Friday, April 22, 2011

Patuhi adab berpakaian – Raja Nazrin



Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI

syakir.sazili@kosmo.com.my
 
IPOH – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, penghakisan adat dan budaya bangsa boleh bermula dengan sikap memandang ringan dan tidak menghormati adab berpakaian dalam sesuatu majlis.


Menyifatkan tindakan itu sebagai pencerobohan secara halus, baginda bertitah, keadaan sedemikian tidak sesekali harus dibenarkan berlaku khususnya dalam usaha negara bangsa membentuk ketamadunan yang lebih tinggi.

Tegas baginda, seseorang yang bertaraf Raja sendiri wajib memperlihatkan disiplin berpakaian sejajar dengan sesuatu acara yang dihadiri.

“Raja, meskipun berada di puncak takhta kerajaan, tidak dikecualikan untuk berpakaian selaras dengan darjat sesuatu acara sebagai menghormati acara dan menghormati para tetamu yang hadir.

“Adab dan budaya bangsa perlu dihormati, disanjung dan dipertahankan dalam semangat di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk) kali ke-175 di sini semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...