Thursday, June 30, 2011

10 Kunci Persahabatan Yang Baik



Sabda Rasulullah saw :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Dari Abi Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah Ta’ala pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya:
  1. Imam yang adil,
  2. pemuda yang dibesarkan dalam beribadah kepada Allah,
  3. seorang lelaki yang hatinya selalu terpaut dengan mesjid,
  4. dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah dan berpisah kerana Allah,
  5. seorang lelaki yang dipanggil untuk berbuat maksiat oleh seorang wanita yang memiliki kekuasaan dan kecantikan dan dia berkata saya takut kepada Allah,
  6. dan seorang lelaki yang bersedekah dengan sebuah sedekah kemudian dia merahsiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya”.
  7. Seorang laki-laki yang menyendiri dalam zikir kepada Allah, lalu air matanya berlinang.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim

Artikel ini akan memberi panduan bagaimana untuk menjadi golongan yang ke-4. Semoga kita mendapat manfaat darinya. Wallahualam bissawab

Antara rahsia menjalinkan persahabatan yang baik itu ialah :

1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, lebih baik anda bersikap terbuka.

2. Berpeganglah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda ingin diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain juga akan menghormati anda. Ingat jangan lakukan sesuatu kepada orang lain jika anda sendiri tidak suka perbuatan itu dilakukan kepada anda.

3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4. Hargai pendapat antara satu sama lain, jangan menganggap diri anda saja yang betul.

5. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat masing-masing dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minatnya sendiri.

6. Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang boleh menjejaskan persahabatan anda, beritahulah dengan baik.

7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) memjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka,
tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan, sebagai balasan anda juga sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka.

8. Belajar daripada satu sama lain. Sentiasa lihat kelemahan diri sendiri dan hargai kelebihan kawan anda.

9. Jangan mengata di belakang kawan anda. Berterus terang dan berhemah jika anda tidak menyutujuinya.

10. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana apabila berkata, kalau bergurau biar ada hadnya. Jangan bergurau ketika kawan anda dalam keadaan serius. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...