Friday, April 22, 2011

TRANSFORMASI Seekor Helang

Helang adalah ungas yang mempunyai angka hayat yang lama. Ungas ini dikatakan dapat hidup sehingga usia 70 tahun. Semasa ungas ini berusia 40 tahun, ianya terpaksa membuat satu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan itu menentukan hidup dan matinya helang tersebut. Pada ketika usia ini, paruh helang tersebut telah bengkok sampai ke tengkoknya dan menyebabkan susah untuknya makan. kukunya juga tidak lagi tajam dan bulunya pula sangat tebal sehingga berat untuk terbang. Helang itu boleh tunggu sahaja dalam kelaparan dan menanti maut menjemputnya, atau ia boleh melakukan TRANSFORMASI pada dirinya.

Jika ia ingin melakukan perubahan pada dirinya, helang tersebut perlu menyendiri di lereng bukit yang berbatu keseekorgan. Pada ketika itu ia perlu mematuk paruhnya pada batu sehingga tercabut. proses perlahan ini amat menyakitkan. setelah itu ia perlu pula menunggu sehingga paruh barunya tumbuh.

Proses seterusnya helang itu perlu mengasah kukunya pada batu sehingga tanggal satu persatu dan ia menggunakan kuku tersebut untuk mencabut bulunya yang sangat tebal itu sehelai demi sehelai. Apabila semuanya selesai, helang akan menunggu dirinya pulih dari kesakitan TRANSFORMASI tersebut dan menjadi helang yang gagah perkasa.Walau pun proses tersebut menyakitkan, tapi ia berbaloi kerana helang itu akan hidup untuk lebih 30 tahun lagi.

Semua ini tidak mampu dilakukan tanpa keberanian dalam diri. Berani melakukan trasformasi, berani mencuba, Dari manakah datangnya berani itu? kata orang tua-tua, berani nie wujud kerana berpegang kepada kebenaran. Kebenaran itu datangnya dari ilmu pengetahuan. Pengetahuan adalah perkara yang boleh mengubah orang yang pengecut kepada pahlawan. Kalau dalam organisasi, ika pekerjanya bermaklumat, ia akan mengubah seluruh organisasi tersebut menjadi organisasi yang berwibawa. Ini dapat dilihat pada kerajaan islam terdahulu yang terkenal dgn pelbagai kegemilangan yang tercipta kerana mempunyai rakyat yang berilmu.

Jika kita ada sifat berani, insyaAllah kita boleh berjaya. Orang tua-tua juga berpesan,
Orang yang gagah berani ia akan taat berpegang sumpah dan janji,
Dia atas yang benar ia berdiri,
kepada yang hak ia mengabdi,
lebih mulia elok pekerti,
menghadapi musuh berani mati,
dijadikan pemimpin ia terpuji,
dijadikan tua, sempurna budi,
dijadikan induk tuah menjadi,
dijadikan tiang teguh berdiri,
dijadikan tudung ternaung negeri,
dijadikan teladan sedegung sekali,
dijadikan ikutan, patut diteladani,
rakyat sentosa bertuahlah negeri.

Ayuhlah kita mengambil iktibar dari helang tersebut. Halangan terbesar adalah terletak dalam diri. Jangan biarkan masa lalu menghantui kita. Kita adalah helang-helang yang mampu memajukan negara ini.

1 comment:

Anonymous said...

AMAT BERMAKNA SEKALI BG KITA MANUSIA KISAH INI....FIKIR2 KAN LAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...