Tuesday, May 31, 2011

Tutorial untuk Kahwin Dengan Mudah

sekarang dah ada cara untuk korang kawin dengan jimat dan mudah

cara ini adalah dengan menggunakan facebook
1- pergi ke edit profile
2- click featured people
3-nampak relationdhip status kan???
4-click married
5-lepas tu pilih pasangan korang dan save changes
6-tunggu pasangan korang terima nikahnya

senang kan hanya 6 langkah je untuk kawin pada masa sekarang...

Monday, May 30, 2011

Jurutera Pelatih

Kebanyakan projek-projek awam di negara ini akan dipantau oleh jurutera yang dilantik. Namun adakah anda pasti jurutera yang meluluskan sesuatu projek yang telah siap itu bertauliah. Mungkin si jurutera tersebut jurutera pelatih sehingga meluluskan pembinaan seperti ini.

Sunday, May 29, 2011

TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
LUAR NEGARA (MESIR) PENGAMBILAN SESI 2011/2012

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang mendapat keputusan

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010, Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STAM) tahun 2010 dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat tahun 2010
untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun
Pertama sesi 2011/2012 Universiti-Universiti di Mesir.

Cara Memohon

Borang permohonan boleh didapati bermula 29 Mei 2011 dengan memuat turun dari
laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
http://www.maiwp.gov.my/. atau hadir ke pejabat kami di Bahagian Baitulmal MAIWP di
Tingkat 5, Unit Pembangunan Akademik IPT, Bahagian Baitulmal, Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan.

Tarikh Tutup Permohonan:Sebelum @ pada 7 Jun 2011

Komputer Riba Generasi Baru

Saturday, May 28, 2011

Langkah penjimatan petrol

Apakah anda ingin jimatkan petrol tanpa menurunkan status anda sebagai orang bandar atau orang berada? Mungkin ini penyelesaiannya

Friday, May 27, 2011

Apa maksud Higher Education sebenarnya?

Setiap ibu bapa pasti ingin memastikan anak mereka mendapat pendidikan tinggi apabila besar kelak. Namun apakah maksud higher education tersebut?


Adakah gejala sosial yang berlaku sekarang ini akibat dari tersalah terjemah maksudnya atau kerana anak-ana itu sendiri. Fikir-fikirkanlah

Thursday, May 26, 2011

Siapa yang nak picit?


Sekarang kalau pergi mana-mana sekitar KL, pasti anda akan jumpa gerai durian. Itu petanda bahawa musim raa buah dah makin hampir. Beberapa minggu lepas pulak, masuk akhbar mengenai Durian Taji Gajah. Pasti terbayang di minda anda orang makan tahi gajah. Yes sama seperti saya.

Dari artikel tersebut, durian tahi gajah diperolehi apabila gajah yang memakan durian berak. Gajah kebiasaannya akan memilih durian yang terbaik dan memakannya. Disebabkan gajah bukan haiwan yang boleh menguyah durian tersebut, makan durian tersebut tidak dapat dihadam dan akan keluar bersama tahi gajah. Timbul persoalan apakah tak luka perut gajah tu? Wallahualam saya belum pernah check perut gajah yang memakannya.

Rakyat malaysia tanpa mengira kaum pasti akan mengemari durian kerana keenakannya. Pelbagai klon durian muncul sekarang ini. Jika dahulu, durian kampung amat popular, namun kini ramai peminat durian memburu klon D24 dan D yang lain. Jika di pantai timur semenanjung atau utara malaysia, pasti mereka ini akan memburu durian bangkok.

Walau apa pun klon durian yang ada, pengat durian juga pilihan ku.

Wednesday, May 25, 2011

ABC Seksyen 2 Shah Alam

Pada beberapa bulan lepas aku ada ke seksyen 2 Shah Alam. So sebab tengah hari, aku berhenti ler makan kebetulan ternampak food court kat situ. food court nie betul-betul berhampiran bulatan UiTM Shah Alam. Di sini aku jumpa satu menu yang best ler aku rasa untuk share iaitu ABC.

ABC kat sini memang best ler dan x makan pun lagi dah rasa benda tu best. Dengan biskut gulung tu (tak tau nama) dan dia letak buah anggur yang dicucuk pada aiskrim. Bahan-bahan yang digunakan pun banyak. Tapi nasihat aku, kalau korang nak try ABC nie, nasi tu makan sikit jer la kan nanti x habis. Kalau korang nak try pergi ler seksyen 2 Shah Alam dan satu tu jer kedai yang sedia ABC cam nie dan harga pun tak mahal, kalau tak silap RM2.50 jer.

Tuesday, May 24, 2011

Mengapa teriak?

Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanyakan kepada murid-muridnya:

“Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab: “Kerana saat seperti itu ia telah hilang sabar, kerana itu ia lalu berteriak.”

Tapi…” Sang guru balik bertanya, ” Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya disisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Adakah ia tidak dapat berbicara baik-baik?”

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang pada perkiraan mereka adalah logic. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.

Sang guru lalu berkata: “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat.

Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.” Sang guru menjelaskan dengan lebih lanjut:

“Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka bukan hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apa pun, kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula demikian?”

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.

Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun tidak seorang pun yang berani
bangkit untuk memberikan jawapan. ” Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak.

Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mata sahaja amatlah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan. ” Sang guru masih meneruskan:

“Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu.

Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda.”

Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik, acap kali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan lebih banyak.

Monday, May 23, 2011

Manusia Yang Tidak Pernah Puas..

Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di ibu kota. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:

“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”

Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.

Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya.

Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.

Di lantai 1 terdapat tulisan:

LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai
berikutnya.

Di lantai 2 terdapat tulisan:

LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya.

Di lantai 3 terdapat tulisan:

LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”

Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.

Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:

LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”

“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.

Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:

LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.”

Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan: (dia mengesat matanya kerana tidak percaya pada apa yang tertulis)..

LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 7,593,012. Kesemua lelaki yang tidak berguna ada di lantai ini.

Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku.

Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”


MORAL: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.  Jika kita terlalu tamak, kita akan dapat yang paling buruk atau kita kehilangan kesemuanya. Orang tamak selalu rugi.

Sunday, May 22, 2011

Hasilkan ayat anda sendiri

Benda nie aku jumpa kat tenet masa ricky2 tadi. so aku share dengan korang. kalau sudi tu comen ler ayat korang di entry nie yer


i went to the beach with lady gaga, because it was my destiny

i am obsessed with lady gaga and i hate it because i am the weirdest person on earth

i pissed on Barney the dinosaur, because i'm single

i love a duck because you're sexy

Saturday, May 21, 2011

Berita Harian Online | Tragedi Tanah Runtuh: Dua mayat kanak-kanak dikeluarkan

Berita Harian Online Tragedi Tanah Runtuh: Dua mayat kanak-kanak dikeluarkan

PERIHAL FILEM-FILE​M

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:

a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29″, Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku.

“Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan”. ” Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang”.

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan ‘kepala’ Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : “Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat “. ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

11. adegan x pecaya pada agama, dok kutuk pak2 aji selalu jadi pilihan pengarah bagi citer teladan, jalan citer dia mesti org tu excident, dekat nak mati tu baru nak tobat.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki.

Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem ‘A Better Tomorrow’. Tapi best ooo…..

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.


Drama/Filem India/Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si bang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi.Contoh ‘ I’m sorry. I didn’t know that na pere tomhe cha….bla.. ..bla…. bla…’.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Friday, May 20, 2011

Lelaki Menangis Bila…

1. Putus Hubungan Dengan Kekasih

Hasil kajian mendapati lelaki terlalu menyayangi kekasih hatinya pasti menangis bila hubungan terputus.Biasanya lelaki tidak boleh menerima hakikat hubungan cinta berakhir di tengah jalan, dan tidak diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Mereka akan menangis di belakang gara-gara malu.

2. Bila Jatuh Sakit
Ada sesetengah lelaki akan menangis bila jatuh sakit, lebih kronik lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suami akibat penyakit yang dihidapi.

3. Kehilangan Pasangan
Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak boleh terus berlagak macho bila pasangan meninggal dunia. Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat, luka ini lama untuk disembuhkan.

4. Tertekan
Tidak kira bebanan pekerjaan, masalah peribadi dan sebagainya, akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan mudah dengan mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan, namun ia bukan penyelesaian yang baik.

5. Bertengkar dengan Pasangan
Walaupun jumlahnya tidak sebanyak air mata wanita yang mengalir, ada juga lelaki yang tidak sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam rumah tangga. Lebih memburukkan keadaan apabila si isteri meminta cerai atas perbalahan yang berlaku.

6. Melihat anak-anak sakit
Sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan apabila melihat anak-anak mengalami penyakit yang kronik dan tidak dapat disembuhkan lagi.

Thursday, May 19, 2011

Cara Memikat Hati Wanita

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Wednesday, May 18, 2011

Iman seorang budak

Pada masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir untuk mengukuhkan takhta kerajaan mereka. Sihir digunakan oleh pemerintah untuk menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain daripada Allah swt. Rasulullah saw telah memberitahu bahawa ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut usianya. Tukang sihir ini merasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut mencari seorang budak yang bijak dan menonjol pada masa itu untuk mewarisi ilmu dan kesesatannya. Raja itu menunaikan hajat tujang sihir tadi.


Pada suatu hari ketika budak itu berulang alik dari istana, dia telah melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama) dan dia begitu tertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat daripada rahib tadi. Pada suatu hari budak tersebut telah terserempak dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Justeru, timbul idea bagi budak tersebut untuk mengetahui yang manakah benar di antara tukang sihir dan rahib. Lalu dia pun mengambil seketul batu dan melontar kepada binatang tersebut dengan memohon kepada tuhan agar membunuh binatang tersebut sekiranya rahib itu yang benar, Lalu binatang itu tersungkur dan rebah dengan lontaran itu.

Allah swt telah mengurniakan kepada budak tadi kelebihan menyembuh penyakit, antaranya mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan penyakit sopak sambil ia berdakwah dengan memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah maka Dialah jua penyembuhnya. Budak tadi tetap sabar dalam menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit orang ramai. Lalu tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kepada salah seorang pegawai istana yang buta. Tanpa berlengah, dia pun pergi kepada budak tadi untuk berubat. Budak tersebut memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kepada Allah, dia akan berdoa kepada Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya disembuhkan dengan berkat daripada doa budak tadi.

Pada suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis lalu raja berasa hairan apabila melihat pegawai itu tidak buta lagi. Maka dia bertanya: "Siapakah yang menyembuhkan penglihatanmu" . Lalu pegawai tersebut menjawab : "Tuhanku". Maka raja tersebut bertanya lagi: "Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku?" . Pegawai itu menjawab : "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah". Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan itu kerana ia boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Raja telah menyiksa pegawai itu sehinggalah dia memberitahu mengenai budak tersebut.

Apabila budak tadi datang ke istana… raja itu menyangka bahawa budak tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil daripada tunjuk ajar tukang sihirnya. Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila budak tadi mengingkari sihir dan tukang sihir. Sebaliknya budak itu mengajak untuk beriman kepada Allah s.w.t yang Esa.

Apabila raja mengetahui tentang kewujudan rahib, maka diazabnya rahib itu agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar sehinggalah badannya dibelah dengan gergaji. Rahib itu meninggal dunia dalam keadaan mempertahankan aqidahnya. Selepas itu, raja telah merancang untuk membunuh budak itu pula dengan dibawa budak itu ke puncak gunung untuk dihumbankan ke lembah yang curam. Lalu budak itu berdoa kepada Allah. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu. Maka kembalilah budak tadi kepada raja dengan selamatnya dan memberitahu mengenai apa yang berlaku.

Selepas gagal cubaaan pertama, lalu budak itu dihantar pula ke tengah laut untuk dihumbankan ke dasar lautan , lalu berdoalah budak tadi kepada Allah. Doanya dimaqbulkan dan kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Budak tadi kembali semula kepada raja dengan selamatnya. Setiap perbuatan budak itu menjadi buah mulut orang ramai terutamanya berkaitan dengan keberanian budak tersebut dalam menghadapi pemerintah yang zalim itu tanpa rasa gentar dan takut. Raja menyedari akan kelemahannya untuk membunuh budak tersebut maka akhirnya budak itu sendiri memberitahu mengenai satu cara yang membolehkan dirinya dibunuh. Budak itu meminta raja tersebut supaya mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan mengikatnya pada pokok. Kemudian mengambil anak panah daripada simpanannya dan memanahnya dengan berkata : "Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini!". Lalu raja pun memanahnya sebagaimana cara yang disuruh oleh budak itu.

Raja berasa lega apabila budak itu pun meninggal dunia, namun tiba-tiba raja diberitahu bahawa orang ramai yang menyaksikan kejadian itu telah beriman kepada Allah. Raja itu pun dengan segera mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya dengan menghumbankan setiap orang yang beriman kepada Allah ke dalamnya. Namun, semua orang yang beriman itu lebih rela dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka daripada api dunia, begitulah pendirian orang mukmin yang sebenarnya.

Ada seorang wanita yang masih mempunyai anak kecil di dalam pangkuannya yang masih menyusu agak teragak-agak untuk terjun ke dalam parit yang dipenuhi api yang bernyala kerana memikirkan tentang bayinya itu, lalu dengan izin Allah s.w.t bayi kecil itu dapat bercakap kepada ibunya supaya bersabar kerana mereka berada di dalam kebenaran.

Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa yang bermaksud : "Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (Al-Buruuj: 4-11)" .


PENGAJARAN KISAH

1. Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong budak dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada budak itu. Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya.

2. Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan orang yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut sebagaimana budak di dalam kisah ini, pada mulanya budak itu menjadi murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui pengajian yang diperolehi daripada Abid dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu.

3. Iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayah oleh Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam kisah ini.

4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keiman dan keyakinan.

5. Orang kafir sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana digergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah.

6. Kita wajib bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam parit api.

7. Dibolehkan membuat helahan dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran.

8. Orang yang jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi kepada orang lain sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kepada orang lain untuk menyesatkan manusia.

9. Mereka yang benar-benar yakin, istiqomah, dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan.



Kesimpulan

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya. Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam islam.

Seperti kisah Rasulullah s.a.w dengan pamannya Abu Talib:

Abu Thalib menemui Rasulullah saw, dan berkata, ”Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya kaum Quraisy datang menemuiku. Mereka mengatakan begini dan begitu. Maka tetaplah atasku dan atas diriku, dan janganlah engkau membebaniku dengan urusan yang tak sanggup kuatasi.” Rasulullah SAW mengira Abu Thalib terganggu karena perkara beliau ini, tidak mampu lagi melindungi dan berdiri bersama beliau.

Maka beliau berkata, “Wahai paman! Demi Allah! Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan ini, niscaya aku takkan meninggalkannya hingga Allah memenangkannya, atau aku binasa.”

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq: 2-3)

Tuesday, May 17, 2011

Menyelamatkan agama dan aqidah telah menyelamatkan segala-galanya.

Dengan selamatnya agama dan aqidah bagi kaum muslimin, maka terkawallah tanah air, harta kekayaan dan semua yang bersifat benda. Meskipun apabila Nabi s.a.w. meninggalkan Makkah dan berhijrah ke Madinah, pada zahirnya kelihatan musnah semua harta kepunyaan kaum muslimin yang ditinggalkan di Makkah. Kerana kaum muhajirin tidak dapat membawa harta mereka, terutamanya harta kekal. Yang terbawa sekadar perlu. Namun Hijrah Nabi s.a.w. yang bertujuan menyelamatkan agama dan aqidah, pada hakikatnya telah menyelamatkan segala-galanya.

Kerana hijrah Nabi s.a.w. bukan untuk meninggalkan terus Makkah sebagai kota yang terpenting untuk Islam dan kaum muslimin. Kerana Ka'bah terletak di Makkah, tempat melontar jumrah di Mina dan Arafah. Tempat bagi umat muslimin melaksanakan ibadah haji. Justeru itu Nabi s.a.w. telah kembali semula ke Makkah pada ketika yang lain, bagi menyelamatkan kota suci itu dari cengkaman kuffar Quraisy. Kota Makkah kembali semula ke dalam kekuasaan Nabi s.a.w. dan kaum muslimin, tidak dengan kekerasan seperti yang dijangkakan oleh puak musyrikin Quraisy sendiri. Sebaliknya Nabi datang dengan damai dalam peristiwa bersejarah yang dikenali sebagai "Fat-hu Makkah" (Pembukaan kota Makkah).

Pembukaan kota Makkah bererti membuka semula gelanggang pertama yang telah tertutup bagi Islam suatu ketika dahulu, ia dibuka semula dengan kekuatan aqidah kaum muslimin di bawah pimpinan Nabi s.a.w. yang berjaya menyelamatkan agama dan aqidah mereka dari ancaman kafir Quraisy. Dengan agama dan aqidah yang begitu sempurna, memberikan suatu kekuatan yang amat digeruni oleh musyrikin Makkah. Dengan berlakunya peristiwa "Fat-hu Makkah", kota Makkah kembali ke pangkuan kekuasaan Islam tanpa menumpahkan darah.

Berbagai ancaman ketika Nabi s.a.w. berada di Makkah, hingga pada saat akhir hendak berhijrah baginda terus menjadi buruan serta menghadapi ancaman bunuh. Nabi meninggalkan Makkah secara yang amat rahsia, berdua bersama Abu Bakar As-Siddiq. Tetapi kedatangan semula Nabi melalui peristiwa 'pembukaan kota Makkah' dengan sokongan kuat ribuan kaum muslimin Madinah.

Namun kehadiran semula Nabi s.a.w. ke kota Makkah amat digeruni oleh kaum musyrikin Quraisy, kerana Nabi mendapat sokongan padu dari ribuan kaum muslimin Madinah. Tiada seorangpun dari kalangan kafir Quraisy yang berani mencabar ketibaan Nabi di bumi Makkah, walaupun hanya dengan kata cemuhan, kerana mereka telah patah semangat. Tokoh-tokoh Quraisy Makkah kehilangan wibawa di kalangan pengikutnya, disebabkan kehebatan Rasulullah s.a.w. dengan ribuan penyokongnya dari Madinah.

Sokongan padu penduduk Madinah terhadap Nabi s.a.w. menyebabkan musyrikin Makkah patah semangat dan tidak berani menentang Nabi s.a.w.. Mereka sedar sokongan penduduk Madinah adalah disebabkan ajaran yang dibawa oleh Nabi adalah benar. Semestinya mereka tidak mampu untuk 'menongkah arus', akibatnya puak musyrikin yang akan lemas dan tewas oleh rempuhan arus kebenaran Islam. Itulah faktor utama yang menyebabkan kafir Quraisy tidak terdaya untuk angkat muka menghadapi kebangkitan umat muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w..

Banyak iktibar yang diperolehi dari hijrah Rasulullah s.a.w., pertamanya mengenai Saidina Abu Bakar yang dipilih oleh Nabi menjadi sahabat seperjalanan ketika berhijrah ke Madinah. Sedangkan ramai di kalangan sahabat yang lain, terutamanya sepupu Nabi iaitu Saidina Ali bin Abi Talib yang sedia untuk berbakti bagi mengiringi dan menjaga keselamatan Nabi untuk tujuan tersebut.

Para ulama telah meneliti dengan mendalam bahawa hasil dari pemilihan Abu Bakar oleh Nabi s.a.w. sebagai orang kawan atau teman yang kerap di dampingi semasa susah dan senang ketika di Makkah, serta menjadi teman dalam perjalanan hijrah yang sungguh dramatik dan mencemaskan itu, menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. terlalu menyayangi Abu Bakar As-Siddiq. Pemilihan Nabi terhadap Abu Bakar sememangnya tepat, kerana terbukti kesetiaan dalam masa yang begitu genting ketika diburu oleh Quraisy Makkah semasa hendak meninggalkan Makkah.

Seseorang itu tidak tahu kejujuran dan kesetiaan seorang rakan, kecuali apabila telah teruji bersama menghadapi kesusahan. Lazimnya bagi manusia berkawan ketika senang, tetapi berkongsi kesusahan adalah bukti keikhlasan dalam mengharung persahabatan. Siapakah yang sudi mendampingi seseorang ketika orang itu susah, walaupun tidak dipinta. Sesungguhnya Abu Bakar As-Siddiq telah membuktikan keikhlasan dan kejujurannya terhadap usaha dakwah Nabi yang menghadapi penentangan berterusan dari kuffar Quraisy Makkah, sehingga terpaksa mengharungi bahaya buruan yang mengancam nyawa mereka berdua.

Pengalaman hidup Nabi s.a.w. ketika di Makkah, maka baginda mengambil Abu Bakar sebagai sahabat dan rakan ketika menempuh saat-saat kritikal dan genting. Selain Abu Bakar seorang sahabat yang paling disayangi oleh Nabi s.a.w., ia juga membuktikan hubungan erat Nabi s.a.w. dengan para sahabatnya di Makkah seramai kira-kira tiga ratus orang itu, maka paling akrab persahabatan Nabi s.a.w. ialah Abu Bakar.

Keakraban antara Nabi s.a.w. dan saidina Abu Bakar adalah menjadi isyarat bahawa Abu Bakar adalah orang yang paling layak mengganti Nabi s.a.w. setelah ketiadaanya. Walaupun Nabi s.a.w. tidak pernah menyebutnya secara jelas, namun isyarat itu terlalu jelas untuk difahami oleh para sahabat yang lain.

Monday, May 16, 2011

8 penyebab lupa

1. Kadar gula darah tinggi

Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.

Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.

2. Kurang berehat

Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.

3. Berdengkur

Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun.

Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.

4. Metabolisme menurun

Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.

5. Usia lebih dari 65 tahun

Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.

6. Mengalami depresi

Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.

Segera cari pengubatan.Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.

7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur

Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.

8. Terlalu banyak mengambil ubat

Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.

Sunday, May 15, 2011

Kawen Janda 18 Tahun tuuuu

Ada seorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni namanya Budin. Dia dah 3 tahun menduda setelah kematian isteri.

Pada satu hari , Budin yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya. Budin pun cuba la merisik-risik dengan kawannya, manalah tau ada calon yang sesuai.

TokNabe, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Budin kerana dia ada calon yang sesuai. Budin sungguh gembira bila mengetahui calon yang TokNabe nak rekomenkan adalah "janda 18 tahun." Beria-ia benar TokNabe supaya Budin menerima pilihannya.

“Nak ke dia kat aku yang dah tua ni , TokNabe ?” tanya Budin. “Kau tu pun bukannya tua sangat Din, baru 36 tahun, rupa pun hensem lagi, macam Brad Pit apa!” kata TokNabe membodek Budin.

“Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la..” kata TokNabe lagi."

" Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam” kata Budin tanpa berfikir panjang.

TokNabe pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Budin.” kau tak payah susah-susah, semua aku uruskan, kau tau siap” janji TokNabe pada Budin.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu-tunggu oleh Budin, hari di mana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Budin. Hari tu Budin sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan TokNabe di sebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Budin.

Budin segera terbayangkan saat-saat indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Budin disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Budin dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti-nanti oleh Budin, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Budin pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Budin bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Budin mulanya merasakan itu hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Budin, baru la Budin sedar itulah isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18 tahun.

“TokNabeeeeeeeeeee! !!!!!” jerit Budin sambil berlari keluar. TokNabe yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Budin “Kau tipu aku TokNabe!!!” jerit Budin sambil mencekik leher TokNabe. “Tipu apa pulak???” tanya TokNabe bingung. “Kau kata 18 tahun.!!!” balas Budin.

“La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun tapi dia dah menjanda 18 tahun!!!” .

“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu,"

Saturday, May 14, 2011

25 Jenis Perempuan Yang Lelaki Menyampah

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah ***** kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

23. Pakai mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok

24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak ****..lengan himpit **** bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot

Thursday, May 12, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Muhammad Chan bersyukur pengislaman direstui

Oleh: ZUARIDA MOHYIN


KEINGINAN Chan Chean Chuan atau nama Islamnya, Muhammad Chan Abdullah mengucap dua kalimah syahadah berputik sejak enam tahun lalu. Namun, hasrat tersebut terpaksa dipendamkan demi menjaga hati semua pihak terutamanya kedua-dua ibu bapa dan keluarga terdekat.


Pada waktu itu juga, kesihatan Chean Chuan ibarat nyawa-nyawa ikan. Doktor bagai sudah putus harapan dengan menyarankan agar beliau dibawa pulang ke rumah.

“Sejak disahkan menghidap penyakit buah pinggang pada tahap kronik, kehidupan saya berubah sama sekali.

“Rutin seharian saya dihabiskan dengan berbaring di kerusi malas. Saya rasa tidak bermaya langsung, cepat letih dan mengalami bengkak-bengkak keseluruhan badan, walaupun telah diberikan suntikan bagi membolehkan saya membuang air kecil.

“Sayangnya, rawatan itu tidak berfungsi malah saya terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat, kesan pengambilan ubatan itu,” kata Muhammad Chan, 55, yang kini sudah sembuh sepenuhnya selepas puas berikhtiar.

Seperkara yang diakui Muhammad Chan mengenai beberapa asbab yang membawa kepada pengislamannya, selain menggemari kelunakan bilal melaungkan azan, meskipun tidak memahami maksudnya, beliau juga tertarik dengan salah satu ibadat wajib bagi penganut agama Islam iaitu melihat mereka mendirikan solat terutamanya solat Jumaat.

Katanya, melihat umat Islam berjemaah membuktikan satu disiplin serta kesatuan yang teguh. Kewajipan mendirikan solat lima waktu dalam sehari malah tidak termasuk solat sunat yang lain, turut menjelaskan betapa rapatnya hubungan seseorang Muslim itu dengan Allah. Ia secara tidak langsung menyedarkan saya betapa kita perlu kepada-Nya walau sesibuk manapun kita.

“Ini tidak pula kalau kita lihat kepada ibadat puasa, zakat dan lain-lain. Hakikatnya, syariat di dalam agama Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Malah Islam itu merangkumi segala aspek dalam kehidupan. Yang pastinya, Islam itu tidaklah terlalu susah kalau hati kita benar-benar inginkannya ditambah dengan hidayah yang diterima.

“Sebenarnya, saya sudah lama berkehendak kepada agama Islam ini tetapi pada masa itu, saya tidak tahu bagaimana caranya. Sehinggalah bila saya berjumpa dengan seorang teman dan dia membawa saya ke Pejabat Agama Islam di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor untuk melakukan pengislaman,” terang Muhammad Chan yang mengucap dua kalimah syahadah setahun lalu.

Menariknya tentang kisah pengislaman anak kedua daripada empat adik-beradik ini, keputusannya bergelar Muslim langsung tidak mendapat tentang ahli keluarga yang lain, waima isteri dan tiga anaknya.

Kemanisan pengislaman Muhammad Chan tambah bermakna apabila isterinya juga menurut jejak langkah bergelar Muslim tiga bulan kemudian dengan menggunakan nama, Aminah Lee Abdullah.

Pengislamannya dilakukan oleh ustaz Yusuf Abdullah di Pejabat Agama Islam Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.

Lazimnya, anak-anak dan adik-beradik akan menentang apabila diberitahu bahawa ayah atau adik mereka hendak masuk Islam. Namun berlainan pula reaksi yang dialami oleh pasangan Muhammad Chan dan Aminah Lee.

“Sebelum saya memeluk Islam, saya ada beritahu abang sulung. Saya agak terkejut kerana abang saya yang merupakan seorang penganut Buddha yang taat dan pengamal vegetarian hampir 15 tahun, langsung tidak menentang.

“Malah dia menasihatkan saya agar menjadi seorang Muslim yang sejati bukan atas dasar suka-suka ataupun berkepentingan lain,” kata Muhammad Chan yang sentiasa murah dengan senyuman.

Malah ditanya kepada anak sulung Muhammad Chan iaitu Amos Chan, 31, katanya: “Agama Islam bukanlah asing bagi saya. Ini kerana saya banyak bergaul dengan orang Islam sama ada di alam persekolahan mahupun pekerjaan.

“Jadi, apabila ayah dan ibu mengambil keputusan untuk memeluk Islam, kami tidak sekali-kali menganggapnya sebagai sesuatu yang memalukan malah kami hormati pilihan mereka berdua.

“Jika agama yang mereka pilih itu menggembirakan, tidak ada sebab kami adik-beradik menentang,” kata Amos yang mengendalikan kilang pengeluaran jus minuman di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Di samping itu, akui Muhammad Chan, selepas bergelar Muslim, kehidupannya lebih tenang dan tenteram. Apatah lagi, dengan kenikmatan kesihatan yang sudah sihat sepenuhnya serta lebih memahami apa yang dimaksudkan nikmat sihat sebelum sakit.

Walau bagaimanapun, beliau akui mengalami cabaran di awal pengislaman iaitu dalam mendirikan solat terutamanya dari segi bacaan. Alhamdulillah, dengan adanya ilmu sewaktu mengikuti kursus-kursus jangka pendek anjuran Pejabat Agama Islam Kuala Kubu Baru dan mendapat bimbingan daripada ustaz Yusuf Abdullah serta ustaz-ustaz lain, perkara itu berjaya diatasi.

“Pokok pangkalnya, kita sendiri kenalah berusaha. Saya pernah pergi ke satu kursus di mana saya lihat dengan mata kepala saya sendiri, bagaimana orang yang Islam kerana sebab tertentu, bukan ikhlas kerana Allah. Saya jadi malu dan tidak menyangka ada yang berniat untuk kepentingan tertentu.

“Dalam bab belajar, saya percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Malah Allah telah berjanji mempermudahkan setiap usaha terutamanya kepada hamba-Nya yang berusaha ke arah lebih mengenali dan memahami Islam, insya-Allah,” jelas Muhammad Chan yang gembira bisnes kedai makannya kini semakin mendapat sambutan sejak pembukaannya kira-kira tujuh bulan lalu.

Ustaz Yusuf Abdullah yang turut serta dalam pertemuan pada pagi Krismas itu mengakui, semenjak mengenali Muhammad Chan sewaktu mengislamkan Aminah Lee, komitmen pasangan ini kepada Islam contohnya dalam melaksanakan solat, puasa wajar dicontohi golongan mualaf lain.

“Apabila saya diminta untuk menyamak kedai makannya, saya agak terkejut dengan keprihatinannya yang belum setahun memeluk Islam. Ditambah pula, kedainya turut menyediakan kemudahan bilik solat kepada pelanggan. Ini juga memudahkan dirinya, isteri dan pekerja Muslim melaksanakan ibadat solat.

“Beliau juga seorang yang pemurah dan sentiasa ingin belajar walaupun secara tidak formal dengan tidak malu bertanya berkaitan amal ibadat yang sukar difahami.

“Saya yakin, sebab itulah bisnes yang diusahakan berjalan lancar selain penyediaan makanan dan minuman yang sedap dan cepat serta pengunjung berpeluang menikmati pelbagai juadah masakan Cina,” katanya yang berbangga dengan Muhammad Chan.

Sumber: arkib http://www.utusan.com.my/

Tuesday, May 10, 2011

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Monday, May 9, 2011

Tomorrow Maybe Too Late

If you're mad at someone,
and nobody's there to fix
You fix it .
Maybe 2day,dat person
still wants to be ur fren..
And if u don't,
2moro may be too late..

If you're in love with someone,
but that person doesn't know..
tell her/him.
Maybe 2day, dat person is
also in love with you..
And if you don't say it,
2moro may be too late..
If you remember a person
that you think has forgotten you...
tell her/him.
Maybe that person have
always remembered you.
And if you don't tell
her/him 2day,
2moro may be too late..

If you need a hug from a friend...
tell her/him for it.
Maybe they need it more
than you do.
And if you don't ask for it 2day,
2moro may be too late..

If you hv frenz who you really
appreciate...
tell them.
Maybe they appreciate you as well..
If you don't tell and they
leave or go far away,
2moro may be too late..

Saturday, May 7, 2011

10 SITUASI YG WANITA HARUS FAHAMI

 1. Bila si dia sibuk........ Jangan pulak terhegeh-hegeh m intak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer...

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin , bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. Bile mau tunang ka, kawin ka..?
heh.heh..

4. Bila si dia panas baran........ Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi  api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti selipar putus ker, aper2lah... Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah kepenatannya.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa t ak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya , buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia  kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Friday, May 6, 2011

Persoalan Aurat Wanita

Dunia fesyen andai dilihat dari kaca mata Barat kelihatan glamor, anggun dan menawan. Namun andai dilihat dengan kaca mata yang dibimbing oleh syariat, dunia fesyen itu lebih menjanjikan “azab” di akhirat kelak. Apa tidaknya, setiap helai pakaian yang direka, majoritinya tidak mencapai standard yang telah digariskan Islam. Akhirnya demam berpakaian mengikut trend terkini itu merebak dalam kalangan wanita Muslimah, hingga kadangkala sukar dibezakan antara wanita Muslimah dengan yang lain.


Allah berfirman dalam surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.”

Ayat ini begitu sinonim dengan wanita. Namun penulis percaya ramai wanita yang belum lagi betul-betul mengenali dan mendalami ayat ini bagi menghayati syariat yang berkaitan dengan wanita. Dalam ’Ahkam al-Quran, Ibn al-Arabi berpendapat bahawa ayat ini terdapat beberapa permasalahan berikut:

Menundukkan Pandangan dan Menjaga Kehormatan

Ayat ini walaupun ditujukan khas buat wanita, namun anjuran ini termasuk juga lelaki. Ummu Salamah meriwayatkan: “Aku, Aisyah dan Maimunah berada di hadapan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba putera Ummu Maktum meminta izin masuk kepada baginda. Lalu Rasulullah berkata kepada kami (maksudnya): ‘Pakailah hijab kalian.’ Mereka berkata: ‘Bukankah dia buta?’ Rasulullah menjawab: ‘Apakah kalian buta?’” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


Jangan Zahirkan Perhiasan

Wanita ditegah sama sekali daripada menzahirkan perhiasan kecuali yang biasa terlihat. Menurut ulama kontemporari, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, yang dimaksudkan dengan “perhiasan perempuan” dalam ayat ini ialah apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan mencantikkan tubuh sama ada berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut, potongan badan ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Seorang penyair pernah berkata: “Mereka (wanita) memakai perhiasan seindah yang engkau lihat. Apabila mereka berlalu meninggalkanmu, maka mereka adalah orang yang paling baik untuk pergi.”

Tutup Belahan Leher Baju

Anjuran ini juga terkandung dalam surah al-Nur ayat 31 ini. Imam al-Bukhari ada meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa beliau berkata: “Allah telah menyayangi wanita yang berhijrah kerana waktu itu bertepatan dengan turunnya ayat, ‘Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.’ Kemudian mereka mengoyak sebahagian kain yang mereka miliki untuk dijadikan tudung. Begitu juga mereka yang mempunyai sarung. Itu semua menunjukkan kewajipan menutup leher dan bahagian dada seorang perempuan.”

Bagaimana menutupnya? Jawapan cukup mudah dan amat praktikal, labuhkan sedikit tudung anda hingga menutup bahagian dada dan jangan sekali-kali memakai tudung yang nipis yang masih menampakkan belahan baju walaupun bertudung.

Siapa Muhrim Wanita?

1. Suami.

2. Ayah.

3. Bapa mertua.

4. Anak lelaki.

5. Anak-anak suami (anak tiri).

6. Saudara kandung lelaki.

7. Anak daripada saudara lelaki.

8. Anak lelaki daripada saudara perempuan.

9. Perempuan yang beragama Islam.

10. Budak (hamba sahaya).

11. Lelaki yang tidak mempunyai syahwat.

12. Anak-anak yang belum mengerti aurat wanita.

13. Lelaki tua yang tidak lagi mempunyai keinginan kepada wanita.



Membunyikan Perhiasan

Dan firman Allah dalam ayat yang sama, maksudnya:

“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.”

Tujuan menghentakkan kaki di sini ialah supaya orang lain tahu perhiasan yang dipakai oleh wanita tersebut seperti gelang kaki yang bergemerencing, kasut bertumit tinggi atau bertumit keras hingga menghasilkan bunyi hentakan setiap kali berjalan dan sebagainya yang boleh menarik perhatian insan lain terutamanya lelaki ajnabi.

Thursday, May 5, 2011

Rahsia kelebihan ais

* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

* Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

* Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

* Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

* Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

* Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

* Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

* Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

* Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

* Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

* Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

* Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

* Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

* Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

* Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

* Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

* Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

* Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

* Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

* Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

* Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

* Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

* Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

* Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

* Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

* Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

* Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.

* Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

* Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Wednesday, May 4, 2011

Titisan air ke batu - tiada alasan negatif untuk berjaya

PADA zaman dahulu, ada seorang kanak-kanak yang sangat pemalas tinggal di sebuah kampung bersama-sama ibunya. Sikapnya yang malas dan lembap ketika belajar telah membuatkan dirinya sering dimarahi oleh tuan guru. Rakan-rakannya juga selalu mengejeknya. Oleh hal yang demikian, dia sentiasa ponteng kelas pengajian agama kerana tidak tahan mendengar leteran tuan guru dan ejekan rakan-rakannya terhadapnya itu.

Perkara ini tidak disedari oleh ibunya yang berada di rumah. Ketika rakan-rakannya yang lain sedang mengaji agama di rumah tuan guru, dia lebih suka merayau-rayau bersendirian di pinggir hutan sementara menanti kepulangan rakan-rakannya itu.

Pada suatu petang, seperti biasa dia merayau-rayau di pinggir hutan yang berhampiran kampungnya itu. Tiba-tiba dia terlihat sebuah gua yang berada tidak jauh dari situ. Hatinya terdetik untuk mengetahui apa yang ada di dalam gua itu. Lalu, dia pun menghampiri dan memasuki gua tersebut. Sebaik sahaja masuk ke dalam gua tersebut, dia terlihat seketui batu besar yang keras menjadi lekuk akibat terkena titisan air. Maka terfikir dalam benak fikirannya, "Alangkah ajaibnya ciptaan Allah. Titisan air yang lembut ini pun mampu membuatkan batu yang sebegini keras menjadi lekuk. Kalaulah aku bertindak seperti air ini, asakan walaupun sedikit tetapi istiqamah nescaya aku juga akan mampu menjadi pelajar yang berjaya seperti rakan-rakanku yang lain. Oleh sebab itu mulai hari ini, aku tidak mahu ponteng kelas lagi dan aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku akan buktikan bahawa aku juga mampu untuk berjaya seperti mereka."

Demikian kisah yang memaparkan watak seorang kanak-kanak yang malas meskipun plotnya agak ringkas, namun sarat dengan iktibar yang sesuai untuk dijadikan teladan. Kisah ini mungkin bersesuaian dengan apa yang berlaku baru-baru ini yang memperlihatkan sebahagian pelajar yang dahulunya lemah beroleh keputusan yang cemerlang.

Mungkin kita tidak begitu percaya bahawa di kalangan pelajar yang berjaya dalam peperiksaan sama ada Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia baru-baru ini dahulunya pernah mengalami kegagalan. Namun, kegagalan yang dialami itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bangkit untuk mencipta kejayaan malah lebih berjaya daripada individu yang pernah berjaya sebelum ini.

Inilah semangat positif yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu bagi mengelakkan berlakunya keciciran di kalangan remaja. Sikap putus asa akibat gagal dalam peperiksaan harus diabaikan. Orang tua-tua pernah berkata, "gagal hari ini tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya."

Kita harus berasa bangga kerana di kalangan para pelajar yang mencapai keputusan cemerlang itu terdiri dari golongan kurang upaya. Bahkan, ada yang mencatatkan sejarah tersendiri dengan menempatkan diri sebagai salah seorang pelajar terbaik dikalangan rakan-rakannya yang normal. Kegigihan mereka untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar yang normal seharusnya menjadi motivasi.

Terdapat juga di kalangan mereka yang berasal dari keluarga yang miskin dan tinggal di luar bandar. Namun mereka selain tidak pernah menyesal dengan kekurangan yang dimiliki, kemiskinan itu menjadi motivasi dan cabaran untuk merangkul kejayaan. Kejayaan itu sekali gus menafikan tanggapan masyarakat umum yang mengaitkan kemiskinan sebagai salah satu faktor penghalang kejayaan.

Pada masa yang sama, kejayaan golongan ini telah membersihkan imej pelajar kawasan luar bandar yang sebelum ini sering dianggap ketinggalan dalam pelajaran tertentu. Peningkatan keputusan dalam subjek teras termasuk Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains dalam peperiksaan yang lalu satu kejayaan yang besar.

Inilah bukti betapa pelajar yang gigih berusaha tanpa jemu seumpama titisan air di atas batu, mampu menitipkan kejayaan seperti melekuknya batu yang pejal. Ternyata kejayaan tidak datang bergoiek, malah memerlukan usaha yang tidak mengenali erti penat. Bayangkan betapa sukarnya untuk pelajar istimewa mengulang kaji pelajaran. Dengan berbekalkan buku rujukan biasa yang diterjemahkan kepada tulisan Braille hasil bantuan rakan-rakan dan guru-guru, mereka menggagahkan diri. Mereka berhempas pulas semata-mata untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Jiwa dan semangat mereka begitu kental. Jika tidak, masakan mereka mampu melakukan ini semua. Sikap rajin dan tidak pernah berputus asa di samping mempunyai perasaan ingin tahu serta berfikiran positif turut membantu mereka dalam hal ini. Apatah lagi setelah mendapat dorongan dan sokongan moral ahli keluarga dan guru-guru.

Pelajar yang berasal daripada keluarga yang kurang berada, mereka perlu mempunyai matlamat untuk mengubah taraf hidup keluarganya. Itulah yang menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk mereka berjaya. Kemiskinan yang dialami selama ini bukanlah penghalang kejayaan masa depannya. Mereka harus yakin bahawa dengan pendidikan, seseorang individu itu mampu mengecap kehidupan yang lebih baik berbanding yang dirasai oleh ibu bapanya dahulu. Perkara ini telah banyak dibuktikan dalam sejarah negara.

Sebenarnya, kebanyakan personaliti yang berjaya pada hari ini, dahulunya ialah seorang kanak-kanak yang lahir dalam keluarga miskin yang berlatarbelakangkan sosioekonomi yang serba kekurangan. Namun, berkat kesungguhan mereka, kini individu-individu yang terbilang ini mampu menerajui kepimpinan negara. Kini mereka sedang menyumbang ke arah pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

Walaupun kita berbangga dengan kejayaan pelajar yang cemerlang melalui sistem peperiksaan, kita tidak seharusnya lupa akan nasib ratusan ribu pelajar yang tercicir. Memang ada pelajar yang boleh diasah untuk berjaya dalam pelajaran tetapi ada juga pelajar yang boleh diasah bakatnya dalam bidang lain.

Mereka yang kurang cemerlang atau gagal dalam peperiksaan tidak seharusnya diketepikan sama sekali. Hal ini demikian kerana kemungkinan mereka berkebolehan dalam bidang teknikal. Jadi, kecemerlangan bukan sekadar diukur berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata. Oleh sebab itu, penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, sahsiah, dan budi pekertinya juga perlu diambil kira. Semua itulah yang melengkapkan pakej pelajar cemerlang yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara.

Belajar melalui titisan air di atas, ibu bapa seharus tidak rasa kecewa dengan kegagalan anak-anak mereka yang kurang cemerlang dalam akademiknya. Mereka masih ada peluang untuk berjaya bahkan cemerlang dalam bidang kemahiran dan profesional. Taraf mereka sama^di sisi masyarakat.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, ternyata ramai pelajar yang menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang kemahiran tertentu. Hal ini terbukti apabila sekurang-kurangnya 27 mata pelajaran bidang kemahiran mencatatkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan SPM yang lalu. Oleh sebab itu, ibu bapa harus tahu menilai kecenderungan, kebolehan, bakat, dan potensi anak-anak. Anak-anak sewajarnya diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan masing-masing sebelum ibu bapa mengenal pasti kepakaran mereka.

Menyedari kedudukan ini, ibu bapa hendaklah membaiki cara asuhan dan didikan agar anak mereka boleh berkembangan mengikut fitrah. Fersekitaran pendidikan anak-anak tidak harus dilihat seperti mengongkong hingga terencat perkembangan pembesaran minda mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak merupakan individu yang berbeza mentaliti antara satu dengan yang lain.

Kesungguhan ibu bapa menggilap kualiti yang ada pada anak-anak mereka penting demi masa depan mereka. Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith baginda yang menyatakan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan peribadi anak-anak. Waktu pendidikan yang paling sesuai untuk memulakan usaha ini ialah ketika mereka masih kecil. Dalam hal ini, bijak pandai pernah berkata, "Mengajar ketika kecil laksana mengukir di atas batu, manakala mengajar ketika dewasa laksana mengukir di atas air."

Jadi, ibu bapa tidak boleh lagi menjadikan kegagalan anak-anaknya dalam pendidikan sebagai alasan untuk memberhentikan persekolahan mereka. Sebaliknya, ibu bapa perlu sedar bahawa pendidikan merupakan pelaburan untuk masa hadapan keluarga mereka.

Ibu bapa harus bersedia untuk berkorban demi masa hadapan anak-anak mereka kerana dengan pengorbanan ibu bapa ini, anak-anak akan lebih bermotivasi untuk belajar. Memang benar kata pepatah, "Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Kisah yang dipaparkan ini boleh menyedarkan golongan yang malas dan mudah berputus asa. Alasan yang negatif seharusnya ditinggalkan demi kejayaan semua pihak terutama umat Islam.

Tuesday, May 3, 2011

Petua Atasi Masalah Dengkur

Untuk makluman anda, ada satu petua untuk orang yang ada masalah tidur berdengkur nie. Iaitu gunakanlah kelebihan buah badam.


Cara-caranya;

1. Sediakan 7 biji buah badam.

2. Tumbuh kesemua badam tu sampai lumat.

3. Kemudian, campurkannya dengan air susu suam dan kacau hingga sebati.

4. Kepada yang ada masalah berdengkur tu, bolehlah minum air tersebut.

InsyaAllah kita berusaha mana terdaya.Selamat mencuba

Monday, May 2, 2011

Baiki sendiri bagi kerosakan kecil

Dah hampir 2 bulan karpet pelapik bonet (orang lain panggil lain kot) kereta aku tertanggal dari alas playwood. Bila tanya member yang guna keta jenis sama, depa cakap memang standard keta jenis nie yg kecil2 tu mudah rosak. So selepas lama merangcang, hari nie aku telah selesai menampal kembali karpet tersebut pada alas dia. Dengan bermodalkan gam dunlop 7 hinggit, jimat duit aku. kalau tanya member, depa anta kedai siap tampal RM20. So nasihat aku, bagi kerosakan kecik2 dalam kereta tu baiki ler sendiri selagi tak menjejaskan prestasi dan nilai kereta anda.

sebab-sebab Malaysia istimewa

KATA orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Kalau difikirkan secara mendalam, pepatah yang diakhiri dengan baris ‘lebih baik di negara sendiri’ itu ada benarnya.

Sepatutnya, semakin jauh kita mengembara ke destinasi yang di luar sempadan negara, kita perlu rasa semakin dekat dan rindu pada asal-usul dan keistimewaan di tanah air sendiri.

Selain taat pada konsep Rukun Negara, ada banyak cara untuk rakyat Malaysia mengisi konsep kecintaan mereka terhadap bumi yang bertuah ini.

Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-53 tiga hari lagi, apa kata kita imbas entiti kembara dan pelancongan yang menjadikan Malaysia tiada duanya di dunia ini.

57 pilihan rawak bagi edisi Horizon kali ini adalah mewakili variasi elemen yang telah lama menjadi sebahagian daripada kebanggaan, sejarah dan gaya hidup rakyat Malaysia.

Selain destinasi popular, senarai ini turut mengetengahkan seleksi istimewa kulinari, budaya, warisan seni bina dan pencapaian prasarana unggul.

Setiap satunya bukan sahaja telah melonjakkan nama Malaysia di peta pelancongan dunia, malah ia menjadi permata yang dekat dengan hati, lalu menjadikan kita semua rakyat Malaysia!



1. Teh tarik – Apabila larutan teh bersama susu krim manis dan dicurah menggunakan kole pada kedudukan tinggi, maka terciptalah minuman rutin warga Malaysia yang dinikmati tidak kira waktu.
 
 2. Songket – Fabrik tenunan tangan yang diserikan motif berbenang perak atau emas. Kekuatan nilai estetika dan identiti bangsa menjadikannya antara tekstil warisan yang elegan.

 3. Taman Negara – Kekayaan khazanah alam dilindungi di banyak kawasan yang diwartakan sebagai taman negara. Masing-masing menyimpan tarikan ekosistem yang bernilai tambah.

 4. Malaysia Airlines (MAS) – Syarikat penerbangan nasional utama dan banyak memenangi pengiktirafan dan anugerah antarabangsa.

 5. Hari Raya Aidilfitri – Sambutan penting selepas sebulan umat Islam berpuasa, selain Hari Raya Aidiladha. Keraian ini merapatkan hubungan ahli keluarga dalam semangat ‘balik kampung’.

 6. Menara Berkembar Petronas – Hingga kini, statusnya kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter. Bangunan ikonik ini umpama salam pengenalan Malaysia kepada dunia.

 7. Nasi lemak – Hidangan warisan ini memerlukan beras ditanak dengan santan kelapa dan dihidangkan bersama sambal, bilis goreng dan telur.

 8. Wau bulan – Permainan tradisional persis layang-layang yang terkenal di negeri Kelantan.


 9. Genting Highlands – Resort pelancongan tertinggi di Malaysia iaitu pada aras 2,000 meter dari aras laut ini menawarkan penginapan, taman tema dan tema percutian kelas satu.



 10. Rangkaian lebuh raya – Jaringan lebuh raya utama negara melancarkan perhubungan darat di Semenanjung Malaysia.

 11. Tahun Baru Cina – Perayaan besar bagi kaum Tionghua yang bercerita tentang kedatangan tahun baru. Sambutannya dimeriahkan dengan limau mandarin, pemberian ang pau, tarian singa dan bingit mercun.

 12. Menara Kuala Lumpur – Menara telekomunikasi tertinggi yang terletak di Bukit Nenas di tengah-tengah ibu negara. Lokasi ini menyediakan pusat rekreasi, restoran berputar dan dek peninjau.



 13. Pulau Langkawi – Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan kisah Mahsuri dan pelbagai lagi tarikan buatan selain taman geologi berusia jutaan tahun.



 14. Roti canai – Hidangan sarapan popular yang dimakan bersama kuah dal dan teh tarik.

 15. Batik lukis – Seni tekstil indah hasil daripada teknik melukis, mencanting dan mewarna. Penggunaannya juga telah dipelbagaikan.

 16. Proton – Pengeluar kereta nasional pertama ini telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pelbagai model berprestij telah menambat hati pemandu tempatan dan juga luar negara.



 17. Pulau Tioman – Pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.


 
18. Masjid Negara – Menjadi lambang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Siap dibina pada 27 Ogos 1965 dan mampu menampung seramai 15,000 jemaah.



 19. Litar Antarabangsa Sepang – Prasarana kelas dunia untuk perlumbaan Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan Formula Satu.
 20. Deepavali – Festival cahaya yang disambut penuh adat oleh penganut Hindu. Ia jatuh pada hari ke-14 bulan Aipasi, kalendar Tamil.

 21. Perak Man – Rangka tulang berusia 10,000-11,000 tahun di Gua Gunung Runtuh, Hulu Perak. Penemuan fosil manusia era Paleolitik paling sempurna di Asia Tenggara itu melakar sejarah tersendiri.



 22. Bandar Raya Melaka – Kota warisan sejarah yang sarat nilai pertembungan budaya Melayu, Cina, India, Portugis serta Baba dan Nyonya.
 23. Perodua – Syarikat pengeluar kereta nasional kedua dan ditubuhkan pada 1993.

 24. Tasik Kenyir – Merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dan terletak di Hulu Terengganu.


 25. Orang Utan - Haiwan primat yang menjadi maskot negara ketika Sukan Komanwel 1998. Sebuah pusat pemeliharaan orang utan sering dikunjungi di Sepilok, Sabah.


  26. Krismas – Keraian 25 Disember yang disambut secara berbeza oleh kaum Cina, India serta bumiputera Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian.

 27. Pulau Pinang – Selain Melaka, negeri ini turut melestari pelbagai nilai sejarah hebat Negeri Selat.

 28. Vaisakhi – Diraikan penganut agama Sikh pada tarikh 14 April.

 29. Muzium Negara – Ia dirasmikan pada 31 Ogos 1963, berlokasi di Kuala Lumpur dan merupakan lokasi wajib bagi anak Malaysia untuk mengenali sejarah.


30. LIMA – Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi dijayakan secara dwitahunan. Pameran berprestij itu mengumpulkan jentera udara dan maritim yang berkaitan komersial dan pertahanan.



31. Pulau Sipadan – Terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah, ia adalah antara pulau terindah di dunia dan ibarat syurga buat komuniti penyelam skuba.



32. Homestay – Konsep inap desa yang berjaya melonjakkan industri pelancongan domestik. Masyarakat kampung didekati melalui acara seni, masakan dan gaya hidup.



33. Kereta Api Tanah Melayu – Nostalgia pengangkutan bijih timah kini menghubungkan penduduk di sepanjang laluan landasan 1,699km di seluruh negara.



34. Batu Caves – Formasi gua batu kapur semula jadi yang menjadi meriah terutamanya ketika penganut Hindu menyambut Thaipusam.
35. Gua Niah – Gua batu kapur terbesar di dunia iaitu seluas 12 hektar di Miri, Sarawak. Fosil manusia berusia 40,000 tahun pernah ditemui di situ.

36. Citrawarna 1Malaysia – Ibu negara disimbahi warna kebudayaan dari 14 buah negeri di seluruh negara pada setiap penghujung Mei.



37. Cendol – Hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan dihidang bersama ais parut, santan dan gula melaka.



38. Putrajaya – Pada tahun 1999, Putrajaya telah menggantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dengan ciri-ciri bandar raya pintar.



39. Rumah panjang – Rumah tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Setiap rumah mengandungi sehingga 20 bilik dan diketuai oleh tuai rumah.



40. Gunung Kinabalu – Berketinggian 4,095 meter, ia adalah gunung tertinggi di Malaysia dan terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

41. Piala Monsoon – Kejohanan kapal layar antarabangsa mengumpulkan jaguh-jaguh dunia di Pulau Duyung, Terengganu setiap musim tengkujuh.


42. Petaling Street – Bekas penempatan kaum Cina yang kini menjadi lokasi niaga gerai paling terkenal di tengah-tengah Kuala Lumpur.
43. Istana Negara – Tempat bersemayamnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang turut menjadi lokasi istiadat pertabalan dan upacara rasmi.



44. KLIA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor menjadi pintu masuk udara utama dengan akses jaringan kereta api elektrik dan lebuh raya canggih.

45. Pasar Seni – Turut dikenali sebagai Central Market, ia menjadi pusat yang mengumpulkan barangan seni, kraf dan cenderamata tempatan.



46. Le Tour de Langkawi – Kejohanan lumba basikal terbesar yang mengumpulkan para peserta dari seluruh dunia.



47. Raflesia – Selain bunga raya sebagai bunga kebangsaan, bunga eksotik terbesar di dunia ini sinonim dengan diversiti belantara Malaysia khususnya di Malaysia Timur.



48. Lemang – Diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasak di dalam buluh. Makanan ini popular dimakan bersama rendang.



49. AirAsia – Syarikat penerbangan nasional kedua dan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.
50. Hari Gawai – Diraikan oleh kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak sebagai meraikan musim menuai padi.

51. Wat Phothivihan – Patung Buddha tidur yang kedua terbesar di dunia terletak di Tumpat, Kelantan.

52. Bangunan Sultan Abdul Samad – Sebuah bangunan warisan kebangsaan yang menjadi saksi kepada penurunan bendera Union Jack dan digantikan dengan Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1957.

53. Hari Kebangsaan – Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang wajib dihayati demi menyuntik semangat patriotisme dan kesetiaan pada negara.



 54. Cyberjaya - Pusat perkembangan teknologi dan syarikat ICT di malaysia.

55. Modenas - Syarikat pengeluar motosikal pertama negara.

 56. Satay - Sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi dan di panggang. Satay di makan dengan kuah kacang dan nasi himpit.

57. Pasar Tani -  Merupakan medan pengeluar produk pertanian untuk memasarkan hasil pertanian mereka secara terus kepada pengguna. Ia wujud di seluruh negara.

58. Kepelbagaian Kaum - kepelbagaian kaum yang hidup dan aman hamorni di Malaysia merupakan keunikan yang tiada di tempat yang lain.

Kredit to http://www.kosmo.com.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...