Friday, March 25, 2011

Tindakan yang menyusahkan orang

hari nie masa ke cheras aku tengok ada sebuah kereta bomba kerajaan dan 2 bomba sukarela dok pusing2 kat satu taman tu. Aku pasti bomba nie datang sebab menerima panggilan kecemasan. Tapi tiada tanda2 kecemasan wujud disekitar taman tersebut.

kadang kala tindakan segelintir mereka yang kurang akal amat menyusahkan semua orang. Bayangkan apa jadi jika semasa bomba tersebut berkejar ke tempat tadi, berlaku pula kecemasan yang betul di tempat lain. Pasti jentera bomba tersebut akan mengambil masa untuk ke lokasi tersebut.

Setiap individu sepatutnya amanah dalam setiap tindakan. Ibu bapa juga perlu terapkan nilai yang baik pada anak-anak. Jangan pula bila anak kita yang ditangkap kerana melakukan panggilan kecemasan palsu. masa ini kita pasti akan menyalahkan sesiapa sahaja yang kita terpikir. Tapi anda tidak sedar ketika itu orang akan mengatakan anda tidak tahu mengajar anak. Ketika itu anda telah menjadi ibu bapa yang gagal.

kesimpulannya gunakan talian 999 dengan betul.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...