Saturday, April 30, 2011

Cuti hari pekerja + kenduri

Bila aku tengok kalendar, rupanya bulan 5 ni penuh dengan cuti-cuti. Sebelum nie aku pun tertanya-tanya la kenapa banyak sangat jemputan kenduri yang biasanya time cuti sekolah panjang jer ada.

Esok merupakan hari pekerja dan secara automatiknya isnin akan cuti. Bagi yang balik kampung tu hati-hati dijalan raya. bagi yang pergi bercuti, selamat bercuti. Namun ramai juga yang meng"khada" hari cuti seperti aku. Ada yang khada tido, ada yang khada jejalan. Tapi aku terpikir gak, tak ramai yang nak khada solat yang depa tinggal tu.

Hari nie aku ada dapat satu jemputan kenduri. Disamping pelbagai aktiviti yang telah dijadualkan, jemputan sebegini seboleh mungkin akan aku penuhi.Sebut pasal kenduri nie, orang selalu tanya aku bila aku nak buat kenduri, emm jawapan standard dari aku "masa cuti sekolah".

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...