Tuesday, July 26, 2011

ALLAH TETAP TERIMA TAUBAT WALAUPUN MEMBUNUH 100 ORANG


Satu hadis Nabi s.a.w. yang menerangkan seorang yang sudah membunuh seramai 99 orang. Kemudian dia ingin bertaubat, dan akhirnya dia membunuh lagi hingga menjadikan seramai 100 orang.
Kisah ini sering diceritakan para ulama' dan tokoh pendakwah kita dalam mana-mana kuliah atau pun forum.
Hakikatnya, kisah ini memang menakjubkan, tetapi ia memberi pengajaran yang paling berguna utk kita di zaman mutakhir ini.
Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Cerita ini disampaikan kepada kami oleh Muhammad Ibnul Mutsanna dan Muhammad bin Bassyar (susunan kata Ibnul Mutsanna)
Kedua-duanya menerima hadis ini dari Mu'az bin Hisyam. Hisyam pula menerimanya dari Qatadah, dari Abu Bakar As-Siddiq dari Abi Said Al-Khudry, berkata Ia:
"Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Di antara orang yang hidup sebelum kamu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang manusia."
"Lalu dia mencari seorang yang paling alim untuk bertanya. Maka orang tunjukkan kepadanya seorang pendita. Orang itu lalu mendatangi pendita itu lalu bertanya, bahawa dia telah membunuh 99 orang manusia, apakah masih boleh dia bertaubat kepada Tuhan?
"Pendita itu menjawab: "Tidak…" Maka pendita itu pun dibunuhnya sehingga genap 100 orang manusia. Lalu dia mencari lagi orang yang paling alim di permukaan bumi ini."
"Dia kemudian ditunjukkan orang kepada seorang yang paling alim, dan banyak serta luas pengetahuannya. Lalu dia sudah membunuh 100 orang manusia, masih dapatkah dia bertaubat kepada Tuhan?
"Orang alim itu menjawab: "Dapat dan tidak ada satu halangan baginya untuk bertaubat. Tetapi orang alim itu menasihatkannya untuk berpindah ke negeri tertentu, kerana di negeri itu ramai manusia yang baik-baik yang selalu beribadat menyembah Allah. Beribadatlah bersama-sama mereka.
"Dan orang itu diberitahu jangan kembali lagi ke kampungmu kerana kampungmu itu kampung yang busuk (ramai orang jahat).
"Orang itu pun berangkatlah meninggalkan kampung halamannnya ke negeri yang ditunjukkan itu.
"Di tengah-tengah perjalanan itu tiba-tiba orang itu meninggal dunia. Lalu bertengkarlah mengenai orang itu oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat 'Azab."
"Berkata Malaikat Rahmat: "Orang ini matinya dalam keadaan bertaubat sedang menghadapkan seluruh jiwanya kepada Tuhan."
"Dan berkata Malaikat 'Azab: "Orang ini tidak ada kebaikan sedikit pun. Tiba-tiba turun satu Malaikat lain berbentuk manusia biasa."
Malaikat Rahmat dan Malaikat 'Azab mengangkat Malaikat ini manmade hakim antara mereka.
Malaikat ini memerintahkan untuk mengukur jarak antara tempat kematian itu dengan tempat yang dituju dan tempat asalnya. Ketempat mana yang dia lebih dekat, maka itulah yang menentukan apakah orang ini termasuk sebahagian Malaikat Rahmat dan Malaikat 'Azab.
"Setelah diukur, ternyata ia lebih dekat ke tempat yang dituju. Maka orang itu dibawalah oleh Malaikat Rahmat (masuk syurga tertentu)."
Qatadah Hassan menerangkan bahawa orang itu ketika meninggal dunia naik dadanya (merasa sesak di dalam dadanya).
Di dalam hadis ini diterangkan bahawa ketika kedua Malaikat itu sedang mengukur jarak, Allah lalu memerintahkan kepada bumi yang berada di antara tempat itu dengan tempat yang dituju supaya menjadi lebih dekat.
Begitulah kisahnya yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabatnya, di mana kisah ini menjadi teladan kepada kita semua, iaitu kepada umatnya.
Hadis ini memberitahu kita bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. Sebanyak manapun dosa yang kita lakukan, maka Allah akan menerimanya.
Maksudnya, kita janganlah berputus asa dalam menghadapi cubaan ini. Pintu taubat terbuka, walaupun orang itu sudah membunuh seramai 100 orang, tetapi hatinya tetap yakin mahu bertaubat kerana tidak mahu mengerjakan lagi perbuatan buruk itu.

2 comments:

suhaila-ab said...

insaf makcik..salam kenal...

Laksamana said...

Salam perkenalan cik/Puan suhaila

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...