Saturday, April 30, 2011

Cuti hari pekerja + kenduri

Bila aku tengok kalendar, rupanya bulan 5 ni penuh dengan cuti-cuti. Sebelum nie aku pun tertanya-tanya la kenapa banyak sangat jemputan kenduri yang biasanya time cuti sekolah panjang jer ada.

Esok merupakan hari pekerja dan secara automatiknya isnin akan cuti. Bagi yang balik kampung tu hati-hati dijalan raya. bagi yang pergi bercuti, selamat bercuti. Namun ramai juga yang meng"khada" hari cuti seperti aku. Ada yang khada tido, ada yang khada jejalan. Tapi aku terpikir gak, tak ramai yang nak khada solat yang depa tinggal tu.

Hari nie aku ada dapat satu jemputan kenduri. Disamping pelbagai aktiviti yang telah dijadualkan, jemputan sebegini seboleh mungkin akan aku penuhi.Sebut pasal kenduri nie, orang selalu tanya aku bila aku nak buat kenduri, emm jawapan standard dari aku "masa cuti sekolah".

Memilih Sahabat

"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya itu.'

Berkata Ulama

"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu urusan agamamu maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang yang engkau sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterimanya daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang engkau tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah kamu daripadanya."

Petikan dari Nasihat Al-Qamah kepada Puteranya

Berpesan Al-Qomah kepada puteranya, "Wahai puteraku!Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut:-

  1. Jika kamu ditimpa bencana, maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
  2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu, maka ia akan segera mengusahakannya.
  3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
  4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu itu.
  5. Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya
  6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik talian persahabatan itu.
  7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan maka ia akan menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.
  8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu.
  9. Jika kamu berdiam diri atau malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
  10. Jika kamu berselisih faham dengannya maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Friday, April 29, 2011

Seekor Ayam Dalam Seekor Helang

Dikisahkan seekor ibu ayam telah mengeram sebiji telur burung helang bersama telur-telur ayam yang lain. Sampai waktunya maka telur pun menetas dan lahirlah seekor anak helang yang membesar bersama anak-anak ayam yang lain. Bagi seekor anak helang itulah ibunya dan anak-anak ayam itulah saudara-saudara sepermainannya. Hiduplah mereka bersama, belajar dan mencipta pengalaman baru.

Suatu hari seekor helang terbang diruang udara di kawasan lingkungan hidup mereka. Ibu ayam memberi signal berjaga-jaga dan bahaya kepada anak-anaknya termasuklah anak helang yang seekor itu. Lalu bersoallah si anak helang itu mengapakah si helang yang sedang terbang itu berwajah mirip seperti wajahnya dan mampu terbang bergaya di udara.

Ibu ayam menyuruh anaknya bernama si helang itu diam dan jangan banyak soal kerana awak itu ayam. Ayam tetap ayam, maka jangan dok berangan nak jadi sang helang. Begitulah juga nasihat dari saudara sepengeramannya. Nasihat dari kawan-kawan sepermainannya juga sama. Hargailah dirinya sebagai seekor ayam, maka silalah punya jati diri sebagai ayam. Mencakarlah seperti ayam. Belajarlah berkokok seperti ayam.

Segala-galanya ayam dan ayam.

Itulah pelajaran yang diterima setiap hari. Itulah yang diprogram setiap hari dalam minda seekor anak helang itu. Hasilnya walaupun anak helang ini mempunyai potensi untuk menjadi helang yang boleh bergaya terbang di udara tetapi kerana desakan demi desakan dan program demi program yang menyatakan dirinya adalah ayam, maka jadilah si helang ini seperti seekor ayam.

Pesanan: jangan jadi seekor helang yang terperangkap dalam dunia seekor ayam. Potensi diri yang hebat janganlah disia-siakan. Serlahkan wajah sebenar anda.

Thursday, April 28, 2011

Sifat Yang Melemahkan Diri

Secara sedar atau tidak, setiap manusia ada kelemahannya. Manusia sememangnya mempunyai kelebihan berbanding dengan makhluk lain ciptaan Allah s.w.t. Tetapi, di sebalik kehebatan itu, manusia diperingatkan dan dikecam oleh Allah s.w.t kerana memiliki kelemahan dan kekurangan yang membawa ke lembah kehinaan.

Di dalam hati manusia, terbit beberapa sifat kelemahan seperti marah, tamak dan tergesa-gesa yang muncul tanpa disedari. Walau pun nampak remeh, tetapi sifat-sifat itu menjadi laluan oleh syaitan untuk mencapai tujuannya. Manusia perlu diperingatkan tentang kelemahan itu. Ikuti maklumat bermanfaat itu sebagai santapan untuk rohani anda.

MARAH

Perasaan marah yang terbit adalah api di dalam dada insan. Sifat ini hadir apabila berlaku sesuatu yang tidak menepati kehendak hati. Perasaan itu akan berkobar-kobar dengan hebatnya jika api kemarahan dihembus lagi. Imam Ghazali menggambarkan sifat marah itu bagaikan darah yang mendidih di dalam dada. Ia akan menghasilkan asap hitam yang menyembur ke otak dan seterusnya menguasai akal fikiran manusia. Akibatnya, sifat itu mempengaruhi fizikal manusia sehingga menutup mata dan menggelapkan pandangan.

Manusia yang sedang membara kemarahannya boleh dilihat menerusi air mukanya yang berubah, tindakannya yang tidak menentu dan tutur katanya tidak teratur. Akal fikirannya waktu itu seolah-olah suatu benda yang terbakar. Api marah dapat membakar hati dan sikap ini tidak elok dibiarkan berterusan.

Dalam konteks agama, Islam membenarkan manusia marah dengan maksud untuk meluruskan yang salah, mencegah yang mungkar dalam keadaan yang terkawal dan waktu dan tempat yang sesuai. Sebab itulah ada ungkapan yang mengatakan, marah biarlah bertempat.

Jika tidak sesuai dengan keadaan, marah tidak dibenarkan kerana syaitan paling mudah menguasai manusia ketika sedang marah. Waktu itu, syaitan menciptakan keadaan yang boleh menyebabkan manusia tidak sedar apa yang mereka ucapkan dan perbuatan yang dilakukan.

Al-Quran ada merakamkan beberapa kisah tentang sifat marah yang terjadi kepada beberapa orang Nabi yang marah disebabkan oleh kedurhakaan kaumnya yang enggan taat kepada perintah Allah s.w.t. Mengenai kisah Nabi Yunus misalnya, al-Quran menyentuh mengenai marahnya terhadap sekelompok Bani Israil yang enggan taat sehingga dia meninggalkan tugas dan menuju ke laut. Dia menduga bahawa “Kami tidak akan memberinya hukuman atas marah”. (Surah al-Anbiya, ayat 87). Malah Rasulullah s.a.w sendiri diingatkan oleh Allah s.w.t akan bahaya sifat marah. Allah bersabda, “Janganlah engkau menjadi seperti Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan besar,” (Surah al-Qalam, ayat 47).

Memandangkan banyak kesan buruk akan berlaku akibat sifat marah, Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita agar tidak mudah marah. Andai kata rasa terdorong untuk marah, al-Quran dan as-Sunnah mengajar kita supaya memohon perlindungan Allah s.w.t daripada syaitan. Ini kerana syaitan akan mengipas dan menyiram minyak untuk menyemarakkan api di dalam hati.

Anda dianjurkan untuk diam, duduk dan meninggalkan tempat itu. Jika perasaan marah masih memuncak, eloklah berbaring. Rasulullah s.a.w bersabda, “Kalau salah seorang di antara kamu marah, sedang ketika itu dia berdiri, maka hendaklah duduk. Kalau marahnya belum reda, hendaklah berbaring,” (Riawayat Abu Daud dan Ibnu Hibban).

TAMAK

Sifat tamak adalah ekoran daripada keinginan yang sangat berlebihan yakni di luar batas kewajaran dan kemampuan. Bak ungkapan orang arif dan cerdik pandai, “Ukurlah kemampuan anda dan berusahalah untuk meraih keinginan. Ketahuilah batas anda dan jangan melampaui batas. Terimalah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kamu dan syukurilah anugerah itu.”

Tidak dinafikan bahawa keinginan yang berlebihan untuk mendapatkan sesuatu adalah sifat azali yang sudah tertanam dalam diri manusia. Nabi Muhammad pun memiliki sifat itu. Baginda berkeinginan agar seluruh manusia beriman kepada Allah s.w.t.

Keinginan Rasulullah s.a.w itu diingatkan oleh Allah s.w.t bahawa beliau hanya berkewajipan menyampaikan ajakan dan risalah Allah s.w.t dan bukan menjadikan mereka beriman seperti dalam sabda, “Engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada siapa yang engkau cintai tetapi Allah s.w.t yang memberi petunjuk siapa yang dikehendakiNya.” (Surah al-Qasas ayat 56).

Perasaan keinginan nafsu yang melampaui batas adalah pintu masuk syaitan ke dalam jiwa manusia. Segala jalan akan ditempuh dengan sedaya upaya untuk memuaskan keinginan yang belum pasti diraih meskipun ia bertentangan dengan hati dan ajaran agama.

Akibat daripada sifat itu, seseorang manusia akan bangga dan merasa puas apabila berhasil memiliki sesuatu yang dimiliki oleh orang lain dan tidak pernah merasa senang dan puas melihat kelebihan dan kejayaan kawan apatah lagi lawannya.

Jiwa orang yang memiliki sifat itu sentiasa goncang dan tidak tenteram. Dia tidak pernah menikmati apa yang dimilikinya. Apa yang membahayakan ialah apabila keinginan nafsu adalah kuat tetapi kurang kemampuan untuk melakukannya.

TERGESA-GESA

Sudah menjadi lumrah bahawa setiap manusia ingin mendapatkan sesuatu yang diinginkannya dengan segera. Begitu juga sewaktu berdoa dengan harapan doa yang dipanjatkan akan segera dikabulkan oleh Allah s.w.t. Sifat ini adalah satu kelemahan manusia. Adakah tergesa-gesa sama dengan gerak cepat?

Sifat tergesa-gesa kerap terjadi akibat daripada satu tindakan. Kadang-kadang menyebabkan manusia menjalankan kewajipan asal menjadi sesuka hati dengan mengambil jalan pintas yang bertentangan dengan hukum. Bukankah banyak dosa yang terkumpul akibat kesilapan manusia disebabkan sifat tergesa-gesa?

Menghindari sifat ini tidak bermakna Allah s.w.t menggalakkan manusia bertindak lambat, menunda kerja hingga keesokan hari dan sebagainya. Sebaliknya ia bermaksud sebagai larangan melakukan sesuatu pekerjaan dengan tergesa-gesa sehingga tidak sesuai dan memenuhi ketentuan atau mengambil kesempatan dalam kesempitan. Rasulllah s.a.w. bersabda, “Tidak tergesa-gesa (berfikir matang) bersumber daripada Allah, dan tergesa-gesa bersumber daripada syaitan.” (Riwayat al-Baihaqi).

Sebagai renungan, eloklah merujuk nasihat al-Jahiz (775-867H) tentang sikap tergesa-gesa. “Hati-hatilah, jangan sampai syaitan memperdaya kamu, sehingga menguburkan tekad dan iltizam kamu atau memperlihatkan sikap suka menunda-nunda sebagai bentuk tawakkal (berserah diri kepadanya). Jangan sampai pula syaitan mencabut sikap berhati-hati yang melahirkan keengganan untuk bertindak dengan bertopengkan takdir.”

Hakikatnya terdapat banyak kelemahan manusia yang dapat dimanfaatkan oleh syaitan. Semoga dengan selalu mengingati Allah s.w.t dan mengingat permusuhan dengan syaitan, anda dapat menghindari semua sifat kelemahan. Mudah-mudahan Allah s.w.t melindungi anda daripada kelemahan berkenaan.

Wednesday, April 27, 2011

JANGAN TERLALU MENCARI “KESEMPURNAAN”

Jika kamu memancing ikan……    
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……    
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……    
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN   ia semula kedalam air begitu sahaja…….    
Kerana ia akan SAKIT   oleh kerana bisanya……    
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA   selagi ia masih hidup……    

Begitulah juga……    

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……    
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……    
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……    
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……    
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……    
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……    

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……    
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……    
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……    
Kerana apabila ia mulai RETAK  ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……    
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……    

Begitulah  juga……    

Jika kamu sedang memiliki seseorang….  TERIMALAH   dia seadanya……    
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……    
Anggaplah dia manusia biasa……    
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN  …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA   dan MEMBOLEHKAN   hubungan kamu akan TERUS   hingga ke akhir hayat    
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan   MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana  kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya    
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……    

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……    
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……    
Yang MENGENYANGKAN   dan BERKHASIAT  ……    
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……    
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  ……    
Kelak, nasi itu akan BASI   sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……    
Kamu akan MENYESAL  ……    

Begitulah juga……    

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN  ……    
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……    
MENYAYANGIMU
 ….  MENGASIHIMU  ….dan MENCINTAIMU  ….    
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA   dengan yang lain……    
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN  ……    
Kelak, dia akan BERJAUH HATI   dan kamu akan KEHILANGANNYA   apabila dia menjadi milik orang lain……    
Kamu juga yg akan MENYESAL   dan tidak ada gunanya lagi……    

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN   kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN   yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN   orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA   sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR   dengan apa yang kita sudah MILIKI  …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA   dan terus BAHAGIA  …itu lebih BERMAKNA  !

Tuesday, April 26, 2011

Positif Dari Stress

Berikut lima kesan positif dari stress.
 
1. Mendorong orang berpikir kreatif
Ramai penulis atau ilmuan mengungkapkan proses kreatif muncul akibat daripada frustrasi dan stress. Menurut Larina Kase, Ph.D., seorang psikologi dan penulis buku "The Confident Leader: How the Most Successful People Go from Effective to Exceptional", hal itu boleh terjadi kerana sesuatu alasan.

"Stress sering mendahului atau menyertai suatu sifat kreatif. Jika fikiran kita benar-benar tenang dan santai, justru tidak perlu alasan untuk melihat hal-hal berbeza. Stress akan meningkat terutama ketika menghadapi hal baru yang terjadi kerana perubahan. Hasil akhir dari proses kreatif yang disertai stress akan sedikit berbeza, kerana reaksi orang lain," kata Kase.

2. Meningkatkan sistem kekebalan tubuhPenelitian menunjukkan bahawa sistem kekebalan tubuh mendapat faedah dari stress. "Stress jangka pendek dapat membantu sistem kekebalan tubuh," ujar Mark Goulston, MD, seorang psikiater klinis dan penulis buku "Get Out of Your Own Way:Overcoming Self-Defeating Behavior".

Goulston menjelaskan, ketika hormon kortisol atau hormon stress dilepaskan, ia akan meningkatkan kekebalan tubuh. Itu adalah proses keseimbangan. Meskipun stress jangka pendek dapat menjaga tubuh dari penyakit, ia memperingatkan bahawa terlalu banyak stress akan menyebabkan kelebihan kortisol yang berlebihan. Hal ini boleh mengakibatkan obesiti, diabetes, dan penyakit kardiovaskuler.

3. Membuat Tubuh lebih fitOlahraga seperti, angkat berat, berjalan atau lari selama 45 minit, boleh membuat tubuh berpeluh. Selain itu, stress juga boleh menjadikan seseorang itu olahraga yang baik. Hal itu menurut Jessica Matthews, MS, koordinator pendidikan lanjutan untuk American Council on Exercise (ACE)

"Stres merupakan latihan ringan yang boleh membuat tubuh lebih sihat. Dari perspektif fisiologis, stress dinyatakan sebagai tuntutan, dan boleh membantu latihan menjadi lebih efisien," kata Matthews.

4. Membantu memecahkan masalahStress sering dipicu kerana munculnya dari dilema dalam diri Anda, atau ketika "dipaksa" membuat keputusan besar? Rasa kekhawatiran ini sebenarnya bermanfaat. "Stress menunjukkan nilai-nilai yang kita miliki. Jika kita tidak peduli tentang sesuatu, kita tidak akan khawatir tentang hal itu," kata Goulstin.

Jadi, dengarkan stress boleh jadi petanda untuk memberitahu Anda agar mendengarkan intuisi. Memang sukar untuk mendengar intuisi, ketika Anda sedang berada dalam keadaan khawatir dan stress. Ia mengakibatkan Anda akan "memaksa" diri untuk istirahat, berjalan-jalan, tidur nyenyak atau pergi keluar untuk makan.

5. PemulihanPenelitian menunjukkan hubungan antara stress jangka pendek sebelum bedah atau prosedur perubatan membuatkan proses pemulihan lebih berjaya. Beberapa penelitian juga menunjukkan bahwa stress dapat mengekang produksi estrogen iaitu agen utama perkembangan barah payudara.

 
"Respons stress dapat memperingatkan kita adanya tentangan, bahaya, atau bahkan kesempatan. Stress juga membantu pelepasan adrenalin, dan gelombang adrenalin dapat membantu Anda lebih fokus dan berfikir dengan lebih baik," ujar Dr. Goulston menjelaskan.

Monday, April 25, 2011

ZScreen

Print screen merupakan fungsi yang paling kerap digunakan dalam proses membuat dokumentasi. Kebiasaanya, kita melakukan proses print screen dengan menggunakan butang print screen pada keyboard. Imej tersebut seterusnya akan diedit atau crop untuk tujuan digunakan.

Proses tersebut mengambil beberapa langkah sebelum screen capture yang diinginkan diperolehi. Namun dengan ZScreen, proses tersebut sangan mudah dilakukan. anda boleh capture imej yang diperlukan tanpa melalui proses edit atau crop. Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma di Download. Ia amat sesuai untuk mereka yang inginkan perisian sah tanpa mengeluarkan kos.

Jom download!!

Sunday, April 24, 2011

Ayam dan telur, mana dahulu?

Soalan nie memang femos kat mana2, aku pun terpikir gak.
tapi cuba renungkan ayat ini

Allah SWT berfirman maksudnya:


Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakanNya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang, (masing-masing) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah, Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. (QS. Al A’raf, 7: 54)



Dan Allah telah menciptakan semua jenis hewan dari air, maka sebagian dari hewan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. An Nûr, 24: 45)







Friday, April 22, 2011

Patuhi adab berpakaian – Raja Nazrin



Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI

syakir.sazili@kosmo.com.my
 
IPOH – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, penghakisan adat dan budaya bangsa boleh bermula dengan sikap memandang ringan dan tidak menghormati adab berpakaian dalam sesuatu majlis.


Menyifatkan tindakan itu sebagai pencerobohan secara halus, baginda bertitah, keadaan sedemikian tidak sesekali harus dibenarkan berlaku khususnya dalam usaha negara bangsa membentuk ketamadunan yang lebih tinggi.

Tegas baginda, seseorang yang bertaraf Raja sendiri wajib memperlihatkan disiplin berpakaian sejajar dengan sesuatu acara yang dihadiri.

“Raja, meskipun berada di puncak takhta kerajaan, tidak dikecualikan untuk berpakaian selaras dengan darjat sesuatu acara sebagai menghormati acara dan menghormati para tetamu yang hadir.

“Adab dan budaya bangsa perlu dihormati, disanjung dan dipertahankan dalam semangat di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk) kali ke-175 di sini semalam.

Poco-poco tidak dihalang di negeri lain

SEPANG: Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.


Sehubungan itu, masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

Berita lanjut di http://www.bharian.com.my/

TRANSFORMASI Seekor Helang

Helang adalah ungas yang mempunyai angka hayat yang lama. Ungas ini dikatakan dapat hidup sehingga usia 70 tahun. Semasa ungas ini berusia 40 tahun, ianya terpaksa membuat satu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan itu menentukan hidup dan matinya helang tersebut. Pada ketika usia ini, paruh helang tersebut telah bengkok sampai ke tengkoknya dan menyebabkan susah untuknya makan. kukunya juga tidak lagi tajam dan bulunya pula sangat tebal sehingga berat untuk terbang. Helang itu boleh tunggu sahaja dalam kelaparan dan menanti maut menjemputnya, atau ia boleh melakukan TRANSFORMASI pada dirinya.

Jika ia ingin melakukan perubahan pada dirinya, helang tersebut perlu menyendiri di lereng bukit yang berbatu keseekorgan. Pada ketika itu ia perlu mematuk paruhnya pada batu sehingga tercabut. proses perlahan ini amat menyakitkan. setelah itu ia perlu pula menunggu sehingga paruh barunya tumbuh.

Proses seterusnya helang itu perlu mengasah kukunya pada batu sehingga tanggal satu persatu dan ia menggunakan kuku tersebut untuk mencabut bulunya yang sangat tebal itu sehelai demi sehelai. Apabila semuanya selesai, helang akan menunggu dirinya pulih dari kesakitan TRANSFORMASI tersebut dan menjadi helang yang gagah perkasa.Walau pun proses tersebut menyakitkan, tapi ia berbaloi kerana helang itu akan hidup untuk lebih 30 tahun lagi.

Semua ini tidak mampu dilakukan tanpa keberanian dalam diri. Berani melakukan trasformasi, berani mencuba, Dari manakah datangnya berani itu? kata orang tua-tua, berani nie wujud kerana berpegang kepada kebenaran. Kebenaran itu datangnya dari ilmu pengetahuan. Pengetahuan adalah perkara yang boleh mengubah orang yang pengecut kepada pahlawan. Kalau dalam organisasi, ika pekerjanya bermaklumat, ia akan mengubah seluruh organisasi tersebut menjadi organisasi yang berwibawa. Ini dapat dilihat pada kerajaan islam terdahulu yang terkenal dgn pelbagai kegemilangan yang tercipta kerana mempunyai rakyat yang berilmu.

Jika kita ada sifat berani, insyaAllah kita boleh berjaya. Orang tua-tua juga berpesan,
Orang yang gagah berani ia akan taat berpegang sumpah dan janji,
Dia atas yang benar ia berdiri,
kepada yang hak ia mengabdi,
lebih mulia elok pekerti,
menghadapi musuh berani mati,
dijadikan pemimpin ia terpuji,
dijadikan tua, sempurna budi,
dijadikan induk tuah menjadi,
dijadikan tiang teguh berdiri,
dijadikan tudung ternaung negeri,
dijadikan teladan sedegung sekali,
dijadikan ikutan, patut diteladani,
rakyat sentosa bertuahlah negeri.

Ayuhlah kita mengambil iktibar dari helang tersebut. Halangan terbesar adalah terletak dalam diri. Jangan biarkan masa lalu menghantui kita. Kita adalah helang-helang yang mampu memajukan negara ini.

Thursday, April 21, 2011

Go on, buy it, d weekend is near. Time to pamper yourself! #AmarylizzBeauty spa deal is goin for RM48 on #MilkADeal

Go on, buy it, d weekend is near. Time to pamper yourself! #AmarylizzBeauty spa deal is goin for RM48 on #MilkADeal

What's more senang than #DiGiSenang2Menang?! Honda City and iPad up for grabs! Just subscribe to DiGi's SMS content for news & more to win!

What's more senang than #DiGiSenang2Menang?! Honda City and iPad up for grabs! Just subscribe to DiGi's SMS content for news & more to win!

Everybody has a social creature inside them. Find out what berry are you today! #digiwhatberry

Everybody has a social creature inside them. Find out what berry are you today! #digiwhatberry

We are going BONKERS at how cheap this spa deal is!! 94% off at #AmarylizzBeauty . Grab it from #MilkADeal now

We are going BONKERS at how cheap this spa deal is!! 94% off at #AmarylizzBeauty . Grab it from #MilkADeal now

Hurry! Get your #HyppTV today & you would be the lucky few to catch the Royal Wedding LIVE on BBC Knowledge.

Hurry! Get your #HyppTV today & you would be the lucky few to catch the Royal Wedding LIVE on BBC Knowledge.

Bat your big made up eyes and get things your way. Learn it at #MichitoTCM . #MilkADeal now!

Bat your big made up eyes and get things your way. Learn it at #MichitoTCM . #MilkADeal now!

We, orang Msia have the most FB friends. Wouldn't it be great if we are all united & make Msia the FB capital of the world? #DiGiFBforall

We, orang Msia have the most FB friends. Wouldn't it be great if we are all united & make Msia the FB capital of the world? #DiGiFBforall

I. Need. More. KMs! I want the iPad 2! Or the BB Bold 3 or the iPod touch? or the movie passes, I want to win all! #Churp2race

I. Need. More. KMs! I want the iPad 2! Or the BB Bold 3 or the iPod touch? or the movie passes, I want to win all! #Churp2race

10 most stupid questions people usually ask

1. At the movies: When you meet acquaintances/ friends.. .
Stupid Question:-
Hey, what are you doing here?
Answer:-
Dont u know, I sell tickets in black over here..


2. In the bus: A heavy lady wearing pointed high-heeled shoes steps on your feet…
Stupid Question:-
Sorry, did that hurt?
Answer:-
No, not at all, I’m on local anesthesia.. …why don’t you try again.


3. At a funeral: One of the teary-eyed people ask…
Stupid Question:-
Why, why him, of all people.
Answer:-
Why? Would it rather have been you?


4. At a restaurant: When you ask the waiter
Stupid Question:-
Is ! the “Butter Paneer Masala” dish good??
Answer:-
No, its terrible and made of adulterated cement. We occassionaly also spit in it.


5. At a family get-together: When some distant aunt meets you after years…
Stupid Question:-
Munna, you’ve become so big.
Answer:-
Well you haven’t particularly s hr unk yourself.


6. When a friend announces her wedding, and you ask…
Stupid Question:-
Is the guy you’re marrying good?
Answer:-
No,he’s a miserable wife-beating , insensitive lout….it’s just the money.


7. When you get woken up at midnight by a phone call…
Stupid Question:-
Sorry. were you sleeping?
Answer:-
No. I was doing research on whether the Zulu tribes in Africa marry or not. You thought I was sleeping…. you dumb witted moron.



8. When you see a friend/colleague with evidently shorter hair…
Stupid Question:-
Hey have you had a haircut?
Answer:-
No, its autumn and I’m shedding…. …


9. At the dentist when he’s sticking pointed objects in your mouth…
Stupid Question:-
Tell me if it hurts?
Answer:-
No it wont. It will just bleed.



10.. You are smoking a cigarette and a cute woman asks…
Stupid Question:-
Oh, so you smoke.
Answer:-
Gosh, it’s a miracle …….it was a piece of chalk and now it’s in flames!!!

Wednesday, April 20, 2011

FAKTA: Lelaki= Kucing Jantan

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna
la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)

Tuesday, April 19, 2011

FAKTA: Ciri Lelaki Yg Wanita Mahukan

What a Woman Wants In A Man, Original List ... (at age 22)
1. Handsome
2. Charming
3. Financially Successful
4. A Caring Listener
5. Witty
6. In Good Shape
7. Dresses with Style
8. Appreciates the Finer Things
9. Full of Thoughtful Surprises
10. An Imaginative, Romantic Lover

What a Woman Wants In A Man, Revised List ... (at age 32)
1. Nice Looking - preferably with hair on his head
2. Opens car doors, holds chairs
3. Has enough money for a nice dinner at restaurant
4. Listens more than he talks
5. Laughs at my jokes at appropriate times
6. Can carry in all the groceries with ease
7. Owns at least one tie
8. Appreciates a good home cooked meal
9. Remembers Birthdays and Anniversaries
10. Seeks romance at least once a week

What a Woman Wants In A Man, Revised List ... (at age 42)
1. Not too ugly - bald head OK
2. Doesn't drive off until I'm in the car
3. Works steady - splurges on dinner at McDonalds on occasion
4. Nods head at appropriate times when I'm talking
5. Usually remembers the punchlines of jokes
6. Is in good enough shape to rearrange the furniture
7. Usually wears shirt that covers stomach
8. Knows not to buy champagne with screw-top lids
9. Remembers to put the toilet seat lid down
10. Shaves on most weekends

What a Woman Wants In A Man, Revised List ... (at age 52)
1. Keeps hair in nose and ears trimmed to appropriate length
2. Doesn't belch or scratch in public
3. Doesn't borrow money too often
4. Doesn't nod off to sleep while I'm emoting
5. Doesn't re-tell same joke too many times
6. Is in good enough shape to get off couch on Weekends
7. Usually wears matching socks and fresh underwear
8. Appreciates a good TV Dinner
9. Remembers your name on occasion
10. Shaves on some weekends

What a Woman Wants In A Man, Revised List ... (at age 62)
1. Doesn't scare small children
2. Remembers where bathroom is
3. Doesn't require much money for upkeep
4. Only snores lightly when awake (LOUDLY when asleep)
5. Doesn't forget why he's laughing
6. Is in good enough shape to stand up by himself
7. Usually wears some clothes
8. Likes soft foods
9. Remembers where he left his teeth
10. Remembers when...

What a Woman Wants In A Man, Revised List ... (at age 72)
1. Breathing

Monday, April 18, 2011

FAKTA: Ciri Wanita Yg Lelaki Mahukan

Original list (age 22)
a. Sexy
b. Red head
c. Owns her own liquor store
d. Loves sex
e. Looks fantastic
f. Easy to take off clothes
g. Thinks I am a great lover
h. Wants to try new positions.

Revised list (age 32)
a. Looks good
b. is able to open a car door
c. has good table manners
d. laughs at my jokes
e. knows stores carry other things then frozen dinners
f. knows how to cook
g. doesn't nag about birthdays and anniversaries
h. likes sex

Revised (age 42)
a. Wears less the a half pound of make-up
b. knows how to drive without scaring me
c. is able to grasp most conversations
d. is able to tell a joke
e. is less then 50 pounds overweight
f. relinquishs control of the remote occasionally
g. able to check the toilet seat
h. Washes her bathrobe now and then

Revised (age 52)
a. Wears more make-up
b. Tries not to belch in public
c. Has a job
d. Learns new jokes
e. Is able to get off the couch to find the kitchen
f. Remembers a stoves main use
g. Shaves armpits and trims moustache occasionally

Revised (age 62)
a. Doesn't scare your friends
b. Remembers where the bathroom is, in time
c. Make-up budget is less then national debt
d. Can't be heard snoring from spare bedroom
e. Is less then 100 pounds overweight
f. Wears clothes that cover her belly
g. Likes soft foods
h. Remembers where she left her teeth
i. Doesn't wake me up early on weekends

Revised (age 72)
a. breathing in normal rhythm
b. Gets to the toilet in time
c. Doesn't nag too much

Sunday, April 17, 2011

Biasiswa Perak Amanjaya Bagi Kursus Asasi Sains dan Kursus Asasi Perniagaan (PIUP)

TAWARAN BIASISWA UNTUK KURSUS ASASI SAINS DAN KURSUS ASASI PERNIAGAAN DI PREMIER INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK (PIUP) BAGI SESI 2011/2012


Hantar permohonan sebelum atau pada 29 APRIL 2011

Maklumat Lanjut

Program Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun (JAD)

Program Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun (JAD) sesi 2011/2016 Yayasan Pelajaran Mara (YPM)

Layari http://www.jadypm.edu.my/

Tarikh tutup permohonan adalah pada : 22 April 2011
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai ke YPM, DPPT selewatnya pada 25 April 2011 [Isnin].



Iklan:TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
LUAR NEGARA (MESIR) PENGAMBILAN SESI 2011/2012

 
Iklan
 
Tarikh Tutup: pada 2 Mei 2011

Jenis Awek Era Komputerilisasi

HARD-DISK GIRLS
Awek jenis ini akan mengingat semua hal, SELAMANYA , jangan buat hal dengannya kerana ia sangat mahal, tanpanya siapalah motherboard aku

RAM GIRLS
Awek jenis akan terus melupakan mu, pada saat kamu melepaskannya.

WINDOWS Girls
Semua tahu Awek jenis ini tidak dapat melakukan semua dengan betul,tapi kita tidak dapat hidup tanpanya.

SCREEN SAVER Girls
Awek jenis ini bagus hanya untuk bersenang-lenang saja, selalu gak aku tukar girls nih, ala boring le plak asek tengok sama je depan pc tu tiap hari

INTERNET Girls
Biasanya susah di akses, dan mudah putus hubungan (Disconnected), dan kena langgan secara bulanan kalu nak dipakai, aku pakai CELCOM GIRLZ je, bole le, servis mantops le jugak, tapi tak bole lawan Streamx dan Wi fi yang laju tu

SERVER Girls
Selalu sibuk bila kita memerlukannya, banyak peminatlah katakan

MULTIMEDIA GIRLS
Awek jenis ini mampu membuat hal-hal buruk menjadi indah belaka

CD-ROM Girls
Selalu lebih cepat dan cepat

MOUSE Girls
Awek jenis nie selalu membantu dan memudahkan kerja kita walau dia tahu kita masih ada cara lain dalam melakukan sesuatu kerja.

E-MAIL Girls
Setiap sepuluh kalimat yang diucapkannya, lapan kalimat adalah
bohong, yang lebehnya kena soalselidik dulu

VIRUS Girls
Awek jenis ini bila kita tidak memerlukannya dia datang, dia meng-Install dirinya dan menggunakan semua sumber-sumber yang ada. Jika kita berusaha meng- Un-install, kita akan kehilangan semuanya, Jika kita tidak berusaha untuk meng Un-Installnya maka kita pun akan kehilangan juga…

Saturday, April 16, 2011

5 jenis pekerja


Menarik rakaman motivasi yang disampaikan oleh Dr. Badlishah di radio IKIM. Menurut motivator tersebut, kalau di tempat kerja ada 5 jenis pekerja yang akan wujud. Ianya sama dengan hukum ajaran Islam iaitu pekerja kategori wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Pekerja kategori wajib : 
Jenis pekerja atau pemimpin wajib ini mempunyai ciri-ciri yang disukai: kehadirannya, diperlukan sehingga ketiadaannya sangat dirasakan. Jenis orang yang tergolong dalam jenis ini adalah mereka yang pandai buat kerja dan berakhlak mulia. Jika golongan ini menjadi ketua, dia merupakan ketua yang pandai membuat kerja, pandai menganalisis, pandai menyelesaikan segala masalah yang timbul dan juga mempunyai akhlak yang baik. Dia sangat disukai kerana keperibadiannya yang sangat mengesankan, wajahnya yang selalu bersih, cerah dengan senyum tulus yang dapat membahagiakan sesiapa yang bertemu dengannya. Tutur katanya yang sopan tidak pernah melukai sesiapa pun yang mendengarnya, bahkan percakapannya sangat bijak, menjadi penyejuk bagi hati yang gersang, pembimbing bagi yang tersesat, perintahnya tidak dirasakan sebagai suruhan, orang merasa terhormat dan bahagia untuk memenuhi harapannya tanpa rasa tertekan. Akhlaknya sangat mulia, membuat setiap orang merasa bahagia dan senang dengan kehadirannya, dia sangat menghargai hak-hak dan pendapat orang lain, setiap orang akan merasa aman dan tenang serta mendapat manfaat dengan kehadirannya.

Pekerja kategori sunat:
Ciri pekerja atau pemimpin jenis ini adalah : kehadiran dan keberadapannya memang menyenangkan, tetapi ketiadaannya tidak terasa kehilangan. Ianya tergolong di dalam orang yang pandai membuat kerja namun kurang berakhlak. Jika orang ini menjadi ketua, dia akan pandai menyelesaikan masalah dengan masa yang singkat namun sikapnya suka marah-marah kepada pekerja bawahan.Kelompok ini hampir mirip dengan sebahagian yang telah dihuraikan, berprestasi, budaya kerjanya baik, peribadinya menyenangkan, hanya sahaja ketika tiada, lingkungannya tidak merasa kehilangan, kenangannya tidak begitu mendalam. Seandainya kelompok kedua ini lebih berilmu dan bertekad mempersembahkan yang terbaik dari kehidupannya dengan tulus dan bersungguh-sungguh, nescaya dia akan naik peringkatnya kepada golongan yang lebih tinggi dan lebih utama.


Pekerja kategori harus:
Ciri khas pekerja atau pemimpin jenis ini adalah: ada dan tiada sama sahaja. Boleh membuat kerja dengan sekadarnya sahaja. Ketiadaannya tidak akan menjejaskan organisasi. Sungguh menyedihkan memang dengan kehadirannya tidak membawa erti apa pun baik manfaat ataupun mudarat, dan kepergianya pun tidak membuat orang merasa kehilangan. Mereka ini biasa-biasa saja, tidak menonjol hasil kerjanya, tidak berlebih dari rakyatnya, tidak pula banyak jasanya, sedang saja ilmu di dada, sedang pula amal baktinya.Pekerja jenis ini adalah orang yang tidak mempunyai motivasi, cincai sahaja, asal kerja, asal datang, tidak memikirkan kualiti, prestasi, kemajuan, perbaikan dan hal produktif yang lain. Sehingga kehidupannya pun tidak menarik, datar-datar sahaja. Sungguh menyedihkan jika hidup yang hanya sekali ini tidak bermakna. Mesti segera dipelajari latar belakang dan penyebabnya, seandainya boleh dimotivasikan dengan kursus, latihan, pertukaran kerja, mudah-mudahan boleh meningkatkan semangatnya.

Pekerja kategori makruh:
Ciri pekerja atau pemimpin kelompok ini adalah: adanya menimbulkan masalah, tiadanya tidak menjadi masalah. Bila dia ada di pejabat akan mengganggu kerja dan suasana walaupun tidak sampai menimbulkan kerugian besar, sekurang-kurangnya membuat suasana tidak tenang; ketenangan bekerja serta kerja yang baik berlaku jika dia tidak ada. Contohnya, dari penampilan dan kebersihan badannya mengganggu, kalau bercakap banyak sia-sianya, kalau diberi tugas dan pekerjaan selain tidak selesai, tidak memuaskan bahkan mengganggu kerja pekerja yang lain. Namun pekerja jenis ini diperlukan di dalam organisasi. Kewujudannya menimbulkan keceriaan dalam suasana tegang kakitangan lain membuat kerja. Kelakuannya yang suka mengganggu orang lain akan menghidupkan suasana pejabat.

Pekerja kategori haram:
Ciri khas kelompok ini adalah: kehadirannya sangat merugikan dan ketiadaannya sangat diharapkan kerana menguntungkan. Orang jenis ini adalah manusia termalang dan terhina kerana sangat diharapkan “ketiadaanya”. Pekerja ini adalah pekerja yang tidak pandai membuat kerja dan bermulut jahat. Suka bermuka-muka di depan kita tetapi di belakang kita diumpat habis-habisan dan suka menyebarkan fitnah. Kehadirannya amat dibenci dan ketiadaannya amat diharapkan oleh organisi. Kerjanya tak setara mana pun, tiada sumbangan kepada organisasi, mulutnya jahat, jenis telunjuk lurus kelingking berkait, mata bertentangan hati kedapatan, memburuk orang depan kita piak semut tak mati, tapi belakang kita gajah pun mati dijentiknya. Perangai buruk lidah terbalik, janji mungkir beramanah licik, tipu menipu dia memang cerdik, membohongi orang dia pun asyik, habis negeri rosak rakyat ditindik, dijadikan pemimpin dunia kan terbalik, dijadikan tua dia mencekik, di jadikan induk dia berbalik, dijadikan tepatan orang kan jijik, dibuat kawan dia melenjan, dibuat sahabat dia khianat, dibuat saudara dia memfitnah, dibuat sekutu dia menipu, bila percaya dia menyalah, memimpin negeri kan punah ranah. Tentu sahaja semua ini adalah kerana perilakunya sendiri, tiada perbuatan buruk yang tidak kembali kepada dirinya sendiri. Akhlaknya sangat buruk bagai penyakit kronik yang boleh berjangkit. Kerap memfitnah, mengadu domba, suka bercakap besar, tidak amanah, serakah, tamak, sangat tidak berdisiplin, pekerjaannya tidak pernah jelas ujungnya, bukan menyelesaikan pekerjaan malah sebaliknya menjadi pembuat masalah “trouble maker”.

Jadi, suluh diri kita pada hari ini, kita duduk dalam kategori yang mana. Maka berusahalah untuk berada pada tahap pekerja WAJIB. Jangan pandang orang lain, pandang diri kita, Siapa kita?


Friday, April 15, 2011

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah lebih kurang 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (askar, polis hutan, orang asli, pemburu, pembalak dan lain-lain) tu pasal
diorang nie nak buat kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll.
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit atau tidak mampu buat kerja dan kini berada di seluruh negara (tak kiralah di duduk gelandangan ker, rumah ker, hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini terdapat 1,084,486 orang di dalam sekolah juvana, pusat tahanan akhlak, penjara, Pusat Serenti dan macam-macam pusat lah di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat, baca blog nie dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas tidak dirujuk mana-mana fakta.
Takkan nak rujuk itu pun nak kena aku buat jugak

Thursday, April 14, 2011

Aktiviti Outdoor April

Geng opis aku telah merangka satu trip ke Broga Hill pada sabtu yang lepas. Walaupun plan telah lama dirangka, namun baru-baru ini sahaja ia berjaya dilakukan. Walaupun pada mulanya hanya dirancang sama-sama geng opis, namun pada hari tersebut, trip nie disertai salah seorang Bis Bos bahagian tempat aku keja. Pada aku kira ok la sebab ader juga perhatian dari big bos terhadap aktiviti kita orang ini.

Broga Hill ni terletak di Semenyeh. Bagi sesiapa yang tinggal di KL boleh ke semenyeh melalui lebuhraya LEKAS atau naik ler mana-mana lebuhraya yang menghala ke Seremban. Bila nampak simpang ke semenyeh tu exit ler ya.

Kalau tak pasti juga, sila lah klik http://maps.google.com.my/maps?hl=en&xhr=t&q=bukit+broga&cp=8&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wl

Broga Hill nie selepas University of Nottingham Malaysia Campus Semenyih, Selangor. Kalau korang pergi dengan kereta. Parking di bawah pokok kelapa sawit disediakan.Ca parking hanya RM2 per entry. Broga lebih best kalau pegi pagi2. Boleh usha-usha matahari naik.













































Facebook Fitnah Akhir Zaman

Akibat berlagak

An award should go to the X Airlines desk attendant in X City some months ago for being smart and funny, while making her point, when confronted with a passenger who probably deserved to fly as cargo.

A crowded X flight was cancelled after X's 767s had been withdrawn from service. A single attendant was re-booking a long line of inconvenienced travellers. Suddenly an angry passenger pushed his way to the desk. He slapped his ticket down on the counter and said,
"I HAVE to be on this flight and it HAS to be FIRST CLASS".

The attendant replied, "I'm sorry, sir. I'll be happy to try to help you, but I've got to help these people first, and I'm sure we'll be able to work something out.."

The passenger was unimpressed. He asked loudly, so that the passengers behind him could hear,"DO YOU HAVE ANY IDEA WHO I AM?"

Without hesitating, the attendant smiled and grabbed her public address microphone:"May I have your attention please, may I have your attention please," she began - her voice heard clearly throughout the terminal.

"We have a passenger here at Desk 14 WHO DOES NOT KNOW WHO HE IS. If anyone can help him find his identity, please come to Desk 14."

With the folks behind him in line laughing hysterically, the man glared at the Virgin attendant, gritted his teeth and said,"F... You!"

Without flinching, she smiled and said, "I'm sorry, sir, but you'll have to get in line for that too."

Wednesday, April 13, 2011

[FAKTA] Dialog dan Alihbahasa..

Selalunya kalau korang tengok movie selain dari movie malay..of kos la ade sarikata..tapi kadang-kadang berlakunya kesilapan penterjemahan yang selalunya akan membuat korang ketawa sorang-sorang walaupun adegan ketika itu xla lawak pun..
so disini saya sharekan beberapa terjemahan yang agak kelakar la bila dibaca..so kalau kawan kawan ada terjemahan yang kelakar gak..boleh la share-sambung sambung kat sini..


Dialog:. Hi Baby..you look cute
Terjemahan lawak : Hai Bayi..awak nampak comel

Dialog: Aim..ready...Fire!!Fire!!
Terjemahan lawak: acu...sedia..api!!api!!

Dialog: Please help me get that contact lense
Terjemahan lawak: tolong ambilkan saya kanta perhubungan itu.

Dialog: Oh My God..Holy Shit!!
Terjemahan lawak : Oh Tuhan..Tahi suci!

Dialog : I dont give a damn about it..
Terjemahan lawak: aku tak beri celaka padanya

Dialog: Enemy in front... everybody duck!!
terjemahan lawak : Musuh di depan.. semua orang itik!

Tajuk Cerita: The day after tomorrow
Terjemahan lawak : Lusa

Dialog: The ghost is coming!! the ghost is coming !! get ready!!
Terjemahan lawak: momok datang..momok datang..siap sedia!

Dialong : This is 'none of your business'
Terjemahan lawak : ini bukan syarikat anda

Tajuk Cerita: Mr.Bean's holiday
Terjemahan lawak : Percutian encik kacang

Dialog : What the hell are you doing?
Terjemahan lawak: apa neraka yang kamu buat?

Dialog: Just plug and play..simple..
Terjemahan lawak : cuma cucuk dan main..mudah..

Dialog: Hand over that joystick to me
Terjemahan lawak: berikan aku kayu gembira itu.

Dialog: Are you Mr Parker?
Terjemahan lawak :Adakah awak Encik Letak Kereta?

Dialog: We've got company <--merujuk kepada orang yang datang
Terjemahan lawak : Kami ada syarikat..

Dialog: wassup??..wassup.. bro?
Terjemahan lawak: apa di atas??..apa di atas bang?

Dialog: May I join you?
Terjemahan lawak :"Boleh saya sambung awak?"

Dialog : the male's private part is missing!!
Terjemahan lawak : kawasan/tempat swasta lelaki ini hilang!!

Tajuk cerita: Die hard 4.0
Terjemahan lawak : mati keras 4.0

Dialog: I dont want to talk about it PerioD! PerioD! Period!
Terjemahan lawak :Saya tak mahu cakap lagi! Menstruasi! Menstruasi! Menstruasi

Dialog: this is my sister in law
Terjemahan lawak : inilah kakak dalam undang-undang saya

Dialog:Get the hell out of here!
Terjemahan lawak:- Ambil neraka keluar dari sini

Dialog: This is test in our life
Terjemahan lawak : Inilah peperiksaan dalam hidup kite

Dialog: You have another 30 seconds left
Terjemahan lawak:Kamu ada lagi 30 yang kedua tertinggal

Dialog: I was framed!!
terjemahan lawak : Saya telah dibingkaikan!!

Dialog: this is my sister in law
Terjemahan lawak : inilah kakak dalam undang-undang saya

Dialog:Get the hell out of here!
Terjemahan lawak:- Ambil neraka keluar dari sini

Dialog: This is test in our life
Terjemahan lawak : Inilah peperiksaan dalam hidup kite

Dialog: You have another 30 seconds left
Terjemahan lawak:Kamu ada lagi 30 yang kedua tertinggal

Dialog: I was framed!!
terjemahan lawak : Saya telah dibingkaikan!!

Tuesday, April 12, 2011

10 Sifat Wanita Yang Perlu Lelaki Faham

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya, apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.

SENSITIF

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

CEREWET

Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

HALUS

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.

IKHLAS

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

PERASAAN

Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

PRIHATIN

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

MANJA

Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

EGO

Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

CINTA

Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

SEKS

Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Soalan : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?

Tulisan : Alzahrin Alias (Berita Harian 05/Feb/2011)

Monday, April 11, 2011

Berita Harian Online | Misteri Etnik: 'Ambo Cino Kelate'

Berita Harian Online | Misteri Etnik: 'Ambo Cino Kelate'

Orang Yang Berjiwa Besar

"Orang yang tidak percaya dan yakin kepada kebolehan diri sendiri tidak ada tempat di dalam lembaran sejarah orang-orang abadi, kerana peribadi mereka yang kaku dan sangsi itu telah menutup segala pintu dan jalan kepada kejayaan dan ketinggian."

"Hanya manusia yang berjiwa besar saja dapat menggunakan kesakitannya itu sebagai guru yang mengasuh jiwa dan mengailhamkan fikiran yang sihat dan pengertian yang mendalam terhadap hidup."

PETIKAN DARIPADA :
"MENCARI KEJERNIHAN JIWA"
OLEH YUSOFF ZAKI YACOB
PENERBITAN DIAN DARULNAIM , 1988.

Sunday, April 10, 2011

Dilema Seorang Doktor

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku. Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang. Lalu ia mendengar suara bisikan dalam kepalanya berkata,


“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi. Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang, orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih… Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”

Cara mengenal telur tiruan:



  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. 
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. 
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Saturday, April 9, 2011

jalan terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar-siar di bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A berkata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry"
Pelajar B pulak berkata "Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki"

Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A berkata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: "Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?"

Orang Tua: "Kamu fikir aku ada penyakit apa?"

Pelajar A: "Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry."

Orang Tua: "Emm... bukan."

Pelajar B: "Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki."

Orang Tua: "...pun bukan."

Pelajar A & B: "Habis tu? Pakcik ngidap penyakit apa?"

Orang Tua: "Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang..."

Friday, April 8, 2011

Petua Mengurangk​an @ Menghilang​kan Batuk

Apabila batuk kita pasti merasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika ketika itu kita bersama seseorang atau berada di dalam bilik mesyuarat. Orang lain sudah pasti akan meleretkan matanya melihat kita yang sedang batuk. Secara tradisionalnya terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan batuk.

Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;

* Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi

* Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

* Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

* Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

* Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

* Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

* Perah 1/3 limau nipis dalam segelas kecil air suam dan campurkan dengan 3 sudu teh madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

Thursday, April 7, 2011

Tiada apa yang sempurna

Tiada apa yang sempurna, tiada sesiapa yang sempurna.

Tak perlu segala-galanya sempurna dulu baru kita start berusaha. Dalam memburu kejayaan, kita tak perlu tunggu diri kita sempurna barulah kita bergerak mengejar kejayaan. Jadilah diri sendiri, itu lebih baik.

Setiap orang di kalangan kita dijadikan unik kerana kita ada bakat tersendiri, kebolehan tersendiri, kemahiran tersendiri. Mungkin ada yang serupa, tapi tak sama tahapnya. Jangan samakan diri Anda dengan orang lain yang Anda nampak ‘perfect’ sebaliknya tonjolkan siapa Anda.

Selagi namanya kita manusia biasa, kita takkan dapat jadi sempurna. Mesti ada yang ‘kureng’ kat mana-mana. Fikirkan apa kekurangan Anda kemudian berusahalah memperbaikinya.

Bagi saya, penguasaan bahasa Inggeris saya masih tak sepower mana. Dari situlah saya masih berusaha memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris. Dari penulisan dan percakapan, saya terus menerus berusaha memperbaikinya setiap hari.

Selagi kita rasa masih ada kemahiran yang kita kurang kuasai, selagi itu kita akan rasa terdorong untuk memperbaiki tahap penguasaan kita.

Syaratnya, jadikan ia satu keinginan yang amat kuat supaya kita ada motivasi melakukan penambahbaikan.

Wednesday, April 6, 2011

10 Gangguan Syaitan Dalam Solat

1)WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBITAUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar", ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata: "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.

2)TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu 'Utsman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku"
- (HR. Muslim)

3)LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika salah seorang dari kalian shalat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam"
- (HR Bukhari dan Muslim)

4)HADIRNYA PIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat"
- (HR Bukhari)

5)TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata: "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berprilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul kerana dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya - asal mengerjakan solat, asal selesai, jadi!. Tidak ada ketenangan atau thu-ma'ninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"
- (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya: "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar.
- (HR Tirmidzi)

7)MENENGOK KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".
- (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah sebisa mungkin"
- (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi bisa. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya"
- (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin mengganggu kekusyukkan solat dengan bersin, sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud: "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan"
- (Riwayat Thabrani).

Ibnu Hajar menghuraikan pernyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat, sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain kerana syetan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara".

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya"
- (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Tuesday, April 5, 2011

PENYAKIT RIAK

Untuk Muhasabah diri

Sesungguhnya anak adam dijanjikan kematian padanya

Manusia takkan diuji dengan ujian yang diluar kemampuannya.

Setiap penyakit ada penawarnya & setiap masalah ada penyelesaianya. Insya Allah...

HAKIKAT PENYAKIT RIAK...


Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."


Pengertian riak
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1. Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.


Peringkat Riak


1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2. Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4. Riak Khafi (yang tersembunyi)
Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.


Punca Riak
Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;

1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.


Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.

Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.

5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.

Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi,jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...