yang menjadikan saya berminat atau tertarik dengan Islam adalah dalam hal berkaitan aurat wanita. Bagi saya Islam itu agama yang cukup cantik dan amat mengambil berat soal maruah wanita,” katanya yang memilih Nor Fadellah Mustapa, 26, sebagai pasangan hidupnya.

Mereka diijabkabulkan pada Ogos 2005. Majlis resepsi pengantin lelaki diraikan beberapa minggu kemudian di Taiping dengan dihadiri kedua-dua belah keluarga rapat.

Muhammad Fahmee yang sedang mengikuti Diploma Kejuruteraan Awam secara sambilan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur sentiasa tidak melupakan kepentingan mencari ilmu agama.
Beliau akui jadual hariannya agak sibuk dengan kerjaya hakiki dan pelajaran namun peluang menimba ilmu di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) tidak pernah dilepaskan terutama bila ada kelapangan.

Pesanannya kepada mereka yang masih berjinak-jinak dengan Islam ataupun telah bergelar muslim, aspek kesabaran dan minat mencari ilmu itu perlu ada agar segala cabaran dapat ditangani secara bijaksana.

“Sebelum memperkayakan diri dengan ilmu agama, saya tidak berani langsung untuk memberi pandangan atau menerangkan sesuatu hal secara terang-terangan. Manalah tahu kata-kata yang keluar itu salah dan menyinggung segelintir pihak.

“Lantaran itu saya lebih mengambil sikap berdiam diri. Biarlah kita jadi seperti pepatah Melayu, diam-diam ubi berisi. Kini alhamdulillah, semua ahli keluarga telah menerima saya biarpun berbeza agama,” kata Muhammad Fahmee.

Thursday, August 25, 2011

Al-Quran ubah Dobson

ARKIB : 12/08/2010
http://www.utusan.com.my

Susunan SITI AINIZA KAMSARI



PERISTIWA serangan 11 September 2001 terhadap bangunan-bangunan utama di Amerika Syarikat (AS), secara tidak langsung telah mengubah wajah agama Islam dan kaum Muslimin di seluruh penjuru dunia.

Di sebalik ramai yang membenci Islam ekroan tragedi itu, tetapi tidak kurang ramai juga yang memilih jalan Islam termasuk mereka di bumi Inggeris.

Malah dikatakan sejak kejadian itu sehingga kini terdapat 14,000 penduduk kulit putih di negara itu memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri.

Bertambah menarik, Islam dianuti tanpa mengira latar belakang malah para pemimpin, tokoh-tokoh pelbagai bidang, artis selebriti, ahli sukan dan ramai lagi.

Salah seorang daripada mereka yang agak mencetuskan sedikit kejutan ialah anak lelaki kepada mantan Menteri Kesihatan Britain, Frank Dobson, 35, yang memeluk Islam pada 1998 dan menukar nama kepada Joe Ahmad Dobson.
Meskipun dilahirkan dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga penganut Kristian yang taat, namun memasuki usia remaja Dobson lebih senang untuk tidak terikat dengan mana-mana agama.

Namun pemikiran seperti itu mula berubah apabila seorang rakannya menghadiahkan senaskhah al-Quran terjemahan dalam bahasa Inggeris.

"Sekalipun sekadar terjemahan, namun membaca terjemahan itu sahaja bagaikan saya mendapat wahyu. Persepsi saya selama ini mengenai Islam berubah kerana antara ajarannya yang terbaik apabila Islam membenarkan lelaki mahupun perempuan menuntut ilmu selama mereka masih hidup.

"Ini kerana semakin tinggi seseorang itu menuntut ilmu maka semakin merendah dirinya terhadap tuhan," katanya seperti yang dilaporkan oleh telegraph.co.uk.


Namun yang lebih menarik perhatian Dobson, dia mendapati al-Quran memberikan jawapan atas semua jenis pertanyaan, iaitu jawapan yang tidak akan mampu diberikan oleh mana-mana kitab agama sebelum ini.

"Islam mampu menjawab pertanyaan 'mengapa', seperti mengapa kita mesti menganggap setiap orang adalah seperti saudara, mengapa kita mesti menghormati dan menghargai kaum wanita kita, mengapa mesti kita melakukan hanya perkara-perkara yang terbaik untuk diri dan mereka yang disekeliling kita, sesama manusia.

"Apa juga aspek dalam kehidupan termasuk ekonomi, segala-galanya terjawab dalam al-Quran dan saya sangat mengagumi kata-kata Allah itu, kerana Dia yang menciptakan manusia dan Dia jugalah yang tahu apa yang dikehendaki oleh manusia dalam hidup ini," katanya.

Namun pengalamannya berada lama di Indonesia pada 1992 memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak muda itu.

Walaupun ada senario jelik dan tidak enak dilihat seperti soal kemiskinan dan sebagainya namun negara itu sebenarnya mampu memberikan pemandangan yang unik dan terbaik mengenai Islam.

Pemerhatian dan berinteraksi secara langsung dengan umat Islam di sana menjadikan Dobson semakin tertarik dan mengagumi Islam.

"Seringkali saya terkesima melihatkan cara beribadat dalam Islam, bersih daripada sebarang unsur pemujaan yang berlebihan.

"Tidak ada ukiran patung atau manusia yang diangkat sebagai orang tengah antara penganut dengan tuhan. Umat Islam bebas untuk terus 'berbicara' langsung dengan tuhannya," katanya.

Segala pengalaman di Indonesia itu menjadikan Dobson semakin ghairah untuk mendalami Islam malah semua itu menjadi sebahagian daripada rutinnya ketika menyambung pengajian di Universiti Manchester. Ini apabila Dobson mengambil peluang sepenuhnya berkawan dengan rakan sekuliah yang terdiri dari kalangan Muslim.

"Daripada mereka saya sering bertanyakan pelbagai persoalan mengenai Islam. Malah tanpa saya bertanya saya belajar pula daripada cara kehidupan mereka yang begitu mematuhi ajaran Islam.

"Tidak cukup itu saya sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya di perpustakaan universiti, kerana di situ terdapat banyak bahan bacaan mengenai Islam dan saya setiap kali membacanya, saya menjadi begitu bermotivasi.
"Saya tidak sekadar membaca untuk memberikan pengetahuan tetapi saya mengambil pengajaran secara langsung untuk diterapkan dalam kehidupan." katanya.

Akhirnya, Dobson ingin merasai sendiri kemanisan beriman dan beribadat kepada Allah. Maka pada Januari 1998, tanpa sebarang paksaan malah penuh kerelaan dalam hatinya, dia mengucapkan syahadah, di hadapan jemaah di sebuah masjid di utara Kota London.

Rasmilah kini Dobson yang ingin mengikat iktikadnya kepada Islam walaupun ia bakal mengundang pelbagai perubahan yang besar dan juga risiko itu sendiri.

Lebih-lebih bapanya sedang menjawat jawatan penting dalam kerajaan British lalu tindakan si anak akan menyebabkan beban terhadap si ayah, di saat kalangan warga Barat masih tidak selesa dengan kehadiran dan perkembangan Islam yang pesat itu.

"Mungkin adalah tidak adil meletakkan beban pengislaman saya untuk ditanggung oleh ayah kerana masyarakat Barat masih mempunyai prejudis yang kuat dan tidak bersikap terbuka terhadap Islam.

"Berita saya masuk Islam dengan mudah akan membuatkan kedudukan ayah saya tergugat.

"Akhirnya saya memutuskan untuk tidak memberitahu kepada sesiapa terutama keluarga saya sendiri sehinggalah masing-masing bersedia untuk menerima hakikat penukaran agama itu walaupun pahit, mungkin apa yang diperlukan adalah sedikit masa," katanya yang memiliki sarjana dalam bidang Pengurusan dan Polisi Awam dari Universiti Metropolitan London.

Wednesday, August 24, 2011

How an American police officer came to know about Islam


About five years ago, I was fifty-two years old and a Christian.  I had not become a member of any Christian church, but all my life I had been searching for the truth.  I attended many churches and studied with their teachers.  All fell short and I recognized none as being the truth about Allah.  Since I was nine years old, I had read the Bible everyday of my life.  I cannot tell you, over the many years, how many times I searched it for the truth. 
During the long years of my search for the truth, I studied with many religious faiths.  For over a year I studied two times a week with a Catholic priest, but could not accept Catholic beliefs.  I spent another year studying with the Jehovah Witnesses and did not accept their beliefs either.  I spent nearly two years with the LDS (Latter-Day Saints, i.e. the Mormons) and still did not find truth.  I had a Jewish friend and we had many discussions about the Jewish beliefs.  I went to many Protestant churches, some for months at a time, trying to find answers to my questions.
My heart told me Jesus was not God but a Prophet.  My heart told me Adam and Eve were responsible for their sin, not me.  My heart told me I should pray to God and no other.  My reason told me that I was responsible for both my good and bad deeds and that God would never assume the form of a man in order to tell me that I was not responsible.  He had no need to live and die as a human; after all, He is God.
So there I was, full of questions and praying to God for help.  I had a real fear of dying and not knowing the truth.  I prayed and I prayed.  I received answers from preachers and priests like, “This is a mystery.” I felt that God wanted people to go to heaven so He wouldn't make it a mystery as to how to get there, how to live life accordingly, and how to understand Him.  I knew in my heart that all that I was hearing was untrue.
I live in Arizona, USA and at the age of fifty-two had still never talked to a Muslim.  I, like many Westerners, had read much in the media about Islam being a fanatical religion of terrorists, so I never researched any books or information about Islam.  I knew nothing about the religion.

My Discovery

About four years ago, I retired after twenty-four years as a police officer.  My husband also retired as a police officer.  The year before my retirement I was still a police sergeant/supervisor.  Police officers worldwide have a common bond, which we call a law-enforcement brother-sisterhood.  We always help one anther no matter what police department or country.
That year I received a flyer asking for help with a group of Saudi Arabian police officers who had come to the United States to learn English at a local University and attend a police academy in the city that I live in.  The Saudi police officers were looking for homes to live in with host families in order to learn about US customs and to practice the English that they would be learning.
My son is raising my granddaughter as a single parent.  We helped him to find a house next to ours so that we could help in raising her.  I talked to my husband and we decided that it would be good to help these police officers.  It would be an opportunity for our granddaughter to learn about people from another country.  I was told that the young men were Muslims and I was very curious.
An Arizona State University Saudi interpreter brought a young man named Abdul to meet us.  He could speak no English.  We showed him a bedroom and bathroom, which would be his when he stayed with us.  I liked Abdul immediately.  His respectful and kind manner won my heart!
Next Fahd was brought to our home.  He was younger and shyer, but a wonderful young man.  I became their tutor and we shared many discussions about police work, the USA, Saudi Arabia, Islam, etc.  I observed how they helped each other and also the other sixteen Saudi police officers who came to the USA to learn English.  During the year they were here, I came to respect and admire Fahd and Abdul for not letting the American culture have any impact on them.  They went to mosque on Fridays, said their prayers no matter how tired they were, and were always careful of what they ate, etc.  They showed me how to cook some traditional Saudi foods and they took me to Arab markets and restaurants.  They were very kind with my granddaughter.  They showered her with presents, jokes and friendship.
They treated my husband and me with much respect.  Each day, they would call to see if I needed them to go to market for me before they went to study with their fellow Saudi officers.  I showed them how to use the computer, and I ordered Arab papers online and began to search the Internet to learn more about them, their customs and religion.  I did not want to do things that would offend them.
One day, I asked them if they had an extra Quran.  I wanted to read what it had to say.  They sent to their embassy in Washington DC and they got me an English Quran, tapes, and other pamphlets.  At my request, we began to discuss Islam (they had to speak English and this became the focus of our tutoring sessions).  I grew to love these young men, and they told me that I was the first non-Muslim they had ever taught Islam to!  After a year, they completed their studies and training at the police academy.  I was able to help them with their police studies, as I had been a police instructor during my career as a police officer.  I invited many of their brother-officers to the house to help with university projects and to practice English.  One brother had his wife come to stay here in the US, and I was invited to their home.  They were very gracious and I was able to talk to his wife about Muslim dress, prayer ablutions, and similar things.
A week before "my foster sons" were to return home to Saudi Arabia, I planned a family dinner with all their favorite traditional foods (I bought some because I didn’t know how to cook all of them).  I purchased a hijab and an abaya (long Islamic gown).  I wanted them to go home remembering me dressed appropriately as a Muslim sister.  Before we ate, I said the Shahadah (public declaration of faith).  The boys cried and laughed and it was so special.  I believe in my heart that Allah sent the boys to me in answer to my years of prayers.  I believe He chose me to see the truth by the light of Islam.  I believe Allah sent Islam to my very home.  I praise Him for His mercy, love and kindness to me.

My Journey in Islam

My Saudi boys returned to their homeland about a week after my reversion.  I missed them greatly, but was still happy.  I had joined the local mosque as a member almost immediately after my reversion and registered myself as a Muslim.  I was anticipating a warm welcome from my new Muslim community.  I thought all Muslims were like my Saudi boys and the other young Saudi officers whom I had met and spent time with during the previous year.
My family was still in a state of shock!  They thought I would stick with this new religion for a while, become disgruntled, and move on to another religion as I had done all my adult life.  They were surprised at the changes that I began to make in my daily life.  My husband is a congenial man, so when I said that we were going to be eating halal foods and eliminating haram (forbidden) foods, he said, “Okay.”
My next change was removing pictures of people and animals from the rooms in the house.  One day my husband came home from work to find me placing family pictures that had once hung on the walls in our home, in large, handsomely-bound photo albums.  He watched and didn’t comment.
Next I wrote a letter to my non-Muslim family telling them about my reversion and how it would and wouldn’t change our family relationships.  I explained a few of the basics of Islam.  Still my family kept their own counsel, and I continued to work on learning prayer and reading my Quran.  I got active in sister groups on the Internet and this facilitated my learning about my new beliefs.

I also attended a “Fundamentals of Islam” class at the mosque when I could get away from my work.  I was still a state police sergeant and it was difficult – no, impossible to cover.  This became a source of real discontent and concern for me.  Just eight months and I could retire, so I asked for and was granted the right to telecommute from my home three days a week doing planning and research projects.
After the first six months had passed, sisters at the mosque that I attended still hadn’t warmed up to me.  I was disappointed.  I began to feel like an outsider.  I was puzzled and concerned.  I tried to become active in community services with a few sisters who had been friendly towards me.  I looked for the kindness, friendship, and best of manners that were practiced each and every day by my Saudi boys.  I made many mistakes at the mosque, such as talking in the prayer room as I tried to get up and down from the floor.  I went to a community celebration and ate with my left hand; I wore clear nail polish on my trimmed nails and got scolded.  I did wudu (ablutions) incorrectly and was frowned at.  I became very discouraged.
Then one day I received a package in the mail from a sister-friend who I had met on the Internet.  In the package were several abayas, hijabs, silk stockings, and a warm and friendly note welcoming me as her sister in Islam.  She lives in Kuwait.  Next a dear sister sent me a prayer robe and prayer rug she had hand-made herself.  This dear sister lives in Saudi Arabia.  I got an email that had a statement that I always remember at times when I get that “outsider” feeling.  The note said: “I am glad that I became Muslim before I met many Muslims.” This is not an insult.  It was a reminder that Islam is perfect and it is we Muslims who are imperfect.  Just as I have shortcomings, so may my sisters and brothers.  I also began to understand what I personally believe to be one of the greatest gifts that Allah gave to the Muslims: the sister and brotherhood in Islam.
Over the past four years my life has changed dramatically.  My family has come to accept with generosity and tolerance that I am Muslim and will remain Muslim.  All thanks be to Allah for sparing me the trials of so many reverts who must deal with beloved family who strive to dissuade them from Islam.
Gradually, I made some sister friends locally and by cyber space, dozens of sister friends became my Muslim family bringing me support, love and friendship.  It was close to my first year as a Muslim that I became ill with a series of life-threatening diseases.  I clung tight to the rope of Islam and was grateful for the black seed tea and ZamZam water that my sister-friends sent me from around the world along with their daily du`aa’ (supplications).
As my health continued to fail and I grew weaker physically, I had to discontinue community service work and became more isolated from the local Muslim community.  I continued to work hard on my prayer, having great difficulty with the Arabic pronunciation but not giving up.  My Islamic teacher made some cassette tapes, and a sister brought them to my home to help me.  After two years, I had learned to recite four Surahs (chapters) of the Qur’an.  This may seem like a small number to most Muslims, but for me it was a very big accomplishment.  I set about learning the words for the other parts of prayer; another two years of struggle.
During the early part of my third year as a Muslim, I suffered a heart attack and had heart surgery.  It was a sad time for me, as I knew that I would never again touch my head to the floor when praying, but would forever have to sit in my chair and pray.  It was at this time that I truly understood the provision from Allah that Islam is the religion of ease.  Praying while seated in a chair is acceptable; not fasting when one is sick is acceptable.  I did not have to feel that I was less a Muslim because of these circumstances.
After visiting several mosques and observing that they were like mini United Nations, I began to see that the small groups within the mosque were mostly formed because of language and culture and not because of liking or disliking any person.  I felt good that regardless of these differences, I could always count on a smile and an “As-Salaam’ Alaykum!”
After a while, I began to gravitate towards sisters who are reverts to Islam like me.  We have much in common – we experience many of the same trials, such as non-Muslim family members, difficulty pronouncing Arabic, being lonely on Muslim holidays, and not having a family member to break fast with during Ramadan.  Sometimes our reversions meant losing life-long friends who just couldn’t accept our new habits, or it was because of our discontinuance of activities common to non-Muslims, such as dancing and mixing in groups.
As I grew less able to do community services, I searched for some way to contribute to the greater Muslim community.  I continually asked Allah for His help in this.  One day, my young granddaughter suggested that I write books about my Saudi boys, Islam, and my family’s experience with Islam.  I decided to write the books and also include stories about a group of young girls, both Muslim and non-Muslim, who were friends.  The stories would include the young girls’ problems encountered at school and at home and I would use my knowledge of Islam as a guide for these book characters.
I began writing a book series that I called Islamic Rose Books.  I created an e-group for sister authors and aspiring writers and this developed into the creation of the Islamic Writers Alliance.  The Alliance is an international organization created to provide support for female Muslim authors and aspiring writers.  Our main goal is to help each other promote our works to readers and publishers.  I also decided to help two Muslim food banks by creating databases that help them to track their inventory, clients, and contacts and to create reports necessary for funding purposes.  I decided that I would spend a large portion of my profits from book sales to buy books for Islamic children’s libraries.  I have discovered that many such libraries have lots of empty shelves where Islamic books belong.
I still have much to learn about Islam.  I never tire of reading the Qur’an and one of my favorite pastimes is reading about prominent, historical Islamic figures.  When I am unsure about something in Islam, I look to the Sunnah of the Prophet (peace be upon him).  I see how he responded to situations and use this as my guide.  My journey in Islam will continue, and I look forward to many new experiences.  I thank Allah daily for His Mercy and Love.

Tuesday, August 23, 2011

Muhammad Danial - Jangan Melayukan atau Arabkan Islam

ARKIB : 13/08/2004
http://www.utusan.com.my


Oleh ZUARIDA MOHYIN

PERUMPAMAAN `Tak kenal maka tak cinta', kalaupun tidak sepenuhnya tepat namun ada juga kesesuaiannya apabila menyentuh kisah perjalanan Ketua Bahagian Kebajikan, Perkim Cawangan Pergerakan Belia, Wilayah Persekutuan, Muhammad Danial Au Yang Leong Hock, 36, terhadap Islam.

Pemuda kelahiran Pulau Mutiara ini mengakui, sebelum menerima hidayah daripada Allah s.w.t., pandangannya tentang Islam benar-benar negatif.

``Saya ingatkan Islam itu pentingkan satu bangsa sahaja iaitu bangsa Melayu. Kalau masuk Islam tu tandanya dah jadi orang Melayu.

``Selain itu, saya juga lihat amalan mereka (orang Islam) terlalu ketat seperti terpaksa berlapar daripada makan dan minum kerana berpuasa, sembahyang lima kali sehari dan rapuhnya ikatan perkahwinan kesan daripada amalan poligami.

``Tidak memahami ibadah-ibadah ini menyebabkan timbul perasaan anti Islam dan merasakan Islam itu menjadikan seseorang terkongkong.

``Tambah pula, apabila mendengar laungan azan berkumandang, hati serta merta boleh bertukar menjadi marah,'' imbas Danial dalam pertemuan di pejabatnya yang terletak di Taman Pertama, Cheras, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Menguasai, insiden kematian neneknya kira-kira lapan tahun lalu menjadi titik-tolak yang sama sekali mengubah pandangannya mengenai Islam.

Menurut Danial, sewaktu menghadiri majlis kematian tersebut, beliau baru sahaja mengetahui bahawa salah seorang sepupunya telah berkahwin dengan wanita Melayu.

Lebih mengejutkan Danial, apabila sepupunya yang telah memeluk Islam dan isterinya itu sanggup datang dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang neneknya.

Sedangkan makciknya sendiri, tidak menghadiri majlis tersebut dengan alasan bimbang serta takut terkena badi orang mati.

Saat itulah kata Danial, terdetik di hati kecilnya bahawa ada sesuatu yang tidak kena atau istimewa mengenai agama Islam itu dan beliau berhasrat mendalaminya.

``Untuk tidak menimbulkan kerisauan keluarga terutamanya ibu, saya beritahu ibu bahawa saya mahu membuat kajian tentang kepelbagaian agama di negara ini, salah satunya agama orang Melayu (agama Islam) inilah.

``Tetapi hakikatnya, saya mahu mendalami agama Islam berbanding agama-agama lain yang ada. Kenapa ia (agama Islam) begitu toleransi dan fleksibel?

``Malahan selama sepuluh tahun dalam pencarian tersebut, saya sudah lapan kali mempraktikkan puasa Ramadan termasuk puasa enam (bulan Syawal) sekali, sebelum memeluk Islam,'' cerita Danial yang secara sah mengucap dua kalimah syahadah pada penghujung tahun 1999 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut Danial, cabaran pertama yang dihadapai apabila memeluk Islam ialah dipulaukan oleh keluarga, saudara mara dan teman-teman.

Malah sehinggakan ibunya sendiri mengugut akan membunuh diri sekiranya beliau nekad dengan hasrat pengIslamannya.

Anak kedua daripada lima adik-beradik ini turut ditawarkan ganjaran wang yang lumayan, jika beliau menarik balik keputusan pengIslamannya.

Namun, semua itu dihadapi secara tenang dan lebih banyak mendiamkan diri agar tidak menyinggung perasaan ibu.
Bagi Danial yang sebelum ini beragama Buddha, harapan ibu bapa terhadap anak lelaki cukup tinggi, lantaran itu tidak hairanlah ibunya begitu kecewa dengan keputusan beliau.

Tambahan pula, Danial yakin tentangan ini wujud kerana kurang kefahaman tentang Islam itu sendiri.

Hal ini tidak hanya dialami di kalangan bukan Islam, malah umat Islam sendiri ada yang tidak menghayati Islam secara betul.

``Saya banyak berhutang budi dan berterima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) kerana di sinilah saya memperoleh gambaran Islam yang sebenar.

``Kalau dahulu, saya kaji tentang Islam melalui teman-teman tetapi mereka juga kekurangan ilmu. Saranan mereka agar pergi ke Perkim saya sahut.

``Alhamdulillah, setelah kenal dan faham Islam barulah boleh berjuang untuk Islam. Lantaran itu, saya terpanggil membantu balik Perkim untuk sebarkan Islam,'' azam Danial yang mengenali Perkim selepas setahun memeluk Islam.
Namun kini yang membimbangkan Danial ialah di kalangan umat Islam itu sendiri wujud segelintir pihak yang gemar menggoyahkan kesucian Islam dengan perkara-perkara yang semakin mengelirukan bangsa lain.

Harapan beliau agar umat Islam jangan sekadar Islam pada nama sahaja tetapi mestilah beragama dan bertauhid.
Di samping itu mestilah sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu di dada. Kesibukan dunia bukannya alasan kerana kehidupan di dunia adalah satu persinggahan, akhirat juga kekal selamanya.

Pinta Danial lagi, agar Islam jangan diMelayukan atau diArabkan. Islam adalah agama untuk semua kerana tanpa Islam, bumi akan rosak. Oleh itu wajiblah kita sebagai hamba-Nya, taat kepada Allah Yang Esa.

Berkongsi antara faktor lain yang menarik Danial kepada Islam ialah melalui pembacaan daripada terjemahan beberapa ayat-ayat al-Quran. Antaranya, saranan untuk mengenali diri sendiri.

Jangan menyangka kita hebat di dunia ini kerana ada yang lebih hebat dan berkuasa daripada kita. Hakikatnya, makhluk manusia adalah salah satu ciptaan Allah yang kerdil.

``Malah ungkapan awal beberapa ayat di dalam al-Quran sering dimulakan dengan ungkapan `Wahai orang-orang yang beriman'. Ini membuktikan Islam adalah agama untuk semua bangsa.

``Manakala melalui kisah riwayat Rasulullah s.a.w., ia membuatkan saya begitu tersentuh dan menangis. Betapa baginda seorang yang sabar. Jika dibandingkan perwatakan baginda dengan diri umatnya memang cukup berbeza.
``Sementara buku berkaitan mati juga meninggalkan kesan mendalam. Bagi Islam, orang yang paling pintar ialah orang yang sentiasa mengingati mati.

``Berbeza dengan kepercayaan bangsa Cina, paling pantang jika mengingati mati atau dalam bahasa pasar, `suey','' kata Danial yang juga merupakan seorang ejen insurans.

Menyentuh bagaimana mengenal pasti kecantikan Islam terang Danial, seseorang Muslim itu, sama ada mereka Islam keturunan atau yang baru memeluk Islam, harus faham terlebih dahulu selok belok Islam sebanyak yang mungkin.
Perolehan ilmu itulah yang akan membantu seseorang Islam menghayati kecantikan agama Islam itu sendiri.

Akui Danial yang juga berpeluang menunaikan umrah pada tahun 2002 lalu, kehidupannya selepas Islam cukup tenang malah banyak perubahan positif berlaku di dalam hidupnya selepas memeluk agama Islam.

``Kali pertama saya peluk emak, emak tahu saya sudah masuk Islam. Kalau sebelum ini saya pijak semut pun tidak mati di hadapan emak, tetapi di belakang emak banyak perkara buruk yang dilakukan.

``Kini Islam menjadikan saya seorang anak yang taat dan menghormati orang tua. Pesanan seorang imam di kampung agar saya benar-benar bergelar seorang mukmin sejati, mencetuskan tekad untuk belajar Islam secara yang benar bukan semberono.

``Syukur, kini saya sudah boleh membaca dan memahami al-Quran dan masih meneruskan kelas al-Quran di sebuah surau di Sentul, tiga kali seminggu selepas kerja hingga ke pukul 1.00 pagi,'' kata Danial yang tidak putus-putus mengingatkan penulis agar sentiasa menyebarkan dakwah walau sepotong ayat.

Monday, August 22, 2011

Pastikan air radiator kereta anda mencukupi sebelum perjalanan pulang berhari raya

Hari ini aku telah membuat persiapan awal untuk balik ke kampung dengan check kereta. Aku nak kata pandai serba tahu pasal kereta tu tak adalah, tapi setakat basic tu boleh la dari tak tahu langsung. Part yang aku check ari nie adalah radiator satu sistem penyejuk enjin.

Tugas utama radiator adalah untuk meminimumkan suhu enjin yang memanas ketika berfungsi dan kegagalan radiator berfungsi dengan sempurna menyebabkan enjin menjadi terlalu panas sehingga boleh menyebabkan beberapa komponen lain akan turut gagal melakukan tugas dengan baik.

Kebanyakan radiator dipasang di bahagian depan enjin atau lebih tepat di belakang gril kerana kedudukan itu terbukti sesuai untuk menyejukkan enjin dengan tolakan angin ketika kenderaan bergerak. Tapi ada juga model kereta menempatkan radiatornya di sebelah enjin sama ada kiri atau kanan.

Radiator mengandungi tiga bahagian penting iaitu atas, jejaring radiator dan tangki bawah. Jejaring radiator pula mempunyai ratusan lubang kecil yang berfungsi sebagai penyerap air yang mengalir dari atas ke bawah tangki, mengikut pusingan bahagian penyejuk pada bahagian enjin.

Setiap kali air mengalir ke ratusan lubang kecil itu akan menghasilkan air sejuk dengan bantuan angin ketika kereta bergerak. Sesetengah kereta pula menggunakan radiator jenis pengaliran melintang (crossflow), sistem yang dianggap memberi manfaat kepada enjin kenderaan berat.

Cara radiator berfungsi ialah menerusi pusingan air dari tangki ke dua saluran tiub yang dipasang ke bahagian atas dan bawah tangki ke enjin. Kegagalan pusingan itu berfungsi dengan normal akan menyebabkan enjin menjadi panas. Penyebab utama kegagalan radiator biasanya disebabkan tangki tersumbat oleh kepingan logam atau tangki berkarat kerana jarang dicuci. Karat tersebut juga boleh menyebabkan tiub penyambung atau radiator bocor.

Kita boleh mengelak perkara itu berlaku dengan menggunakan air suling atau air mineral untuk dimasukkan ke dalam tangki penyejuk. Selain itu ada juga yang menggunakan 
coolant sebagai ganti air dengan sedikit air bateri (air bateri tanpa kimia).



Abdul Rahman Siva - Setiap kejadian ada hikmah tersirat

ARKIB : 11/06/2004
http://www.utusan.com.my


Oleh ZUARIDA MOHYIN

BAGAIMANAKAH perasaan anda sekiranya dihalau keluar dari rumah, dipulau keluarga terdekat dan saudara mara, diugut bunuh serta dibelasah tanpa usul periksa kerana percayakan Allah s.w.t.?

Insiden-insiden di atas ini kedengarannya begitu mengecewakan, namun berlainan pula pandangan yang dipegang Pegawai Mualaf di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Ustaz Abdul Rahman Siva Abdullah, 37, yang melihat pengalamannya ini dari sudut positif serta menganggap semua itu sebagai hikmah daripada Allah s.w.t.

Malah kepercayaan dan keyakinannya bahawa setiap yang Allah s.w.t. takdirkan, waima perit sekalipun ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.

Ia bertepatan dengan firman Allah s.w.t.: Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Inna lillahi wa inna ilaihi raji`un. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah: 155-157).

Berasal dari Shah Alam, Selangor, Abdul Rahman mengucap dua kalimah syahadah pada 5 Julai 1991 selepas bertahun-tahun membuat kajian dan perbandingan terhadap beberapa agama di Malaysia, seperti Kristian, Buddha dan agama tradisi keluarganya iaitu Hindu.

``Semenjak di bangku sekolah menengah lagi saya sudah melibatkan diri dengan misionari Kristian dan boleh dikatakan bergiat aktif dalam menarik orang lain bertukar daripada agama asal kepada agama Kristian.

``Waktu itu saya hanya membuat perbandingan agama antara agama Hindu dengan Kristian. Pengetahuan tentang agama Islam kosong.

``Namun, semakin lama saya mendampingi agama ini, timbul rasa tidak serasi terhadap agama Kristian. Kami selalu buat perjumpaan dan dalam majlis ini, saya lihat, lelaki dan wanita terlalu bebas dan minum minuman keras,'' cerita Abdul Rahman yang bertahan selama lima tahun sahaja dalam gerakan tersebut.

Kekecewaan ini menyebabkan Abdul Rahman membuat sekali lagi percubaan mencari agama terbaik.

Kali ini, pencarian tersebut melalui kaedah pemerhatian dalam kehidupan masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Persoalan pertama yang wujud, mengapa di dalam Islam, orang lelakinya sahaja bersembahyang di masjid tetapi tidak bagi wanita.

Soalan tersebut telah diajukan kepada seorang hamba Allah, dan penerangan terperinci itu mencetuskan minat Abdul Rahman untuk mendalami agama yang dirasakan cukup menarik dan berbeza itu.

``Apabila ke masjid pula, melihat orang bersolat dan mengaji al-Quran, hati saya begitu tersentuh dan suka mendengarnya walaupun tidak faham maksudnya.

``Kisah lebih 25 tahun lalu terungkai kembali. Dahulu pada zaman kanak-kanak, saya suka mempersendakan azan setiap kali ia berkumandang.

``Pakcik saya pernah menegur sikap kurang sopan saya masa itu dengan mengatakan kita mestilah menghormati agama lain. Mungkin ini semua telah tertulis sebagai qada dan qadar Allah s.w.t.,'' akui Abdul Rahman yang diIslamkan oleh Datin Wahidah Abdullah di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut beliau lagi, solat yang merupakan tiang agama, bukan sekadar memberi ketenangan dan ketenteraman. Malahan, pengamalannya sendiri akan memperbaiki akhlak seseorang itu.

Akui beliau, nasihat seorang teman, Haji Hafiz Kausari ketika mula-mula memeluk Islam, cukup terkesan di dalam diri Abdul Rahman.

``Tiga nasihatnya kepada saya iaitu, jangan mengharapkan pertolongan orang, tidak berbohong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan, saya amal dan ingat hingga ke hari ini,'' kata Abdul Rahman mengenai abang angkatnya yang ditemui di Masjid Pakistan, Kuala Lumpur.

Menyentuh tentang penerimaan keluarga, kata anak sulung daripada 11 adik beradik ini, keluarga tidak dapat menerima pengIslamannya.

Oleh kerana itu, Abdul Rahman menetap di rumah perlindungan untuk saudara baru di Seksyen 19, Shah Alam.

Jelas beliau, keadaan pada masa itu diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kerana bukan sahaja `kehilangan' keluarga tetapi telah dilayan buruk oleh seorang yang berbangsa Melayu dan mengaku beragama Islam.

``Tekanan demi tekanan ini membuatkan saya tidak dapat menahan kesedihan hingga mengalirkan air mata serta mempersoalkan mengapa diri saya dicaci dan dihina sedemikian rupa?

``Alhamdulillah, saya tidak mengaku kalah, malah kejadian tersebut telah membangkitkan semangat dan keazaman untuk mempelajari agama Islam dan membuktikan kepada diri sendiri dan orang ramai bahawa saya mampu berjaya.

``Saya tidak putus-putus berdoa, malah keyakinan saya bertambah kuat terhadap ayat al-Quran dan kuasa doa, selepas satu insiden saya dikejar orang dengan niat membunuh.

``Saya cuba membaca sepotong ayat di dalam surah Yasin yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. semasa baginda dikepung oleh pihak musuh.

``Dengan kuasa Allah, orang tersebut dikaburi matanya dan saya terselamat,'' cerita Abdul Rahman dan menambah insiden tersebut menjadikan beliau semakin yakin dengan ayat suci al-Quran.

Selain itu, sewaktu mengerjakan umrah atas tajaan JAIS pada tahun 1996, Abdul Rahman sebelum itu suka mendengar bacaan al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Sudis dan Ustaz Saad al-Ramidi.
Semasa di Tanah Suci Mekah, beliau berdoa agar dapat membeli kaset dua orang ustaz berkenaan.

Sekembalinya ke Malaysia, Abdul Rahman begitu terkejut kerana dua buah kaset yang dibelinya semasa di Madinah adalah bacaan dua ustaz tersebut.

Seperkara lagi, surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul'', lebih memupuk kecintaannya kepada Allah s.w.t.
Abdul Rahman mula berkhidmat di JAIS sebagai Pegawai Percetakan pada tahun 1993. Pada tahun 1996, beliau menjadi guru agama sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Mualaf setahun kemudian sehinggalah sekarang.

Berkongsi pengalaman beliau dalam menyampaikan syiar Islam, Abdul Rahman bercerita terdapat beberapa halangan, antaranya, di kalangan segelintir orang Islam sendiri yang menganggap kerja dakwah tidak penting serta penganjuran program sebagai satu pembaziran.

Kedua, salah anggap orang bukan Islam terhadap agama Islam itu sendiri. Lebih-lebih lagi, dalam suasana pihak tertentu memburukkan imej Islam dan kebimbangan mereka akan kehilangan identiti bangsa sekiranya memeluk Islam.

``Hal-hal ini mampu diatasi melalui kursus berterusan yang dikenali sebagai kursus intensif saudara baru selama lima hari.

``Dalam program ini, peserta akan diberi input tentang rukun Islam, rukun iman dan luahan masalah,'' kata Abdul Rahman bersyukur kerana sembilan orang ahli keluarganya turut menerima hidayah Allah s.w.t.
Tambahnya, beliau lebih suka memberi peluang kepada saudara baru ataupun mereka yang berminat mengenai Islam meluahkan perasaan sebelum mencari strategi serta jalan penyelesaian.

Kemudian, diadakan program ziarah, agar timbul keselesaan dan kemesraan antara mereka.
Secara tidak langsung katanya, timbul minat untuk mengetahui tentang cara hidup seorang mukmin.
Ikatan perkahwinan Abdul Rahman dengan Annur Abdullah, 27, yang dibina pada tahun 1997, dikurniakan dua orang cahaya mata; Mohd Nurdin, 6 dan Mohd Ismail, 5 tahun.

Abdul Rahman amat berterima kasih kepada pihak JAIS dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) serta orang perseorangan, antaranya Yusoff Ong, Ustaz Rosli, Ustaz Sirajuddin dan Ustaz Amir Marzuki kerana banyak memberi bimbingan selama ini.

Sunday, August 21, 2011

Amal ibadah jadikan hati lembut

ARKIB : 25/03/2005
http://utusan.com.my


DALAM banyak-banyak peristiwa luar biasa yang tercatat dalam sejarah umat Islam, kisah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. diangkat ke tujuh lapisan langit, telah mengubah pegangan kepercayaan dan membuka minda serta hati Waheeda Kamalam Ambigay Abdullah, 57, sekali gus mengakui dan meyakini kebenaran yang dibawa oleh Islam kepada seluruh umat manusia.

Malah akui pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor ini lagi, sebelum pengIslamannya, beliau kerap bermimpi melihat corak kalimah syahadah yang terbentuk daripada gumpalan awan tetapi tidak berhasrat langsung mencari maksud yang tersirat di sebalik mimpi itu.

Apatah lagi, kata Waheeda, pandangan dan penerimaan beliau terhadap agama Islam pada masa itu agak negatif.
``Kisah Israk dan Mikraj tidak pernah saya jumpa dalam mana-mana kitab agama lain. Manakala, kejadian mimpi pula dialami berulang-kali.

``Malah melalui mimpi ini jugalah saya mengenali serba sedikit tentang agama Islam.

``Namun disebabkan sejak kecil lagi, saya memang seorang yang boleh dikatakan anti-Islam. Jadi, apa sahaja yang berbau Islam akan ditolak mentah-mentah.

``Sehinggalah pada satu peringkat di mana saya diajukan satu soalan, mengapa saya benci sangat kepada Islam oleh seorang teman.

``Sejak itu, saya mula terfikir. Dan bertitik-tolak dari situ, bermulalah pengkajian mendalam saya tentang Islam,'' cerita Waheeda membongkar kisah silam lebih 35 tahun lalu.

Berbalik kepada kisah mimpi yang dialaminya, kata wanita berbangsa India ini, beliau pernah menceritakan pengalaman unik tersebut kepada kenalannya, respons yang diperoleh kuat mengatakan itu adalah petanda kepada pengIslaman beliau.

Terang Waheeda lagi, beliau kurang percaya tetapi tidak menolak kemungkinan ia menjadi satu kebenaran.
Pun begitu, janji Waheeda, kebenaran perlu dicari terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan besar, terutama yang melibatkan perjalanan hidupnya.

``Alhamdulillah pada usia 20 tahun, dengan penuh rasa tawaduk dan keikhlasan, akhirnya saya mengucap dua kalimah syahadah di Institut Dakwah Islamiah Perkim yang pada masa itu terletak di Wisma Selangor, Petaling Jaya.

``Malah beberapa tahun selepas itu, dalam mencari-cari seorang yang mampu menjadi pembimbing kepada diri yang bergelar saudara baru, Allah s.w.t. ketemukan jodoh saya dengan Raws Shariff bin M. Sharrif. Kami berkenalan singkat dan terus diijabkabulkan,'' kata Waheeda yang ditemui di pejabatnya di UIAM, Petaling Jaya.

Bagi wanita yang berasal dari Puchong, Selangor ini, Raws Shariff, yang berasal dari Pakistan dan telah mendapat kerakyatan Malaysia, merupakan seorang suami dan juga teman yang banyak memberi dorongan, bimbingan dan pemangkin semangat ke atas kejayaan yang dimilikinya sekarang ini.

``Saya bersyukur kerana dikurniakan Allah s.w.t. seorang insan yang bergelar suami yang baik, memahami, bertanggungjawab dan paling penting membimbing diri yang sebatang kara selepas pengIslaman.

``Suami banyak mendorong saya untuk belajar dan mendalami ilmu agama. Sungguhpun pada masa itu hubungan saya dengan keluarga kandung tidaklah dikira berkrisis besar. Antara kami baik tetapi agak dingin.

``Namun, kehadiran suami benar-benar tepat pada masanya. Beliaulah yang menjaga saya semasa sakit bersalin, menjaga anak, mengurus keluarga malah beliaulah yang menggalakkan saya melanjutkan pelajaran,'' terang Waheeda yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Tokoh Saudara Kita oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Februari lalu.

Waheeda memiliki Diploma Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UIAM. Kemudian menyambung pengajiannya dalam bidang perundangan peringkat Sarjana Muda dan Sarjana di UIAM.
Malah sebelum beralih angin ke bidang pendidikan, beliau juga mempunyai pengetahuan luas dalam selok-belok undang-undang sivil dan syariah.

Bertepatanlah dengan penganugerahan yang pernah diterimanya, iaitu Pendakwa Syar`ie wanita pertama di Negeri Selangor.

Kini, anak kelapan daripada sembilan adik-beradik ini, giat menghasilkan kertas kerja dan risalah yang menyentuh soal perundangan, mualaf dan isu-isu perbandingan agama.

Selain itu, beliau juga menterjemah Enakmen Wakaf Selangor tahun 1999 ke Bahasa Inggeris.

Penglibatan Waheeda dalam persatuan juga tidak kurang seriusnya. Beliau adalah Penasihat Undang-undang Persatuan Al-Hidayah dan ahli jawatankuasa Al-Hunafa.

Menyedari kelebihannya dalam bidang perundangan, ibu kepada lima orang anak ini sanggup mengorbankan masanya dengan aktiviti kaunseling kepada mualaf, menjadi ahli panel forum di media-media elektronik serta pensyarah sambilan.

``Saya benar-benar bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tanpa sokongan suami dan anak-anak, pasti usaha dan kerja amal bakti ini tidak akan bermakna.

``Biarpun sekarang anak-anak sudah besar tetapi saya mengambil keputusan untuk mengurangkan sedikit penglibatan saya terutamanya terhadap

aktiviti luaran,'' ujar Waheeda yang baru pulang dari Mekah selepas menjalani ibadah haji bersama suami tersayang.
Kata beliau lagi, meskipun anak-anak sudah berjaya dalam bidang dan kehidupan berkeluarga masing-masing, hubungan akrab tetap menjadi keutamaan beliau dan suami.

Waima, anak bongsu beliau masih menuntut di Amerika Syarikat, kecanggihan telekomunikasi telah merapatkan hubungan mereka sekeluarga.

Akui Waheeda lagi, sekelumit perasaan kesalpun tidak wujud langsung dalam benaknya semenjak diri bergelar Muslimah. Yang pasti, prinsip sanggup berubah menjadi kunci kejayaan.

``Memanglah pada awalnya saya rasa seperti kehilangan dan sangsi dengan keputusan pengIslaman yang diambil.
``Alhamdulillah, beberapa bulan kemudian Allah memudahkan segala urusan.

``Saya yakin Islam itu ajaib. Allah berkuasa ke atas segalanya. Dahulu saya seorang yang panas baran tetapi sinar Islam mengubah segalanya.

``Kemungkinan daripada amalan dan ibadah, menjadikan hati kita lembut. Malah seperti ada desakan dalaman yang menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu yang bermanfaat sama ada kepada diri, keluarga dan masyarakat,'' cerita Waheeda yang sudah bergelar nenek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...