Saturday, April 9, 2011

jalan terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar-siar di bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A berkata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry"
Pelajar B pulak berkata "Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki"

Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A berkata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: "Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?"

Orang Tua: "Kamu fikir aku ada penyakit apa?"

Pelajar A: "Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry."

Orang Tua: "Emm... bukan."

Pelajar B: "Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki."

Orang Tua: "...pun bukan."

Pelajar A & B: "Habis tu? Pakcik ngidap penyakit apa?"

Orang Tua: "Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang..."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...